Monday, May 16, 2011

KEMATIAN OSAMA LADEN...


14 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Ok, bebaru ini kita semua digemparkan dengan cerita kematian Osama Bin Laden, iaitu seorang yang dituduh pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekutu2nya. Banyak cerita yang didengari tentang kontroversi kematian Osama ini dan dikatakan mayatnya pun ditenggelamkan ke dasar laut serta turut mengundang kritikan pelbagai pihak yang meragui kesahihan cerita ini.

Aku bukan berniat untuk memberi komen tentang kematian Osama ini just nak berkongsi pendapat aku tentang sesetengah perkara yang melibatkan pelbagai teori konspirasi. Apa2 pun, just rujuk keratan FB aku inilah dulu untuk mengetahui asbab musabab aku post isu ini.


Gambar1: Keratan FB aku. Aku terpaksa padamkan nama dan gambar untuk mengelakkan perkara yang tak elok berlaku


Ada beberapa kontroversi tentang kisah Osama ini. Ada yang mengatakan bahawa dia adalah agen Amerika, ada yang mengatakan bahawa dia adalah jutawan arab, ada yang mengatakan bahawa Amerika ada berhutang dengan dia dan sebagainya. Sudah sepuluh tahun Osama ini menjadi buruan Amerika dan pelbagai ganjaran telah ditawarkan bagi penangkapan dia ini, last2 cerita terbaru, dia dah mati ditembak oleh tentera Amerika.

So, dalam pada isu Osama ini, ada sesetengah orang kuat mengatakan bahawa Osama adalah agen Amerika, dia adalah konspirasi Amerika untuk mengunakan status 'penganas' untuk mengerang negara-negara Arab. Ada orang kata namanya yang sebenar adalah Tim Osman. Apapun pada aku, kita tidak pasti apa perkara sebenar yang berlaku.

Tentang Tim Osman, aku dah mengetahuinya sekitar 2 tahun lepas yang mana ketika itu berkembangnya pelbagai teori konspirasi. Munculnya video 'Arrival', 'Yaajug and Maajug' dan sebagainya dan ketika itu munculnya dakwaan bahawa Osama itu adalah Tim Osman. Ok, aku pun kurang pasti fakta mana yang benar, berita mana yang palsu.

Aku percaya bahawa apa yang kita lihat dan dengar samada melalui media elektronik, media cetak mahupun dari dunia alam maya, kita sebenarnya menerima dan mencari sumber berita yang sama. Kita dimomokkan oleh sumber berita daripada satu sumber yang sama. Kalau si A boleh search tentang Z, sudah tentu si B juga boleh search tentang Z yang sama. Justeru, susah untuk kita membuat penilaian. Apa yang penting adalah banyakkan membaca dan mencari untuk mendapatkan maklumat yang paling hampir dengan kebenaran dan fakta yang dipercayai.

Berbalik kepada isu kematian Osama itu, aku agak risau jika apa yang dimomokkan kepada kita adalah satu berita palsu. Sebagai contoh yang aku letakkan dalam FB aku, aku risau jika ada orang yang mengatakan bahawa Osama itu adalah agen Amerika sedangkan Osama itu adalah pejuang Islam yang sejati. Ya, terpulang kepada kita untuk percaya sumber berita mana yang dicari dan diterima tetapi dari segi hukum, bagaimana pula hukum jika kita mengatakan seseorang itu jahat sedangkan dia itu baik?

Bagaimana jika benar bahawa Osama itu adalah pejuang Islam yang sejati dan selama ini bersusah payah berjuang menentang keganasan Amerika? Bagaimana jika benar bahawa Osama itu benar-benar wujud, benar-benar ada individu yang bernama Osana Bin Laden? Kita senang-senang sahaja percaya bahawa Osama itu adalah Tim Osman. Bagaimana pula jika aku katakan (contoh jelah) bahawa Tim Osman itu adalah agenda Amerika supaya kita orang Islam ini percaya bahawa Osama Laden itu tidak wujud?

Bukankah free sahaja kita mendapat dosa kerana menghina pejuang Islam dengan mengatakan bahawa dia adalah agen Amerika? Then kita nak salahkan Amerika pulak dengan mengatakan bahawa Amerika telah menipu dan memperbodohkan kita? I think we all has a brain dan kita mesti pandai menggunakan akal kita itu untuk membezakan perkara yang benar dan batil. Janganlah kita terlalu mudah percaya akan satu-satu berita tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Jika benar Tim Osman adalah orang yang menyamar sebagai Osama Laden sekalipun, biarkanlah, kesemua itu tiada kesan terhadap kita kerana kita mengetahui bahawa ianya adalah konspirasi Amerika tetapi jika tidak benar dakwaan tersebut, kita akan mendapat dosa kerana mengatakan bahawa pejuang Islam itu adalah agen Amerika. Sudahlah kita tidak pernah berjuang, kita pulak kata pejuang Islam itu palsu. Selepas itu bangga kerana kononnya kita dah mengetahui fakta sebenar (kononnya Osama Laden itu adalah Tim Osman). Berbangga kononnya kita tahu apa yang orang lain tak tahu. I'm speechless....

Aku bukannya apa, aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa, menjatuhkan maruah mana-mana pihak. Aku just ingin memberikan pendapat aku tentang apa yang ada dalam fikiran aku disamping berkongsi apa yang aku ketahui. Mungkin ada yang benar dan ada yang salah terhadap pendapat aku ini, tapislah dahulu dan mana yang baik, jasdikanlah iktibar, mana yang tak baik, jadikanlah sempadan, aku tak perfect, aku bukan genius dan kita semua pun sama.

So, akhir kata sebelum kita berkata apa-apa terhadap seseorang itu, buat kajian yang mendalam terlebih dahulu. Dunia sekarang ini penuh dengan kontroversi dan ada kontroversi disebalik kontroversi. Gunakan hati dan akal fikiran untuk membuat sesuatu keputusan....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...