Tuesday, May 17, 2011

THE HUMAN JUDGE...


18 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Hari ini di kesempatan ini aku ingin berkongsi pendapat sesuatu yang biasa dan tipikal dibicarakan oleh masyarakat kita iaitu penilaian masyarakat atau 'the human judge' terhadap sesuatu tanggapan atau perkara yang dilihat oleh mata masyarakat. Ok, pernah tengok situasi ini tak:

1 - Dalam movie, bila hero seorang tetapi penjahat 2-3 orang, kita marah-marah pada penjahat. Kita kata tak acilah, main kotorlah, penjahat penakutlah sebab bawak geng, penjahat tak gentlemen sebab tak fight 1 by 1. Pendek kata kalau hero seorang menentang penjahat ramai, kita marah pada penjahat.

2 - Dalam movie juga, bila hero bersama 2-3 orang rakannya menentang seorang penjahat, kita puji hero dan kawan-kawannya itu. Kita kata baguslah, hero bagus sebab bergandng bahu, ada semangat kerjasama, ada semangat setiakawan, besatu menentang penjahatlah dan sebagainya. Pendek kata kalau penjahat seorang lawan hero ramai, kita puji hero.

Apa yang aku ingin terangkan dalam 2 point diatas? Yes, kita biasa memberi komen terhadap apa yang kita suka yang mana komen itu adalah komen yang baik jika kita suka dan komen yang buruk kalau kita tak suka walaupun situasinya adalah sama sahaja. Situasi yang aku maksudkan adalah dari segi perjuangan itu. Baik hero mahupun penjahat, kedua2nya berjuang sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan mereka.

Namun disebabkan kita merasakan cara pihak yang kita sukai itu mungkin tidak sesuai (3-4 orang hero menentang seorang penjahat), kita still mencari jalan untuk memuji hero tersebut. Kalau cara perjuangan pihak yang kita tak suka (3-4 orang penjahat lawan seorang hero), mesti kita ada banyak idea untuk 'hentam' penjahat tersebut.

Begitu juga dengan situasi kalau hero buat silap. Kita pantas mengatakan bahawa ala, no body perfect, hero pun kadang-kala buat silap juga. Kalau penjahat yang buat silap, kita pantas mengatakan bahawa ala, memang niat dia, dia memang jahat dan sebagainya.

Pendek kata kalau seseorang yang kita sukai buat kesilapan, kita maafkan dan memuji orang itu, siap kata nobody perfect tetapi jika seseorang itu tidak kita sukai dan telah membuat kesilapan, kita cepat-cepat 'hentam' orang itu dengan memberi label orang itu jahat. Then aku merasakan bahawa sifat ini memang sinonim dengan masyarakat kita termasuk diri aku sendiri yang mana elok pada pandangan kita, kita puji, tak elok pada pandangan kita, kita kutuk.

Kata peribahasa 'Don't judge the book by its cover' sometimes ada betul dan sometimes ada yang tak betul, bergantung pada situasi jugakla. Namun aku lebih suka menilai 'pada luaran'. Aku lebih suka menilai by its cover. Mungkin ada sesetengah orang yang sependapat dengan aku tapi aku rasa sebahagian besar tak sependapat dengan aku, maybe sebab ada peribahasa tersebut agaknya.

Ok, kenapa aku katakan bahawa aku lebih suka menilai pada luaran? Ianya ada kaitan dengan first impression jugaklah. Dalam Islam, kita sudah diberikan guideline tentang semua aspek, bermula celik mata bangun pagi sehinggalah kita menutup mata untuk tidur, semua tatacara hidup diajar dalam Islam, begitu juga tentang penampilan diri atau 'cover' ini.

Dalam Islam ada hukum, sunnah dan sunat tentang berpakaian seperti menutup aurat, melabuhkan pakaian, memakai wangian dan sebagainya. Ini semua termasuk dalam bab kebersihan. Orang Islam yang menjaga solat dan amalannya boleh dikatakan seorang yang pembersih sepatutnya kerana islam menyuruh menjaga kebersihan. Orang Islam yang menjaga solat juga sepatutnya seorang yang menjaga penampilan dirinya. Antaranya berpakaian sederhana tetapi kemas, menutup aurat serta berbau wangi yang sederhana.

Ada wanita mengatakan tak guna menutup aurat jika hati itu hiprokrit, penipu dan berlagak alim. Pada aku, soal hiprokrit, penipu, berlagak alim itu adalah hal dalaman hati yang susah untuk dilihat, susah untuk dinilai dan dibuktikan serta hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui nya tetapi bagi wanita yang tidak menutup aurat, ianya adalah jelas bahawa ianya sudah melanggar perintah Allah SWT, tak perlu dilihat dari dalam, luaran pun dah nampak dan tahu ianya berdosa...

Kalau 'cover' itu sudah buruk, bagaimanakah kita ingin mengatakan bahawa 'isi' nya adalah elok? Kita agak sukar untuk menilai samada seseorang itu bersolat atau tidak sebab ianya adalah bersifat dalaman dan kita tidak nampak tetapi kita senang sahaja untuk mengetahui seseorang itu menutup aurat atau tidak kerana kita boleh nampak jelas pada penampilan dirinya, sudah nampak jelas pada 'cover' tersebut.

Begitu juga dengan solat. Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat adalah solat, jika solatnya ok, Insyaallah segalanya ok. Solat dikira sebagai 'cover' dan amalan-amalan lain dikira sebagai 'isi'. So, kalau cover elok, Insyaallah... isinya akan elok tetapi jika cover pun dah tak elok, bagaimana isinya akan elok?

Ada orang mengatakan bahawa tidak mengapa jika hubungan kita dengan manusia lain tidak elok asalkan hubungan kita dengan Allah SWT adalah elok, seperti membawa makna tidak mengapa jika cover tak elok asalkan isinya elok (cover bermaksud hubungan dengan manusia dan isi adalah hubungan dengan Allah SWT). Aku tak bersetuju. Kita sepatutnya menjaga hubungan kita dengan manusia lain dengan baik dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dengan baik (cover dan isinya baik) juga kerana Allah SWT menyuruh kita menjaga hubungan sesama kita dan hubungan dengan pihak lain dengan baik. Kalau kita tidak menjaga hubungan sesama manusia dengan baik, ini bermakna kita sudah melanggar perintah Allah SWT sekaligus anggapan bahawa hubungan kita dengan Allah SWT yang dianggap baik itu sudah tersilap.

So, pada aku, manusia sememangnya amat mudah memberi penilaian mereka, amat mudah untuk menjatuhkan sifat, hukum, betul atau salah terhadap pihak lain based on apa yang dilihat dan digemarinya sahaja. Itu adalah fitrah manusia dari dulu lagi. Apa pun, jika kita berpandukan Al-Quran dan Hadis, kita boleh mengubah pandangan tersebut sekaligus menukar pandangan yang negatif kepada yang positif... Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...