Monday, May 9, 2011

MASALAH SEBENAR OKU - PART3...


7 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Alhamdulillah, dikesempatan ini aku rasa bolehlah aku tamatkan perbincangan topik ini dalam part yang terakhir ini. Ok, kali ini aku ingin membincangkan tentang 2 masalah utama yang seutamanya dalam merungkai permasalahan sebenar OKU ini. Kenapa baru time part last baru nak cerita isi utama? Aku saja je nak cerita kes lain2 dulu, then baru nak beritahu kes sebenar, baru boleh buat kesimpulan.

Sekali lagi aku ingatkan bahawa ini adalah berdasarkan pengalaman aku, pembacaan dan pemerhatian aku, perkongsiaan cerita bersama2 sahabat OKU aku dan sebagainya. Mungkin benar mungkin tidak benar dan aku tidak berniat untuk membuka aib sesiapa pun, just untuk memberi kesedaran semata-mata. Anggaplah ini adalah perkongsian ilmu ye.

Ok, faktor utama yang menjadi permasalahan sebenar OKU adalah mereka ini terlalu malu dengan keadaan diri mereka. Mereka malu dengan sifat kudung mereka, mereka malu dengan sifat rabun dan buta mereka, mereka malu dengan sifat pekak mereka dan sebagainya.

Tidak dapat aku nafikan bahawa sifat malu itu mesti ada dalam diri setiap orang cuma janganlah kita terlalu mempunyai sifat malu ini (sifat malu yang keterlaluan) sehingga boleh menjejaskan perasaan kita, kebolehan kita dan sekaligus menjejaskan komunikasi sosial dengan masyarakat luar. Kebanyakkan OKU ini adalah terlalu malu dengan diri mereka sehinggakan tidak mahu untuk bercampur gaul dengan masyarakat luar.

Mungkin golongan OKU yang mempunyai sifat malu yang keterlaluan ini tidak menyedari bahawa sifat mereka itu tidak elok disisi Islam. Tanpa mereka sedari bahawa mereka sebenarnya malu terhadap ciptaan dan rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Mereka malu terhadap rahmatNya sehinggakan tidak ingin untuk bersosial dengan masyarakat luar malahan malu untuk hidup didunia ini lagi.

Ok, itu faktor pertama, faktor kedua permasalahan sebenar OKU adalah tahap kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU ini masih rendah lagi. Kesedaran yang dimaksudkan adalah dari segi penjagaan OKU, sifat OKU, masalah OKU, kemudahan OKU, pendidikan dan kerjaya. Ianya bermula daripada peringkat di rumah lagi dan bersambung ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Rasanya pelbagai kempen kesedaran sudah dilakukan, pelbagai program sudah dianjurkan tetapi entah dimana silap dan kurangnya, tahap kesedaran masyarakat ini masih rendah. Apabila tahap kesedaran terhadap golongan OKU ini rendah, wujudlah pelbagai masalah lain lagi.

Antara masalah yang wujud apabila tahap kesedaran yang rendah adalah perlindungan yang berlebihan, kurang perlindungan, kurang kemudahan OKU, diskriminasi pendidikan dan kerjaya, pilih kasih dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila wujudnya masalah kesedaran ini, masyarakat khususnya golongan pentadbir tidak mahu mengeluarkan belanja tambahan untuk menyediakan kemudahan OKU kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak penting pada mereka.

Begitu juga kepada pihak majikan. Sesetengah majikan tidak ingin mengambil pekerja OKU kerana berpendapat OKU ini tidak boleh membuat kerja dan memerlukan perbelanjaan khas untuk menyediakan kemudahan OKU sedangkan OKU itu terbukti boleh berkerja dengan baik, mempunyai sijil universiti yang diiktiraf dan boleh membuat kerja yang sepatutnya jika diberikan peluang.

Perlindungan yang berlebihan pun tidak sepatutnya berlaku. Memang benar, mungkin dalam sesebuah keluarga itu, anak OKU diberikan perlindungan rapi 24 jam tetapi kadang-kala ianya tidak diperlukan sebegitu rupa. Sesetengah OKU cukup diberikan perkara asas kepada mereka dan tidak memerlukan 'permanjaan' yang berlebihan. Mereka ini ada yang suka berdikari dan hanya memerlukan perhatian dalam sesuatu perkara sahaja, bukan semua. Jadi, kadang-kala sifat 'pemanjaan' berlebihan dari keluarga juga boleh merosakkan OKU itu.

Kesemua ini adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran terhadap OKU itu. Namun demikian, seperti yang aku katakan pada first faktor tadi, kombinasi sifat malu yang berlebihan sehingga menimbulkan perasaan rendah diri serta tahap kesedaran OKU yang rendah dalam masyarakat telah meningkatkan lagi pelbagai masalah, sau faktor pun sudah agak teruk, apa lagi kombinasi kedua-duanya.

Ada OKU yang berkeyakinan diri, cekal dan boleh berkerja dengan baik tetapi keadaan masyarakat setempat yang menyisihkannya menjadikan OKU itu lemah semangat pula. Ada pula OKU yang asalnya lemah semangat dan rendah diri tetapi dilingkungi oleh masyarakat yang prihatin dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Hasilnya OKU itu mampu mengubah nasib dirinya. Seandainya OKU itu cekal, tabah dan sabar dengan dilingkungi oleh masyarakat setempat yang prihatin dan bertanggungjawab, OKU itu mungkin dan boleh memberi motivasi tambahan kepada dirinya sendiri serta kepada masyarakat lain.

Aku ada beberapa kawan OKU yang telah belajar ke peringkat Master dan PhD dan mereka ini mampu mempengaruhi keadaan sekeliling mereka namun, bilangannya adalah amat sedikit. Kesedaran dari peringkat rumah (dikalangan family) dan kawan-kawan terdekat amat penting dalam mewujudkan OKU yang hebat seperti ini. Jadi, kombinasi kedua-duanya itu adalah amat penting dalam menangani permasalahan sebenar OKU ini. jika satu sahaja faktor diatasi, ianya susah untuk berjaya (mungkin boleh tetapi susah).

So, selama sebulan hasil kajian aku (actually dah bertahun-tahun dah cuma yang ini baru serius dan agak detail serta fokus) ini ditambah pengalaman aku, dari pemerhatian dan pembacaan, perkongsian cerita kawan-kawan OKU serta rujukan dari alam siber, dapat aku simpulkan bahawa dua faktor utama inilah yang menjadi permasalahan sebenar golongan OKU dan jika ingin menyelesaikan permasalahan ini, selesaikanlah kedua-duanya, mungkin mengambil masa tetapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan (kalau bukan 100% pun, dapat 70%-80% pun actually dah tinggi dah).

Daripada hasil kajian aku, kesimpulan yang boleh aku nyatakan ialah sifat malu dan rendah diri golongan OKU yang keterlaluan sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka sendiri serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap golongan OKU merupakan dua faktor utama permasalahan sebenar OKU di Malaysia ini.

Sekian. Terima kasih. Tamat sudah kuliah permasalahan sebenar OKU ini.



3 comments:

  1. Salam,

    Harap saudara dapat menjadi sumber inspirasi kepada anak2 istimewa dan ibubapa, sila join komuniti sayang di fb.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum n salam sejatera....;) saya juga oku dan sekarang saya sedang cube berusaha untuk membela nasib OKU di Malaysia agar hidup kita lebih terbela...doakan saya berjaya, amin...untuk mengenali saya... tonton ini http://www.youtube.com/watch?v=R6EJ3ve_NBU

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sy nk nj mnta sdkit pndpt. Sy mndpt tjuk OKU utk dibentangkn..so skrg sy comfius apakah point2 dan subtopik yg sy prlu sediakn ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...