Tuesday, July 12, 2011

CARA DAN ADAB MENEGUR - PART2...


11 Syaban 1432 Hijriah. Ok, sambung kembali kepada topik cara dan adab menegur daripada post yang lalu. Untuk kali ini, aku just ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk menegur pemimpin/ketua atau somebody yang lebih tinggi kedudukannya, senang kata untuk tegur orang besarlah.

Bila bercakap tentang cara menegur pemimpin, ada satu hadis yang popular tentang hal ini iaitu:

“Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)


So, aku rasa hadis ini senang untuk difahami yang mana ianya menerangkan cara untuk menegur pemimpin iaitu tidak boleh tegur secara direct, on the spot, suara yang kuat dan dihadapan orang ramai sebaliknya mestilah memegang tangannya dan time tu baru boleh menegurnya. Samada pemimpin tersebut nak terima atau tidak, terpulanglah kepada beliau, tugas kita sebagai si penegur dah selesai.

Cara ini amat sesuai dilakukan oleh para mufti, ustaz , ulama', pegawai agama dan sesiapa sahaja yang berada dekat pada pemimpin tersebut. Biasanya, tak ramai orang yang betul-betul boleh merapati pemimpin. Kalau orang biasa/masyarakat/rakyat ini, amat jarang untuk mempunyai peluang untuk berbuat demikian (tarik tangan, bawak ke belakang sikit dan tegur), jadi tugas tersebut hanya boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang rapat dengannya sahaja on that time. Maka menjadi tanggungjawab pihak-pihak tersebut untuk menasihati pemimpin itu.

Jika ada pemimpin yang membuat silap, menjadi tanggungjawab orang yang terdekat itu untuk menegurnya dan jika tiada teguran dilakukan, orang sekelilingnya itu akan turut menerima tempias di akhirat kelak. Orang sekeliling akan selamat jika ada pihak yang sudah membuat teguran dan jika diterima teguran itu, Alhamdulillah... tetapi jika tidak diterima, tanggungjawab itu sudah terlepas.

Ok, bagaimana pula jika orang jauh yang tak pernah berpeluang untuk merapati pemimpin (tak berpeluang nak tarik tangan pemimpin dan bawak ke belakang)? Mereka juga boleh membuat teguran secara lisan dan dalam hati mereka. Mesti diingatkan bahawa kita kena ikut step yang ada iaitu guna tangan (jika amat mampu), guna lisan (jika mampu) dan guna hati (jika paling tidak mampu)

Oh, ye sebelum aku terlupa, teguran yang boleh dilakukan dengan tangan (berkeupayaan untuk menghalang, berkeupayaan untuk menggunakan sedikit kekerasan dengan niat mendidik) sesuai untuk pemimpin menegur orang bawahan, suami menegur isteri dan anak-anak, orang yang sihat fizikalnya, guru dengan anak muridnya dan sebagainya, pendek kata orang yang ingin menegur itu mestilah berkemampuan lebih daripada orang yang ditegur.

Untuk secara lisan pula, sesuai untuk orang bawahan menegur pemimpin, isteri dan anak-anak dengan suami, orang yang kurang besar fizikalnya, murid dengan guru dan sebagainya pendek kata kurang berkemampuan untuk menggunakan tangan. Begitu juga dengan hati. Tegur dan marahlah dalam hati sebagai menandakan bahawa kita tidak meredhai akan perbuatan yang dilakukan tersebut. Gunakanlah hati jika kita betul-betul tidak berkemampuan, tidak berkeupayaan dan tidak berani untuk menggunakan teguran secara lisan.

Bagaimana pula dengan cara untuk menegur pemimpin jika dah banyak kali ditegur tapi still tak berubah? Untuk hal ini, jika pemimpin itu tidak segan silu membuat kemungkaran, dah banyak buat maksiat, dah banyak ditegur tapi tak hiraukan teguran itu, maka kita boleh mendedahkan kepada umum, menegur secara terbuka, diharuskan mengumpat bagi menimbulkan rasa malu kepada pemimpin tersebut dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Kita sebagai orang jauh dan bawahan juga boleh menggunakan kekerasan, mengangkat senjata untuk memerangi pemimpin yang sudah banyak kali ditegur tapi tiada sebarang perubahan, kita boleh mengangkat senjata terhadap pemimpin tersebut sesuai dengan hadis Riwayat Muslim ini:


"Sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang? Baginda menjawab: Jangan, selama mana mereka masih menegakkan solat ditengah-tengah kalian"


Bagaimana pula jika ada orang bukan Islam yang ingin menegur pemimpin Islam? Ok, jumhur ulama mengatakan bahawa kalau ilmu itu betul (apa yang diberitahu itu betul) walaupun datang daripada kanak-kanak bukan Islam, kita kena akui kebenarannya. So, dalam konteks ttegur menegur ini, tidak menjadi sebarang masalah jika orang bukan Islam ingin menegur orang Islam dan orang Islam itu patut bersyukur kerana masih ada orang lain yang ingin menegur walaupun bukan saudara seagama kita.

Kesimpulannya adalah:

1) Ada banyak cara untuk menegur seseorang itu iaitu melalui tangan, lisan/lidah dan hati dan mesti menggunakan cara ini mengikut step serta kemampuan kita.

2) Seboleh-bolehnya janganlah mengaibkan seseorang itu dengan mendedahkan kesilapannya. Tegurlah dengan baik dan berhikmah. Gunakan saluran yang betul untuk menegur.

3) Teguran terhadap pemimpin mestiah dilakukan dengan elok dan berhikmah. Jika sudah terlalu teruk, boleh mendedahkan aib orang tersebut dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya dan juga pengajaran kepada orang lain.

4) Boleh mengangkat senjata untuk memerangi pemerintah yang banyak membuat kemungkaran dan meninggalkan solat jika sudah banyak kali ditegur.

5) Jika teguran itu betul, tidak menjadi masalah tentang identiti orang itu, boleh terima teguran tersebut.

So, aku rasa cukup untuk aku menperjelaskan tentang cara dan adab teguran, bermula daripada menegur kawan sehingga menegur pemimpin, daripada menegur secara tangan sehingga menegur melalui hati dan sebagainya. Jika ada apa-apa yang silap dalam perkongsian ini, silah tegur aku dan kita boleh bersama-sama berbincang, meluaskan lagi ilmu pengetahuan kita, Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...