Thursday, April 14, 2011

PHOTOGRAPHER...



10 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Alhamdulillah... sehari dua ini free pulak rasanya untuk update blog. Kali ini aku nak berkongsi sedikit pendapat tentang dunia foto dan business photographer ni. Actually bebaru ni (dah agak lama rasanya), ada kawanku yang telah membuat business sampingan dengan menjadi photographer.

Antara servis yang disediakan adalah pengambilan gambar untuk wedding, engagement, baby, graduation dan party. Tahniah aku ucapkan secara personal kepada kawanku itu kerana telah berjaya berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan hasil usahanya sendiri, dengan menggunakan empat kerat tulangnya. Tahniah ye kawanku.


Gambar1: Promote untuk kawanku



Bila aku perhatikan hasil kerjanya dan hasil kerja beberapa kawanku yang turut menjadi photographer (ada secara part time dan ada yang full time, siap ada yang ada studio lagi tu), entahlah, aku rasa something yang kurang memuaskan. Bila aku fikir dan renungkan kembali, aku temui apa yang aku inginkan jika aku ingin mengambil mereka ini menjadi photographer.

Perkara pertama dan perkara paling mustahak yang aku inginkan (maybe orang lain juga perlukan perkara yang sama dengan apa yang aku inginkan ini kot) adalah 'kehebatan' gambar tersebut. Aku bukannya ada pengalaman dalam bidang bergambar ni tapi aku inginkan something yang special jika aku ingin membuat sesi bergambar untuk majlis kahwin aku. Perkara yang aku maksudkan itu adalah skill mengubahsuai gambar yang diambil itu.

Ramai orang boleh mengambil gambar. Ramai orang boleh mengambil gambar dari pelbagai perspektif dalam menjadikan gambar itu tampak menarik. Ramai orang boleh membuat editing terhadap gambar tersebut. Namun apa yang aku persoalkan adalah sejauh mana hasil akhir editing tersebut? Cantik macamana yang boleh mereka hasilkan? Efek yang macamana yang mereka boleh hasilkan?

Tidak ramai photographer yang mempunyai skill editing yang power dalam menjadikan gambar tersebut berbeza dengan gambar biasa. Proses edit itu memerlukan skil yang tinggi dan memahami konsep frame dan layer. Orang itu mesti mempunyai nilai kreativiti yang tinggi serta pandai memanipulasi imej yang diinginkan.

Aku nak komen lebih-lebih pun aku bukannya pandai pun bab-bab editing imej ni, ini adalah pendapat aku sahaja. Photographer mesti sanggup untuk mempelajari skill tambahan seperti skill mengambil gambar dari perspektif yang menarik dan skill untuk mengedit gambar. Tak salah jika kita melabur sedikit wang untuk menyertai kursus-kursus yang menawarkan pengajian bidang ini. Maybe ianya melibatkan pertambahan kos tetapi pada aku, jika kita bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, cubalah menyertai kursus ini.

Bila dah pandai, dah ada skill, barulah kita boleh memberikan servis yang terbaik untuk perniagaan kita. Seperti yang aku katakan tadi, ramai orang yang boleh mengambil gambar tetapi tidak ramai yang bijak mengambil gambar. Ramai orang yang boleh mengedit gambar tetapi tidak ramai yang bijak mengeditnya. Jika kita bijak mengambil gambar dan bijak mengedit, itulah kekuatan seorang photographer yang sebenar.

Bila kita dah ada skill yang mencukupi, kita pun bolehlah meletakkan harga kita sendiri. Masa itu, tiada orang yang boleh mempertikaikan harga kita sebab kita sememangnya berkebolehan. Aku suka dengan quote ini (kata-kata Joker dalam filem Batman): 'If You Good At Something, Don't Do It For Free' . Sama juga konsepnya dalam perniagaan kita. jika kita benar-benar mempunyai kemahiran, harga tidak menjadi masalah. Perkara penting adalah lengkapkan diri kita dengan ilmu yang sepatutnya dan barulah kita boleh deliver hasil kerja yang bagus.

So, disini aku ada beberapa sampel gambar yang pada aku cukup hebat hasil akhirnya. Tahniah aku ucapkan pada owner gambar ini iaitu Wazir Aminnudin, gambar ini memang hebat.



Gambar2: Pemandangan waktu senja



Gambar3: Teknik detail dan terang



Gambar4: Cuba tengok air dan gunung itu.



Gambar5: Kawalan sudut yang menyeluruh



Gambar6: Perspektif yang menarik dan nampak 'gah'



1 comment:

  1. Bro Wazir yang anda maksudkan ni,ambil course apa?editing art and design ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...