Friday, July 22, 2011

ABILITY TO BOUNCE BACK - PART1...


22 Syaaban 1432 Hijriah. Alhamdulillah... semakin kita menghampiri Ramadhan rupanya. dalam kesempatan ini, aku doakan agar kita semua berkesempatan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa nanti. Ok, untuk post kali ini, aku just ingin bercerita tentang apa ciri yang paling penting untuk kita menjadi usahawan yang berjaya.

Dalam kita memperkatakan ciri-ciri penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, aku percaya bahawa tentu ramai yang boleh memberikan jawapan yang betul. Antara jawapan yang biasa kita dengar ialah baik hati, pemurah, rajin bersedekah, suka membantu orang, menepati masa dan sebagainya.

Aku tidak nafikan bahawa kesemua jawapan itu betul, tiada satu pun yang salah. Namun demikian, kalau kita terfikir sejenak, apa faktor yang benar-benar boleh membuktikan atau sekurang-kurangnya menjadi petanda bahawa kita akan menjadi usahawan yang berjaya? Apabila aku pergi kemana-mana kursus keusahawanan, ada beberapa faktor yang sering menjadi penyebab kegagalan seseorang usahawan itu. Usahawan itu pandai berkomunikasi, pandai menetap dan mengira harga, pandai mengambil hati pelanggan, rajin bersedekah tetapi sampai pada suatu tahap yang diuji oleh Allah SWT, usahawan itu gagal.

So, ada rumusan yang telah dibuat yang mana ada satu faktor utama (faktor lain ada juga) yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam perniagaan. Faktor itu ialah usahawan itu kurang/tiada 'ability to bounce back'. Apa yang dimaksudkan dengan ability to bounce back dan macamana cara untuk mempunyai kebolehan/keupayaan tersebut?

Ability to bounce back adalah keupayaan seseorang itu untuk come back daripada saat kejatuhannya. Contohnya macam ini: Seorang usahawan berjaya, A telah berniaga selama 5 tahun dan dia memang berjaya. Tetapi dia diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang berat sehingga dirinya muflis, dikejar bank dan along, rumah tergadai, keadaan isteri dan keluarga terumbang ambing dan sebagainya.

Dalam keadaan teruk ini, usahawan A itu masih mampu 'berdiri semula', merangkak perlahan-lahan, bijak menyusun strategi dan sebagainya sehingga mampu membina semula empayar perniagaannya dalam masa beberapa tahun kemudian. Usahawan itu tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan perniagaannya sehingga dia berjaya. Inilah yang dikatakan ability to bounce back. iaitu keupayaan untuk kembali berusaha, semangat untuk kembali berjaya. Usahawan itu bila gagal, dia tak berputus asa, tak menyalahkan orang lain, tak mengambil masa yang lama untuk bersedih dan sebagainya.

Ok, macamana pula dengan cara untuk bounce back sekiranya kita sudah jatuh teruk (muflis, hutang dengan along, rumah kena jual, isteri mintak cerai, anak-anak terumbang-ambing dan sebagainya)? Disini aku paparkan gambar 4x4 Source of Strength (empat perkara yang perlu di bounce back jika kita berada dalam keadaan gagal) dan penerangannya dibawah.



Gambar1: Gambarajah 4x4 Source of Strength


Ok, untuk Mind, kita (usahawan yang dalam keadaan gagal tadi) mesti kembali fokus terhadap apa matlamatnya sebelum ini dan adakah matlamatnya itu sudah tercapai. Dia mesti memperbaiki semula kepercayaan dalam dirinya dan memperkuatkan semula mentalnya untuk menghadapi situasi yang terumbang-ambing ini. Dalam keadaan yang gagal ini, seseorang itu biasanya akan mudah down, penat, fikiran tidak stabil, tidak boleh berfikir dengan baik, kurang tumpuan dan sebagainya. So, usahawan itu mesti bounce kembali Minds nya dengan cara tersebut.

Bila dia sudah mempersiapkan minda dan meneguhkan kembali matlamatnya, move pula kepada Body. Body bermaksud, apa bila kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing, kita akan penat, letih berfikir, letih merancang sekaligus menyebabkan kita banyak kehilangan tenaga. Kita sepatutnya cuba untuk rest (tidur yang mencukupi), exercise, dapatkan nutrisi bagi menyihatkan kembali badan dan sekaligus boleh membantu mencergaskan kembali minda. Bila mida dan badan sudah ok, kita akan berupaya untuk merancang sesuatu dengan lebih baik lagi.

Emotions pula adalah berkaitan dengan psikologi kita. Mempunyai emosi yang turun naik pada waktu sukar sememangnya amat memeritkan. Untuk menenangkan kembali emosi ini (sesudah melakukan step 1 dan 2 tadi) adalah fikir kembali apa yang kita inginkan sebenarnya dan tanamkan sifat 'whatever happens happens'. Tidak perlu untuk fokus terhadap ability kita tapi fokus kepada effort atau determination kita. Try to find 'why' dan jagan bergantung kepada perkara luaran untuk terus bergerak.

Spirits. Adalah sesuatu yang teramat penting untuk dipulihkan. Antara cara untuk mengembalikan semangat adalah 'finding your unique contribution' dan 'shaping a better version of yourself'. Bagaimana caranya? Kita buat apa yang kita suka, buat apa yang kita gemari dan perkara yang kita buat itu mestilah boleh memberi value kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Buat something yang memberi makna, memberi kegembiraan kepada kita dan Insyaallah... lama-kelamaan, bila hati dah gembira, kita akan kembali pulih spirits kita itu.

Ok, aku stop disini dahulu tentang apa ciri paling penting dan bagaimana untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut sekaligus membantu kita menjadi usahawan yang berjaya. Untuk post akan datang, aku akan berkongsi tentang cerita/movie, metafora, kata-kata hikmah dan lagu yang boleh membantu kita dalam menguatkan ability to bounce back kita. Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...