Friday, June 10, 2011

SUAMI SEPERTI SETH TAN...


8 Rejab 1432 Hijriah. Semenjak dua menjak ni, banyak komen-komen dalam FB aku yang dipost oleh kawan-kawan tentang drama Nora Elena. Mereka (majoriti perempuan la) asyik sebut-sebut tentang kekacakan, kebaikan, caring, loving dan macam-macam lagilah pada karekter utama drama ni iaitu Seth Tan lakonan Aaron Aziz. Drama ini disiarkan dislot Akasia, waktu 'terbaik' iaitu waktu Maghrib.


Gambar1: Poster drama Nora Elena



Antara komen-komen yang biasa aku dengari adalah "alangkah romantiknya Seth Tan.", "kalaulahlah Seth Tan tu jadi pakwe aku atau husband, alangkah bahagianya aku :) ", "Oh Seth Tan......", "Tak sabar nak tengok Seth Tan petang ni." dan sebagainya. So far seorang sahaja lelaki (kawanku yang komen kat FB) tentang Nora Elena iaitu "kalaulah aku macam Seth Tan, mesti ramai awek tergila-gilakan aku :-)"

Aku tak berapa minat sangat dengan drama-drama melayu ni. Kat kolej aku pun takde tv, so aku memang tak tengok sangat la tv tu. Balik kampung pun aku bukannya kaki tv, cukup aku boleh berinternet dan bermain games, dah, enough for me. Bila ramai yang post tentang drama Nora Elena ni, tergerak hati aku aku nak tahu, "best ke drama ni?". So aku pun tontonlah kat website www.tonton.com.my

So, secara asasnya, drama Nora Elena yang berasal dari novel 'Kasih Yang Suci' adalah mengisahkan hubungan cinta antara Seth Tan dan Nora tulah dengan diselitkan pelbagai pancaroba. Very tipikal drama. Aku terpaksa habiskan beberapa jam untuk menonton dan mengkaji drama ni, so barulah aku boleh berikan komen.

Aku tak dapat nafikan bahawa watak lakonan Aaron Aziz tu sememangnya seorang yang baik hati, caring, loving, pemaaf dan sebagainya. Pendek kata, itulah watak perwatakan yang diingini oleh wanita melayu kita ni. Apa pun, aku ada satu aspek yang tidak aku suka. Aku tak berniat untuk menyalahkan Aaron ataupun pelakon lain (yelah, dia berlakon je, ikut skrip dan arahan), tapi ada kekesalan yang terbit dihatiku tentang watak Seth Tan ini, tentang watak suami idaman ini.

Perkara itu adalah Seth Tan gagal memujuk atau menyuruh isterinya itu untuk menutup aurat. Semua aspek dah berjaya ditonjolkan sebagai seorang suami yang penyayang, suami yang caring, suami yang bertangungjawab dan sebagainya tetapi gagal sebagai watak suami yang baik menurut Islam. Seth Tan gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan tidak membimbing isteri ke arah hukum Islam, ke arah penutupan aurat.

Aku taknak komen tentang kisah silam Nora yang dizalimi, kisah gelap Seth Tan sewaktu dulu-dulu. Apa yang aku komen ini adalah untuk masa sekarang. Walaupun Nora dikatakan tidak mencintai Seth Tan, tetapi dia sudah bertitle 'isteri' dan dia wajib patuh kepada kata-kata suaminya. Begitu juga dengan Seth Tan, tidak bolehlah dia bermesra-mesraan dengan setiausahanya tu dan dia juga mesti menyuruh isterinya itu menutup aurat. Adakah watak suami sebegini yang diinginkan oleh gadis-gadis melayu Islam Malaysia sekarang ni?

Aku lebih suka bakal suami anak perempuanku (pada masa depan) adalah seorang suami yang dekat dengan Allah SWT dan boleh memikul amanah yang diberikan walaupun lelaki itu tidaklah romantik, caring, loving, kacak dan mewah seperti Seth Tan, yang tidak mampu memujuk atau menyuruh 'isteri'nya Nora menutup aurat....

Begitulah gadis-gadis remaja sekarang ini dalam pilihan mereka untuk mendapatkan bakal suami. Pertimbangan yang sepatutnya menjadi asas pemilihan suami (baik agamanya, keturunannya, rupa paras dan hartanya dan anda boleh rujuk ciri-ciri memilih suami mengikut Islam) diabaikan sebaliknya hanya mengikut emosi dan nafsu semata-mata. Mereka ini lebih suka dan percaya pada lelaki yang baik, caring, loving, kacak dan sebagainya tetapi tidak kisah pada aspek agamanya.

Agak mudah untuk kita menilai seseorang lelaki yang sudah bergelar suami samada dia adalah suami yang baik atau tidak. Antaranya adalah kita boleh melihat isteri dan anak-anaknya. Jika isteri dan anak-anaknya baik, mengikut ajaran Islam (menjaga solat, menutup aurat, menjaga pergaulan dan sebagainya), maka kita boleh katakan bahawa lelaki itu adalah suami yang baik dan suami yang berjaya.

Aku tak berniat untuk mengkritik ulama ataupun ustaz tetapi hari ini aku tengok ada ustaz yang hebat pada ceramahnya tetapi gagal mendidik isteri dan anak-anaknya. Masa bagi tazkirah/ceramah agama bergegar-gegar, begitu begini, bersemangat membacakan hadis itu hadis ini, menerangkan hukum itu hukum ini tetapi isteri dan anak tidak menutup aurat. Pada aku, ustaz atau ulama ini gagal dan tidak layak untuk aku hormatinya.

Apa pun diharap after this, gadis-gadis melayu Islam kita boleh dan cerdik dalam memilih pasangan mereka dengan memilih orang yang mempunyai ciri-ciri suami yang baik menurut Islam. Insyaallah....


* Cun gak Nora tu ye... hehehe....


3 comments:

  1. Salam,

    Kurang bersetuju apabila anda katakan ustaz2 yg isteri dan anak2 mereka tidak menutup aurat tidak layak untuk anda hormati..siapakah kita untuk judge seseorang?..sedangkan isteri nabi nuh seorang yg kufur inikan pula kita manusia biasa.

    wasalam

    ReplyDelete
  2. kepada Anonymous:

    Assalamualaikum.

    Terima kasih atas teguran anda. Seperti yang saya katakan, saya tidak berniat untuk mengkritik ulama ataupun ustaz. Apatah lagi untuk mengkritik Nabi Nuh, salah seorang daripada 25 nabi terulung.

    Saya juga tidak berniat untuk judge sesiapa dan sebagai manusia akhir zaman, kita hanya diberikan panduan dan guideline tentang sesuatu perkara namun keputusan akhir adalah pada Allah SWT.

    Dalam kisah nabi Nuh, perlu kita tengok pengajaran pada pengakhirannya yang mana isterinya itu ditenggelami air (kalau tak silap saya). Nabi Nuh telah berdakwah selama lebih kurang 90 tahun namun isterinya tetap berdegil. Nabi Nuh dah berusaha sedaya upaya namun keputusan akhir adalah Qada dan Qadar Allah SWT.

    Keadaan zaman juga boleh mempengaruhi tentang sesuatu hukum/ayat Al-Quran itu diwahyukan. Bilakah ayat yang mengatakan hukum suami dayus? Pada pencarian saya (jika salah tolong betulkan), ianya adalah pada zaman Nabi Muhammad dan tidak timbul masalah suami dayus pada zaman Nabi Nuh. Waktu Nabi Nuh, bilangan orang Islam amat sedikit dan zaman sekarang bilangan umat Islam sudah ramai. Disebabkan perbezaan zaman itulah, kita tidak boleh mengatakan bahawa Nabi Nuh dayus, itu adalah zaman kritikal pendakwahan Nabi Nuh.

    Berbeza dengan zaman sekarang ini (dah akhir zaman) yang mana kita tengok ramai suami yang dayus, gagal mendidik anak isteri mereka kearah yang lebih baik.

    Golongan ulama atau ustaz yang saya maksudkan dalam blog ini adalah orang yang tidak menyuruh isteri atau anak2nya menjaga aurat. Bukankah suami yang gagal mendidik anak isterinya adalah suami yang dayus? Teguran dan komen saya adalah terhadap orang yang sebegitu sahaja, tidak lebih daripada itu.

    Apa pun, saya mohon maaf jika ada ayat yang kurang elok, salah dan tidak tepat. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran ini. Jika saya ada membuat kesalahan lagi, silalah tegur lagi, Insyaallah, saya akan lebih berhati2 lagi selepas ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...