Saturday, April 16, 2011

SITUASI SEMASA AKU...


12 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... sempat juga update blog petang-petang yang redup selepas dibasahi hujan ni, dalam suasana yang agak gelap ni, kalau tidur, best jugak. Ok, tak elok tidur selepas waktu Asar, so aku pun updatelah blog ni. Untuk post kali ini aku ingin berkongsi tentang satu post yang aku buat kat wall FB aku yang mana ada antara kawan-kawanku yang menyangka aku mengeluh dengan keadaan semasa.


Gambar1: Status wall di FB


S0, gambar yang aku letakkan diatas menunjukkan komen-komen yang aku terima selepas aku update status aku di FB. Kalau dilihat, takdelah banyak sangat yang komen, yang banyak pun just 'like' jelah. Mungkin orang yang like itu setuju dengan kata-kata aku ataupun sekadar suka membaca komen-komen dibawah ataupun tangan orang tu memang gatal nak like. Apa pun, let me explain this.

Aku tak berniat nak mengeluh pun sebenarnya dan kalau dibaca betul-betul dari wall itu, itu adalah kata-kata perangsang motivasi yang aku ingin kongsikan bersama-sama rakan FB. Mungkin ada sesetengah kawan yang rapat dengan aku mengetahui bahawa aku sekarang ini ada sedikit masalah dengan pengurusan masa serta pengurusan perniagaan aku, so that's why ada yang komen macam itu.

Aku akui bahawa aku sekarang ini dihimpit beberapa masalah tetapi aku cuba control keadaan sebaik mungkin. Mungkin aku boleh berkongsi sedikit masalah disini yang mana aku rasa bahawa mungkin juga sesetengah OKU lain turut merasai apa yang aku rasa. Masalah aku itu berkaitan dengan salah seorang kawan baikku merangkap business partner aku. Ok, aku bagi dua analogi mudah:

Analogi 1: Katakan si A dan si B adalah kawan baik (A dan B adalah orang normal), bersama-sama drive kereta masing-masing pergi KL. Sampai di KL, mereka ini pun bergaduh sebab ada silapfaham. Si A boleh memarahi si B dengan meluahkan segala-galanya tanpa sekatan dan kekangan, begitu juga dengan si B. Apabila iada penyelesaian ditemui kerana masing-masing tidak ingin mengalah, mereka pun berhenti bergaduh. Then masing-masing membawa hala tuju sendiri. Tiada masalah sebab masing-masing boleh berdikari dan tak memerlukan bantuan antara satu sama lain, terus lost contact.

Analogi 2: Katakan si C dan si D adalah kawan baik. Si D hanya menumpang kereta si C ke KL. Sampai sahaja di KL, si C create problem dengan menuju ke Kelantan seorang diri tetapi si D ini segan, tidak ingin bergaduh menjadikannya tidak ingin untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya kepada si C seterusnya hanya memendam sahaja. Si D berbuat demikian kerana mengenangkan persahabatannya dan tidak ingin bergaduh memandangkan si C sebelum ini banyak berjasa kepada si D. Si D juga risau jika mereka bertengkar, si C tidak akan membantu si D lagi selepas ini seterusnya meninggalkan sahaja si D itu keseorangan berkerja di KL.

So, itulah analogi yang boleh aku buat untuk mengambarkan keadaan aku dan aku adalah si D. KL yang digambarkan adalah kemuncak perjalanan perniagaan dan Kelantan adalah destinasi berbulan madu. So, itulah keadaan semasa aku, diibaratkan dipersimpangan jalan, nak diluah mati ayah, nak ditelan mati ibu.

Aku hanyalah seorang OKU yang kurang berkemampuan untuk membuat apa-apa kerja. Jika kerja itu memerlukan pergerakkan, maka aku memerlukan seseorang untuk membantu. Aku akui bahawa aku ada ramai kawan yang sentiasa membantu aku tapi tidak semuanya available 24 hours, masing-masing ada komitmen tersendiri. Bila aku ingin membuat sesuatu, aku memerlukan pertolongan kawan.

Bila kawan yang telah banyak berjasa kepada aku telah membuat kesalahan yang besar, yang mana kesalahan itu boleh menyebabkan pergaduhan dan kerugian perniagaan, aku hanya mampu berdiam diri, maklumlah, dah banyak 'termakan budi'. Selepas ini mungkin aku masih memerlukan bantuannya dan akan terus 'memakan budi' lagi, so apa yang aku mampu lakukan? Aku hanya berdiam diri sahaja dan buat kerja aku. Tapi setakat mana aku mampu melaksanakan kerja itu dengan seorang diri? Perkara ini berlarutan selama lebih 3 bulan. Banyak perkara yang aku tak mampu lakukan seorang diri yang telah pending. Aku nak marah pun tak termampu, nak bersedih pun tak terdaya...

Berbeza dengan analogi 1 tadi, orang lain yang kurang memahami keadaan aku adalah diibaratkan seperti si A dan si B dalam analogi 1. Si A dan si B ini masing-masing boleh bergaduh kerana tidak terikat antara satu sama lain dan masing-masing boleh berdikari serta membawa hala tuju tersendiri. Si A boleh marah kepada si B dan sebaliknya. So, si A dan si B itu boleh berkata dan komen apa sahaja kepada si D kerana si A dan B tidak berkaitan, tidak 'termakan budi' antara satu sama lain dan tidak memerlukan bantuan antara satu sama lain lagi selepas ini serta tiada apa yang perlu dikenang lagi.

So, itulah analogi mudah situasi semasa aku sekarang. Apa pun, secara jujurnya, aku tidak berniat untuk meluahkan permasalahan aku dalam wall FB. Aku hanya bertujuan untuk memberi motivasi kepada diriku sendiri dan juga kepada kawan-kawanku yang lain di FB. Untuk permasalahan aku itu, aku akan cuba selesaikan secepat mungkin walaupun buat masa ini, aku sudah tidak nampak akan 'cahaya penyelesaian' itu....



3 comments:

  1. 0rang kagum ngan dia sebenarnya.. emm..

    ReplyDelete
  2. Takde apa yang boleh dikagumkan dengan saya....

    ReplyDelete
  3. ada hikmah nya tu... semuanya dalam ketentuan NYA.... cek balik kat mana hk tersimpul... kalau c tu kawan kita, sampai mati dia akan bersahabat ngan kita... kalau dia aniaya kita... makna dia bukan kawan kita...kawan ni bukan tolong sebab nak ditolong balik...tapi kawan adalah teman masa susah, senang, hatta papa skalipun... kawan walau tak dihubungi akan tetap mendoakan kita...tuhan tak beri ujian kalau ujian tu tak dapat kita handle.. gud luck prend...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...