Tuesday, April 12, 2011

PESTA KONVOKESYEN KE-46...


7 Jamadil Awal 1432 Hijrah.Alhamdulillah... Sudah lebih sebulan rasanya aku tak update blog ini. Izinkan aku mohon maaf kepada semua kerana tidak sempat untuk update blog ini. Diharapkan agar kawan-kawan yang menjadi follower tu tak marah ye... hehehe... Ok, actually, aku pada bulan lepas memang teramat sibuk. Sibuk dengan Pesta Konvokesyen ke-46 dan juga Majlis Konvokesyen Sarjana aku yang belangsung pada 23-28 Mac 2011 lalu. Untuk post ini, aku ingin menceritakan tentang pengalaman aku sebagai AJK pesta konvo + penggerai di pesta konvo.

Seperti yang aku ceritakan dahulu dalam post AJK PESTA KONVOKESYEN, aku turut menjadi AJK pesta konvo kali ini dan pada masa yang sama aku turut membuka gerai. So, maknanya aku memakai 2 topi yang berbeza dalam waktu yang sama.

Sibuk waktu tu... memang tak sempat nak rehat pun. Waktu pagi, bila aku sampai ke tapak pesta konvo (biasanya aku tiba sejam lebih awal daripada waktu yang ditetapkan untuk AJK), aku set up gerai aku dulu. aku susun-susun semua produk jualan aku (tie, jaket dan jersi) hen baru aku try take care tentang kerja diurusetia. Biasanya aku takdelah buat kerja apa sangat pun, just make sure makan minumku cukup (makan free sepanjang pesta konvo sebab aku AJK).

Sometimes ada juga masalah yang timbul antara penggerai dengan urusetia (AJK), penggerai dengan penggerai dan AJK dengan AJK. Kebiasaannya jika perkara itu melibatkan perkara dalaman (AJK dengan AJK), aku biasanya cuba slow talk dengan mereka dengan memberikan peluang kepada mereka untuk meluahkan permasalahan mereka kepada aku. Then aku cuba pujuk mereka serta selesaikan masalah itu disitu juga, tanpa perlu diusulkan dalam mesyuarat. Ada yang aku mampu selesaikan, dan ada yang tidak mampu aku selesaikan. Perkara yang tidak mampu aku selesaikan biasanya aku minta orang itu usulkan dalam meeting.

Ada juga masalah antara penggerai dengan AJK. Ada penggerai yang mengadu masalah mereka sambil marah-marah AJK, time itu pihak AJK ada sedikit masalah dengan pihak supplier, so aku time tu tak mampu berbuat apa-apa pun sebab aku memahami situasi kedua-duanya. Aku juga seorang penggerai, jika masalah itu berlaku kepada aku, aku maybe akan marah-marah pihak urusetia juga. Aku juga sebagai AJK, aku tak boleh memihak kepada urusetia juga kerana sememangnya itu kerja aku. AJK tak boleh nak buat apa. So, dengan memakai dua topi ini, aku memahami situasi kedua-duanya. Aku sebagai pihak yang ada dua topi ini, nak tegur penggerai itu pun tak boleh, nak tegur AJK itu pun tak boleh sebab aku sedar bahawa ini bukan kesilapan sesiapa, bukan kesilapan penggerai dan bukan juga kesilapan AJK. Namun, apabila berlaku masalah, penggerai biasanya akan memarahi AJK, itu standardlah tu kan...

Alhamdulillah... Ada juga hari itu, aku dapat kawan yang boleh menjaga geraiku buat sementara. So, aku time tu terus buat kerja-kerja meronda melihat penggerai. Aku pusing-pusing (aku guna kerusi roda elektrik aku) tengok keadaan penggerai. Ada penggerai yang buat silap/salah, aku terus tegur on the spot. Biasanya, kami sebagai AJK akan bagi nasihat dan memo untuk kali pertama, amaran untuk kali kedua dan terakhirnya adalah denda berbayar untuk kesilapan yang dilakukan oleh penggerai. Maknanya kami ada step untuk menegur penggerai sehinggalah mereka mematuhi arahan kami.

Arahan yang kami keluarkan pun bukannya apa, just undang-undang berniaga jelah seperti mematuhi peraturan kebersihan, expend gerai, tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Itu pun untuk kebaikkan penggerai dan pengunjung juga, bukan apa pun. Biasanya bila aku terjumpa dengan penggerai yang bermasalah ini, aku terus rujuk kepada unit yang bertanggungjawab dalam hal ehwal penggerai ini, so aku just monitor dan melaporkan sahaja.

Setiap malam, after tamat program untuk hari itu, kami pihak urusetia terus membuat ppost-mortem untuk membincangkan permasalahan yang timbul pada hari tersebut. Post-mortem juga membincangkan apa perancangan untuk dilakukan pada keesokkan harinya. Segala permasalahan yang timbul, ketidakpuasan hati mahupun ingin mengkritik pihak atasan, semua dibolehkan meluahkannya dalam meeting ini. Pihak kami membuka seluas-luasnya pintu untuk komen dan kritikan sebab selepas meeting, urusetia tidak mahu masalah itu berlarutan.

Itu dari segi gerak kerja, dari segi aktiviti pulak, banyaklah aktiviti yang dijalankan. Pesta konvo kali ini berkerjasama dengan Innovation and Commercialisation Centre (ICC) UTM. So banyak aktiviti yang digandingkan bersama. ICC membuat pameran tentang produk-produk UTM serta beberapa seminar lagi. Dari pihak urusetia pula, antara aktiviti yang kami lakukan adalah forum Palestin, forum Adam Maya, pertandingan So You Think You Can Sing, persembahan Palapes, persembahan artis seperti Black, Dafi AF, Man Bai dan sebagainya.

Kiranya dari segi aktiviti itu berjayalah menarik pengunjung datang ke pesta konvo especially bila waktu ada persembahan artis. Semasa persembahan artis itu, pihak AJK telah membuat pengasingan dari segi tempat duduk iaitu perempuan sebelah, lelaki sebelah dan keluarga sebelah, so tidak timbul isu percampuran lelaki perempuan yang bukan muhrim. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) pun turut memuji langkah ini. Alhamdulillah...

Untuk perasmian pula, majlis penutup pesta ini dirasmikan oleh Dato TNC Hema UTM dalam satu acara yang sungguh menarik sekali. Ada keluarkan mercun, tarian kebudayaan, naik beca khas yang dibawa dari Melaka dan sebagainya. So, kiranya majlis penutup dan keseluruhan program ini berjayalah. Malahan Dato TNC turut memuji langkah urusetia mengambil 4 pelajar OKU (termasuk aku) sebagai AJK program, ini adalah kali pertama dalam sejarah pesta konvo.

Dengan tamatnya majlis penutup, tamatlah pesta konvo ke-46 ini. Aku sebagai AJK amat menghargai pengalaman ini semua. Bukan senang untuk mendapat pengalaman seperti ini, hanya yang menyertainya sahaja dapat merasai perkara ini. Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang turut menjayakan program ini. AJK ini semua memang best dan mantap. So, disini aku lampirkan beberapa gambar untuk tatapan. Gambar selebihnya ada di FB aku ye.

Alhamdulillah....



Gambar1: AJK Sekretariat Unit Teknikal sedang mengangkat barang



Gambar2: TNC HEMA merasmikan majlis penutup



Gambar3: AJK sedang bergambar dengan maskot semut bernama SEGA



Gambar4: Melihat pameran produk dan aktiviti dalam khemah besar ICC



Gambar5: AJK turut membuat jualan di booth cenderahati



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...