Tuesday, May 10, 2011

PERSATUAN MAHASISWA KURANG UPAYA...


11 Jamadil Akhir 1432 Hijriah. Alhamdulillah.... bebaru ini aku dicadangkan oleh pihak universiti untuk membuat proposal penubuhan sebuah persatuan khas untuk golongan OKU. Persatuan itu dicadangkan memandangkan ada banyak isu dan agenda yang ingin dilaksanakan serta boleh menjadi titik permulaan untuk perjuangan dengan lebih serius.

Persatuan Mahasiswa Kurang Upaya Universiti Teknologi Malaysia (PMKU UTM, selepas ini hanya nama PMKU sahaja akan ditulis dalam blog ini). Itulah nama cadangan yang dibuat semasa aku menyiapkan proposal itu. Alhamdulillah... persatuan itu sudah diluluskan penubuhannya (sewaktu blog ini ditulis, baru 2 hari diluluskan) sementara oleh TNC HEP UTM. After this, ianya akan dibawa ke perbincangan selanjutnya dan Insyaallah, jika dipersetujui, ianya akan menjadi persatuan kedua untuk OKU di IPTA selepas USM.

Antara isu yang bakal diperjuangkan sekiranya persatuan ini telah ditubuhkan adalah pendidikan percuma untuk OKU di IPTA (of course kitaorang akan mintak UTM dulu dan kalau boleh secara serentak di seluruh negara), menyediakan seorang pembantu khas untuk setiap OKU dan menyediakan kemudahan fasiliti untuk OKU.

Setakat ini itu sahajalah perkara yang bakal diperjuangkan, maybe next time bila ada perkara yang lain yang diperlukan, boleh dibincangkan lagi. Antara faedah yang aku nampak dengan penubuhan persatuan ini adalah OKU di UTM ini boleh menyuarakan pendapat/pandangan/permohonan mereka dengan menggunakan platform persatuan. Jika dulu kami menyuarakan pendapat/bantahan melalui tindakan individu, tetapi kini dengan bergabung bersama dibawah nama persatuan.

The second benefit adalah supaya senang untuk aku melibatkan golongan OKU UTM ini dalam program-program yang diadakan oleh pihak UTM. Sekarang ini, boleh dikatakan hanya 4-5 OKU sahaja daripada 14 OKU yang aktif di UTM ini. Aku pun agak hairan sebenarnya kenapa perkara ini terjadi. So, aku harap dengan adanya persatuan ini, aku boleh 'mengaktifkan' mereka supaya mereka lebih banyak menyertai program-program universiti.

Susulan daripada itu, aku bebaru ini bersama seorang pegawai keusahawanan UTM iaitu En.Ishak Ahmad telah pergi ke KL iaitu ke JKM Malaysia. Disana aku menemui Ms.Bathmavathi Krishnan, iaitu persiden kepada Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia (PEWAKUM) dan juga En.Adnan Abu Bakar iaitu Pengarah Jabatan Pembangunan OKU.

Disana ada beberapa perkara yang telah dibancangkan seperti plan untuk membuat kursus, kem motivasi, cara-cara membantu OKU dan sebagainya. Pihak kami dan PEWAKUM ada merancang untuk membuat kursus-kursus kesedaran, keusahawanan dan motivasi yang melibatkan golongan OKU di seluruh Malaysia ini dengan kerjasama JKM Malaysia. Diharapkan agar perancangan ini mendapat kelulusan dan sokongan padu oleh pihak JKM ini.

Sebelum dan selepas perbincangan kami dengan pihak JKM itu, aku sempat berbual2 dengan MsBathmavathi dan katanya dia ingin bertemu dengan aku hasil perbualan dia dengan kawannya (aku tak ingat siapa kawannya, maklumlah umur aku dah senja2 ni kan...). Very nice person. Hebat jugak sebab dia pun lulusan universiti jugak, mampu menamatkan pengajian walaupun mengalami kemalangan teruk time dia study dulu.

So, after perbincangan tersebut, pulanglah kami dari KL. Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik. Apa pun manusia hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukannya...

* After that, aku cuba tengok aktiviti Ms ni, agak menarik jugak aktiviti dia dengan kawan-kawannya. Harap aku juga boleh menyertai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Insyaallah... Di sini aku paparkan beberapa gambar daripada FB Ms.Bathmavathi untuk tatapan. Thanks kepada owner gambar ye...



Gambar1: Logo cadangan persatuan



Gambar2: Ms.Bathmavathi yang pakai baju hijau



Gambar3: Aktiviti riadah OKU



Gambar4: Gambar kenangan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...