Friday, July 1, 2011

PSIKOLOGI CINTA OKU - PART1...


1 Syaaban 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah masuk bulan Syaaban dah kita, tak lama lagi dah mula berpuasa. Ok, untuk post kali ini aku nak berkongsi tentang psikologi OKU bab cinta. Aku ingin tegaskan bahawa ini bukan laman web lucah ye, just nak berbicara tentang cinta dan kasih sayang dari sudut psikologi OKU. Betul atau salah bukan persoalan ye, mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tak betul tentang info yang ingin dikongsi ini.

Actually, aku ada baca buku yang diberikan oleh abangku sewaktu aku berumur 10 tahun, darjah 4. Time tu dia bagi dan suruh aku baca buku dalam bahasa English tu. Terkial-kial aku baca buku tu sebab banyak yang kena translate, tapi alhamdulillah... 2 minggu aku baru tamat baca buku tu dan boleh dikatakan ianya adalah salah satu buku ter best yang pernah aku baca (tak silap aku tajuknya Disabled Psychology).

Salah satu bab yang menarik tentang buku tersebut adalah bab kasih sayang/cinta yang dibuat kajian oleh penulis tersebut (penulis tu seorang doktor). So, daripada buku inilah aku banyak belajar tentang psikologi OKU dari segi sifat, sikap dan ada menyatakan cara-cara untuk membantu OKU, memang buku yang bagus.

Ok, bab kasih sayang/cinta ini, OKU sememangnya mudah jatuh hati atau jatuh cinta atau sekurang-kurangnya saja berperasaan sedemikian. OKU mudah menyangka bahawa orang lain sukakannya yang mana mereka ini sentiasa terbuka hatinya untuk menerima sesiapa sahaja yang boleh menerima kekurangan mereka. This is a fact yang mana kebanyakkan OKU biasanya tidak mengapa berkahwin dengan sesiapa pun jika pasangannya itu boleh menerima kekurangannya.

Sebagai contoh: Perempuan A seorng yang cantik sentiasa membantu seorang lelaki OKU B atas dasar ingin membantu dan bersimpati terhadap OKU B itu. Apabila merasakan layanan yang diterima oleh OKU B itu lebih daripada layanan rakan-rakan biasa, OKU B itu akan mula berperasaan bahawa perempuan A itu mengasihi/menyintainya sedangkan tidak. Jika seseorang lelaki OKU menerima layanan (dari perempuan) mesra yang lebih sedikit daripada orang lain, mereka mudah berperasaan bahawa perempuan itu menyintainya.

Begitu juga dengan perempuan OKU C dengan lelaki normal D yang mana jika lelaki itu melayani lebih sedikit daripada orang lain, perempuan OKU C itu akan menyangka bahawa lelaki itu menyukainya (tambah pulak kalau lelaki itu hensem, menjadi rebutan gadis normal lain). Perempuan C itu akan mula merasakan dan memikirkan bahawa lelaki D itu menyukainya walaupun lelaki D itu sekadar ingin membantu atau bersimpati terhadapnya, tiada niat lain.

So, dalam buku itu menyatakan bahawa OKU memang mudah berperasaan sedemikian (perasan bahawa orang lain menyintainya) sedangkan tidak. Apa pun yelah, nak buat macamana, sebab ini berkaitan dengan sifat dan perasaan hati masing-masing kan. Mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tidak betul. setahu aku tiada lagi kajian di negara ini bagi membuktikan kesahihah bab perasaan OKU ini especially bila nak kahwin.

Sesetengah OKU juga lebih suka mencari pasangan yang sama dengan mereka iaitu pasangan yang juga OKU. Mereka berpendapat bahawa mudah untuk mereka berkomunikasi, membuat kerja dan paling penting mereka saling memahami ketidakupayaan masing-masing jika dibandingkan dengan berkahwin dengan orang normal.

Aku tak mampu nafikan bahawa hanya OKU yang lebih memahami keadaan OKU lain justeru membuatkan mereka lebih selesa jika berpasangan dengan orang yang sama OKU dengan mereka. Maksud sama OKU disini bukan bemakna OKU fizikal berkahwin dengan OKU fizikal sahaja atau OKU pendengaran berkahwin dengan OKU pendengaran sahaja tetapi ada yang OKU fizikal berkahwin dengan OKU penglihatan dan sebagainya (perkahwinan berbeza ketidakupayaan).

Aku tak mampu nafikan juga bahawa ramai OKU yang berkahwin dengan OKU dan menjalani kehidupan yang aman bahagia sehingga ke akhir hayat. Yes, mereka pun boleh bahagia dengan cara dan kehendak mereka. Nobody yang boleh mengatakan bahawa perkahwinan sesama OKU tidak akan mencapai kejayaan dan nobody juga boleh mengatakan bahawa OKU tidak boleh berkahwin dengan orang normal.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa OKU mesti berkahwin dengan OKU juga. Itu biasanya pendapat orang normal yang tak tahu apa-apa tentang OKU dan bercakap main ikut sedap mulut je. Yelah, mereka bukan OKU, tidak banyak yang mereka tahu tentang hati dan perasaan OKU tetapi kenyataan itu ada jugak OKU yang menyokongnya. Pada aku, bab-bab jodoh ni, ianya dah ditentukan dan kita mesti berusaha untuk mendapatkannya.

Berusaha untuk 'mendapatkan semula tulang sulbi' yang telah dijadikan Allah SWT kedalam satu pentuk pasangan lain. Mungkin 'sulbi' kita itu juga OKU dan mungkin normal, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya semula. Ok, untuk bab OKU berkahwin dengan orang normal nanti aku nukilkan dalam part 2 ye.

Sebagai penutup dan nasihat aku untuk OKU terutamanya yang sedang mencari cinta mereka, jangan mudah perasan ye. Carilah cinta anda dengan sabar, Insyaallah, mesti ada punya. Sebagai pendorong motivasi untuk semua, disini aku ingin siarkan beberapa gambar OKU yang berkahwin dengan OKU juga dan sama2lah kita doakan agar mereka itu hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Insyaallah....



Gambar1: Pasangan Ahmad dan Fatima dari Iran



Gambar2: Saling memahami dan saling membantu



Gambar3: Kehidupan suami isteri



Gambar4: Ini perkahwinan kat Malaysia bebaru ni (maaf, lupa nak catat namanya)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...