Sunday, May 22, 2011

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI...


19 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Pemulihan Dalam Komuniti atau singkatannya adalah PDK. Pernah dengar PDK? Mungkin ada pembaca yang tidak tahu apa itu PDK tetapi aku rasa tentu ramai OKU yang tahu tentang PDK tu. PDK adalah tempat untuk OKU berlindung, belajar pengurusan diri, belajar kemahiran dan bersosial sesama mereka, kiranya sebagai pusat kebajikan dan pendidikan untuk OKU la dan ianya adalah dibawah seliaan JKM. Aku sekarang dalam proses mendapatkan database lengkap tentang PDK, so that's why aku post artikel ini.

PDK ini biasanya dijaga oleh seorang penyelia (ada sesetengah panggil sebagai pengetua), pembantu tadbir dan pembantu am (pelatih). Biasanya bilangan pembantu am adalah mengikut nisbah penghuni (OKU yang stay disitu), kalau ramai OKU, maka ramailah pekerja am dan PDK ini biasanya juga ada disetiap daerah. Mengikut statistik yang aku perolehi, ada sebanyak 301 PDK diseluruh Malaysia yang mana Johor adalah negeri yang terbanyak mempunyai PDK ini.

Di PDK, ianya mengumpulkan OKU dari pelbagai ketidakupayaan daripada fizikal sehinggalah autisme dan kebanyakkan PDK dihuni oleh OKU autisme. PDK ini akan mengajar OKU ini tentang cara-cara pengurusan diri supaya OKU itu boleh berdikari sendiri dalam hal yang melibatkan penjagaan diri mereka. Ada yang mengajar kemahiran seperti menjahit, memasak, menganyam tikar dan sebagainya dan ianya adalah bergantung pada pengurusan PDK dan keadaan penguhuninya penghuninya.

Kewangan PDK ini tidaklah terlalu besar dan kadangkala tidak cukup bagi menampung pebelanjaan PDK itu serta ada sesetengah staff PDK terpaksa membuat part time seperti menjual kuih dan sebagainya untuk membantu PDK. Kewangan PDK adalah daripada JKM dan derma masyarakat serta jualan yang dilakukan.

Apa yang aku perhatikan adalah OKU yang menghuni PDK ini boleh dididik dan diajar untuk membuat sesuatu kerja yang asas seperti memasak kuih, menjahit baju, membasuh pakaian, membuat persembahan kebudayaan dan sebagainya. Malahan ada OKU autisme yang boleh menguruskan diri dan bekerja diluar dan memperolehi pendapatan untuk dirinya setelah beberapa tahun belajar di PDK ini. So, terbukti bahawa mereka ini boleh dididik untuk membuat kerja.

Aku berpendapat bahawa alangkah untungnya jika PDK ini memberi fokus untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual. Sebagai contoh, PDK dari daerah Segamat buat kuih tradisional, PDK Johor Bahru buat jahit baju, PDK Muar buat sulam pakaian, PDK Kota Tinggi buat kraftangan dan sebagainya. Dengan kata lain, pihak pengurusan PDK dan pelatihnya mesti melatih OKU tersebut untuk melakukan kerja-kerja yang difokuskan itu.

Setelah produk tersebut siap (katakan bahawa PDK Muar boleh buat sulam pakaian), then PDK Muar boleh membuat jualan hasil sulam tersebut. Paling kurang pun PDK Muar boleh supply pakaian sulam mereka untuk semua OKU serta pelatih di seluruh PDK satu Malaysia. Jika ada PDK lain yang nak buat program dan perlukan baju, boleh order dengan PDK Muar. Begitu juga dengan produk-produk PDK lain. Malahan JKM boleh membeli produk-produk hasil PDK untuk pelbagai acara lain.

Business ini secara tidak langsung boleh menjana pendapatan kepada PDK tersebut dan juga memberi faedah kepada penghuninya. Ianya juga bukan terhad kepada satu negeri tetapi seluruh negara. Contohnya PDK Kota Bharu ingin membuat program Festival Kuih 1Malaysia, then mana-mana PDK dari negeri lain samada dari Perak, Selangor, Johor boleh menghantar PDK mereka untuk sertainya sebagai wakil. kerjasama ini boleh berkembang maju sehingga ke peringkat kebangsaan.

Jika semua PDK seluruh negara dapat bergabung, ianya dapat menjadikan PDK ini sebagai salah sebuah business network yang besar, ada 301 buah network kesemuanya. sedah tentu ada 301 produk/servis yang boleh dilakukan serta dikomersilkan. Ini boleh membantu PDK itu menjana pendapatan mereka sendiri serta membantu OKU itu untuk lebih berdikari.

Tentang masalah kekurangan fasiliti, tak cukup modal dan lain-lain itu aku rasa ianya merupakan suatu masalah besar tetapi tidak mustahil, ianya boleh diatasi. Kerjasama dari pelbagai pihak especially dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya. Sektor korporat juga boleh membantu dalam pegeluaran modal then keuntungan tu bolehlah share, asalkan semua pihak berkeadaan win-win situation, ok la kan.

So, aku pun baru je dapat idea bagaimana untuk jadikan perkara ini sebagai suatu realiti just tengok samada aku ada masa atau tak jelah untuk buat proposal. Kalau aku ada masa dan mendapat sambutan daripada PDK, maybe aku akan run kan, apa-apa pun kena tengok dulu la. Ada rezeki, Insyaallah... akan aku run kan projek ni.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...