Wednesday, April 20, 2011

TIPS FINAL EXAM...


16 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Terkejut mendengar jeritan histeria kat kolej? Biasalah, sekarang ni kat universiti aku tengah demam final exam, so ramai yang histeria tapi ada juga blok kolej tak bising macam biasa (takde suara jerit-jerit menyanyi), maklumlah semua sibuk study. Dalam masa sibuk study tu, ada sesetengah pelajar menghadapi masa genting mereka, diselubungi dengan pelbagai masalah dan pelbagai hal lagi, maklumlah dah nak tamat semester dan nak final exam kan. So, kat sini aku ingin berkongsi serba sedikit tips-tips untuk menghadapi masalah yang biasa dihadapi oleh student semasa final exam atau final presentation.

Disini suka aku nyatakan terlebih dahulu iaitu apa yang aku ingin sampaikan ini mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai dengan you all. Apa yang aku buat ini adalah tips-tips secara umum, boleh digunakan untuk pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Aku tidak pandai dalam semua perkara tetapi apa yang aku harapkan adalah perkongsian ilmu dengan kawan-kawan agar apa yang aku tahu dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Ok, masalah exam ni biasanya ada banyak faktor terjadinya masalah ini seperti carry mark rendah, test masih tak banyak lagi walaupun dalam study week dan cara-cara untuk study. Ok, biasanya aku nasihatkan agar lalui dengan tenang. Kalau carry mark rendah, anda sudah boleh predict berapa markah yang anda patut score semasa final exam dan anda mesti berusaha untuk kearahnya.

Namun jika anda merasakan tidak mampu, berbincanglah dengan pensyarah agar anda ada dua pilihan iaitu fail kan terus anda ataupun at least bagi markah minimum untuk lulus (merayu kepada lecturer). Kenapa nak fail? Kerana anda boleh repeat kembali subject itu sebelum anda diputuskan gagal. Kalau anda fail awal, anda boleh gunakan masa yang ada itu untuk study subject lain.

Test masih banyak walaupun sudah dalam study week. Ini sepatutnya adalah masalah pensyarah. Pensyarah sepatutnya sudah mengatur timing dengan baik dan menghantar laporan markah semua test sebelum study week. Untuk hal ini, anda tak perlu bimbang sebab biasanya pensyarah sudah kesuntukan masa untuk menyemak secara detail markah anda, so mereka ini biasanya akan memberi markah secara borong dan rate yang baik untuk anda. You can trust me. Kebanyakkan pensyarah yang aku kenal memang bersikap macam itu.

Cara-cara untuk study. Banyak cara-cara untuk study. Ada yang biasa study seorang diri dan ada yang suka buat by group. Untuk yang biasa study seorang diri, yes, you can go alone but remember to always have connection with the outside world (contactlah kawan-kawan lain, mana tahu kot-kot mereka ada tips dari pensyarah). Ambil tips itu dan study semula. Aku dulu suka study seorang diri dan biasanya aku completekan dulu semua nota dan tips yang ada. barulah aku start study.

Untuk by group, the best amount of member in each group is 3-4 only. Jika lebih daripada 3-4 orang, ianya akan jadi group sembang, anda takkan dapat fokus, masing-masing ada cerita yang ingin disembangkan, masing-masing ada gosip yang ingin dihebahkan. Nasihat aku adalah, jika anda bercouple pula, please.... jangan study bersama, kembangkan sedikit pemikiran dengan masuk study group lain dan supaya anda dapat lebih fokus. Anda tidak digalakkan berada dalam satu group dengan couple anda tetapi boleh berkongsi tips-tips yang diperolehi.

Pemilihan ahli dalam study group juga penting. Jika anda pandai/scorer dalam matematik, jangan group dengan ahli kumpulan yang juga pandai matematik. Anda tidak akan berkembang jika anda berada dalam satu group yang sama level dengan anda. Seboleh-bolehnya cari study group yang mempunyai tahap yang berbeza-beza atau mahir dalam subject lain. Sebagai contoh, anda ada exam subject Kalkulus, carilah team yang kurang pandai dalam Kalkulus and join them.

Kenapa nak join group yang kurang pandai? Kerana anda boleh meningkatkan lagi kefahaman anda bila diaju soalan oleh rakan anda. Anda rasa anda boleh jawab sesuatu soalan itu tetapi bila ditanya, rupa-rupanya anda tidak boleh menjawapnya, so teknik ini boleh membantu anda meningkatkan kefahaman anda. Bagi yang kurang pandai dalam matematik, carilah ahli team yang pandai dalam matematik. Mengajar sebenarnya boleh meningkatkan kefahaman anda.

Kalau anda kurang fasih dalam subjek bahasa (contohnya subject English, Mandarin ataupun apa-apa bahasa), carilah orang yang fasih berbahasa tersebut, sediakan kamus dan jangan malu untuk refer Google Translate. Cari kawan yang boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut dan buat latihan speaking. Jika anda ingin memahami jurnal/paper conferences, sediakan kamus disisi anda untuk buat rujukan. Manfaatkan Google Translate sebaik mungkin. Walaupun Google Translate taklah perfect, at least untuk memahami sesuatu ayat itu, still boleh lagi la.

Dalam subject bahasa, sebaik-baiknya kita memahami maksud semua perkataan dan ayat dalam satu perenggan tersebut namun jika tidak dapat memahami semuanya, memadailah dengan memahami 'core' perenggan tersebut. Satu perenggan yang baik mengandungi 5-6 ayat sahaja dan jika anda dapat memahami dalam 3-4 ayat yang penting, itu dah bagus. Perenggan ni nak cerita tentang apa, nak beritahu tentang apa, maklumat mana yang penting dan sebagainya. Jika kita dapat memahami 'core'nya, that's enough. At least kita dah tahu apa yang ingin disampaikan dalam perenggan tersebut, tak faham keseluruhan pun takpe.

Untuk subject yang jenis kena menghafal (mengingati fakta/formula), try create analogi yang mudah untuk mengingatinya. Aku bagi satu contoh analogi yang aku create masa SPM dulu untuk mengingati Jadual Berkala: Kalau Nak Cantik Macam Aku, Zat Ferum Serta Plumbum Harus Kuat (Kalium Natrium Kalsium Magnasium Aluminium Zink Ferum Stanum Plumbum Hidrogen Kuprum) - Kalau silap, maaflah ye, dah lama tak buat, tak berapa ingat. Tapi the point yang aku nak sampaikan disini adalah, try create analogi untuk memudahkan ingatan kita.

Kita juga boleh buat Mind Map (rekaan Tony Buzan) untuk meringkaskan nota dan menguatkan daya ingatan. Dalam Mind Map ini, anda buat point utama sahaja dan relatedkan setiap fakta yang ada. Untuk nod last, maybe anda boleh buat sedikit huraian. Bila anda membuat mind map, anda akan secara mudah mengingatinya kerana minda anda sedang menghafal 'gambar' dan bukan menghafal fakta yang rumit. Kat sini aku tunjukkan sampel Mind Map.


Gambar1: Sampel Mind Map


Untuk menghadapi final presentation pula samada presentation PSM ataupun viva master, buatlah slide powerpoint dengan baik. Slide yang bagus hanya 'berpoint' dan bergambar, bukan bersifat karangan novel. Ringkaskan ayat sebaik mungkin dan kalau ada gambar, letakkan gambar agar anda mudah mengingatinya. Anda juga mesti mengingati setiap susunan slide yang anda aturkan supaya anda tidak tersilap step. Buat budget masa untuk setiap slide.

Mulakan pembukaan bicara dengan 'power' dan tutup dengan power juga. Mungkin boleh dimulakan dengan ajukan soalan kepada penilai, mungkin juga dengan menyatakan pernyataan masalah, mungkin juga dengan membentangkan fakta yang digunakan. It's up to you, semuanya boleh digunakan. Ton suara juga mesti bervariasi, tidak boleh senada sahaja. Kuatkan suara untuk fakta yang penting yang ingin difokuskan dan ambil lebih masa untuk menerangkan bahagian penting. Anda boleh ringkaskan bahagian yang kurang penting atau yang telah anda nyatakan dalam laporan.

Oklah, dah penat aku menaip, so kat sini dululah aku berhenti untuk post ini. Diharapkan apa yang aku kongsikan ini boleh memberi manfaat kepada semua pembaca. Aku akui aku bukan pandai pun dalam pelajaran tapi at least, dengan tips ringkas dan umum ini, dapat membantu seorang atau dua orang pun sudah memadai pada aku. Sekiranya aku ada tersilap, aku bersedia menerima teguran.

So, selamat menghadapi final exam untuk semua kawan-kawanku. Aku doakan agar semuanya berjaya. Insyaallah....



1 comment:

  1. Good. you are putting into practical use what you have learnt in my classes. Students like you makes me feel good. Thank you Jimi - Rik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...