Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0...


29 Rejab 1432 Hijriah. Sekarang ini kecoh dengan isu perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, sebuah perhimpunan yang diketuai oleh Dato' S. Ambiga yang bertujuan untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih serta diiringi oleh 8 tuntutan kearah tersebut. Ok, ini adalah pandangan peribadi aku sahaja, tidak ingin aku kaitkan dengan hal politik, harap jangan salah faham.

Sebelum itu kita tengok dahulu 8 tuntutan daripada BERSIH ini:

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Menreformasi undi pos
  3. Penggunaan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Pada pandangan aku sebagai pelajar dan rakyat negara ini, aku berpendapat tiada masalah untuk perhimpunan ini diadakan. Aku banyak membaca daripada akhbar-akhbar dan buku tentang perlembagaan (sejak akhir-akhir ini je) untuk mengetahui status perhimpunan tersebut dari sudut perlembagaan. Ada rahmat jugak disebalik perhimpunan ini ye (rahmat aku yang buta tentang perlembagaan jadi celik perlembagaan, hehehe...)

Perhimpunan ini adalah susulan perhimpunan dahulu yang telah mengumpulkan seramai 40,000 orang bagi menuntut pilihanraya yang bersih. Kesan daripada perhimpunan dahulu, parti politik Pakatan Rakyat telah memenangi banyak kerusi dalam parlimen. Kesan daripada itu jugalah yang dikaitkan dengan tsunami pilihanraya dahulu.

Dari segi permit pula, pada pendapat aku, tidak perlu dimohon pun sebenarnya oleh pihak BERSIH 2.0 kerana undang-undang memang membenarkannya. Hanya polis sahaja yang menetapkan permohonan permit dan dalam kes terbaru ini, awal-awal lagi pihak polis sudah menyatakan bahawa tiada permit yang akan dikeluarkan.

Dalam perhimpunan ini, apa yang paling aku kesalkan dan bimbangi adalah percampuran dan perkelahian antara 3 kumpulan terbesar perhimpunan iaitu BERSIH, PERKASA dan PATRIOT yang mana dijangkakan huru hara akan berlaku sekiranya kumpulan ini bertembung. Perkara ini yang aku bimbangi.

Bukan apa, apabila 3 kumpulan ini yang satunya sememangnya bersifat (kononnya) menjaga ketuanan melayu sudah awal-awal lagi memberi amaran akan pertumpahan darah dan melancarkan 'jihad' mereka. Awal-awal lagi sudah memberi amaran terhadap kaum cina di negara ini. Bagi aku, kumpulan ini yang paling merbahaya dan mesti ditangkap dan dibicarakan atas cuba menimbulkan kekacauan (bukan dikenakan ISA).

Aku cukup bersetuju jika pihak polis menentukan jalan/laluan yang boleh dilalui oleh kumpulan BERSIH ini seterusnya mengawal keamanan perhimpunan sekaligus turut membantu melancarkan laluan trafik. Aku menjangkakan bahawa trafik akan sesak pada 8-9 Julai ini dengan dibanjiri oleh kenderaan dari seluruh negara. Aku pun rasanya akan ke KL jugak untuk adakan appointment untuk program aku tapi maybe after 9 hb la kot...

Aku rasa, kalau ketiga-tiga kumpulan ini tidak bertembung dan tiada sebarang provokasi dilakukan oleh mana-mana pihak ditambah dengan kawalan bantuan pihak polis, ianya akan menjadi sebuah perhimpunan yang aman sama seperti mana-mana perhimpunan yang telah dilakukan sebelum ini seperti perhimpunan kemerdekaan, perhimpunan sejuta belia dan sebagainya. Apabila berlaku provokasi, itu yang akan merosakkan demokrasi negara ini seterusnya mengakibatkan banyak kerugian kepada negara tercinta ini.

Perkara yang satu-satunya ditakuti adalah kekacauan yang mungkin berlaku jika ada provokasi yang muncul. Dari segi business side atas perhimpunan ini, aku melihatnya dari dua sudit iaitu mungkin rugi dan mungkin teramat untung. Rugi jika pemandu teksi gagal memanfaatkan peluang untuk mendapatkan pelanggan dan rugi jika pekedai menutup kedai mereka. Pemandu teksi dan pekedai mungkin akan memperolehi keuntungan berlipat ganda kerana orang ramai pada hari tersebut. Maklumlah selepas penat berjalan ,mesti nak rehat dan makan minum kan, hehehe...

Tapi real thing is susah untuk mengatakan samada perhimpunan ini akan memberi manfaat atau tidak. Ianya amat subjektif dan masing-masing pihak mempunyai pandangan tersendiri. Satu pihak mengatakan bagus dan satu pihak mengatakan tidak bagus dengan hujah dan alasan masing-masing.

So, aku amat berharap agar perhimpunan yang dirancang (jika benar-benar dilaksanakan) ini dapat dilakukan dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak bagi menjamin keselamatan negara. Tiada yang lebih berharga selain daripada keamanan yang dikecapi ini. Semoga perhimpunan ini diadakan dengan suasana yang baik dan tanpa sebarang huru hara kerana jika berlaku huru hara, semua akan turut menanggung tempiasnya.



5 comments:

  1. Modern MalaysianJuly 2, 2011 at 2:59 AM

    Tuntutan bersih :

    Bersihkan senarai undi
    Menreformasi undi pos
    Penggunaan dakwat kekal
    Masa kempen minima 21 hari
    Akses media yang bebas dan adil
    Kukuhkan institusi awam
    Hentikan rasuah

    Saudara Ruzimi,

    Saya ingin memberi pendapat tentang isu bersih ini. Kalau mengikut tuntutan di atas, saya rasa anda kurang faham tentang tujuan tersirat di sebalik bersih ini. Sebarang perhimpunan boleh diadakan jika diberi permit oleh pihak polis namun sekiranya ia akan membawa kekacauan dan mengancam keselamatan awam, permit yang demikian tidak akan dikeluarkan.

    Rasuah, bagi saya rasuah berlaku dimana-mana. Usaha membanteras rasuah kini giat dilakukan oleh SPRM, rmai big shots yang didakwa dan dipenjara. Ini menunjukkan kerakaab bersungguh menghapuskan rasuah.Apakah maksud demokrasi berparlimen? sistem demokrasi , kerajaan oleh rakyat untuk rakyat. Apa yang rakyat mahu? pembangunan, peluang kerja, keamanan, kestabilan politik dan ekonomi.

    Jika perhimpunan ini diadakan, seperti tahun 2007 akan mengundang kecaman terhadap keselamatan rakyat, menjejaskan peniaga kecil2 dan mewujudkan imej yang tidak baik di mata pelancong dan juga dunia.

    Pada masa yang sama ia juga akan memberi impak kepada ekonomi negara.(traffic jam xyah cakap la) .

    ReplyDelete
  2. Akses media plak...adakh itu adil..???

    ReplyDelete
  3. kalo betul itu tuntutan bersih, apa kata hantar PROFAIL BAGAIMANA UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN TERSEBUT..
    lagi ELOK, buat apa berhimpun??
    untuk dapatkan sokongan mendapatkan tuntutan??mengertak kerajaan??kta bukan budak kecik, merengek, memberontak meminta sesuatu!!kta mahu, kta perjuangkan, kta cari cara supaya tuntutan tersebut dipenuhi.
    walaupn x aktif politik, rasanya xperlulah jdi buta.

    ReplyDelete
  4. 'KURANG AJAR " itulah istilah yang boleh dilabelkan kepada mereka yang terlibat dalam perhimpunan bersih.Titah dari duli yang maha mulia dengan angkuhnya diengkari....pihak polis memang patut mengambil tindakan keras kepada mereka yang buta hati ini.Apa kurangnya lagi yang diberikan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato Najib dan Dato Muhyiddin..semuanya ada, lengkap dan yang paling pentingnya keadaan rakyat tak pernah diabaikan... mereka tidakkah dapat melihat keadaan yang berlaku diserata dunia buat masa sekarang..semuanya dalam keadaan kacau bilau...tidakkah boleh dijadikan pengajaran.'BERSIH" kononya, tapi perhimpunan yang dibuat tidak menjuruskan kepada sifat bersih...menyusahkan lagi adalah.Mereka yang terlibat patutnya dihukum sekeras-kerasnya...kerana disebabkan segelintir manusia yang kurang ajar seperti ini maka generasi akan datang akan tergadai tanah air sendiri.Mereka mempermainkan titah seorang raja melayu yang berdaulat yang cintakan keamanan..nasihat seorang perdana menteri yang bertungkus lumus untuk menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang berjaya...sedih sekali dikala Malaysia sedang menuju keambang kejayaan ada juga segelintir manusia yang ingin melihatnya hancur hanya kerana tamak dan gila kuasa.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Terima kasih kepada semua yang memberi response. Saya menghormati pandangan setiap orang yang mana awal2 lagi saya sudah menyatakan bahawa setiap orang ada hujah masing2.

    Saya berpendapat lebih elok jika kita bertanyakan kepada ulama' yang bebas daripada mana2 pihak. Ulama' yang bukan daripada pihak pemerintah mahupun daripada pihak penganjur supaya tiada bias atas mana2 penyataan yang dikeluarkan.

    Saya kira bahawa Ust.Zaharuddin dan Ust.Zamri adalah pihak yang dilihat tidak memihak kepada mana2 parti dan boleh merujuk kepada mereka tentang isu ini. Anda boleh rujuk sendiri penyataan mereka.

    Selain itu, antara ulama' luar yang boleh dirujuk adalah Sheikh Yusuf Qaradawai yang sememangnya banyak memberi input agama dan beliau juga pernah berkunjung ke Malaysia. Jadi saya kira, pandangan beliau layak untuk diambil kira.

    Apa pun, setiap orang ada hujah masing2 dan bergantung kepada kita sebenarnya untuk mencari kebenaran itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...