Monday, July 4, 2011

PSIKOLOGI CINTA OKU - PART2...


4 Syaaban 1432 Hijriah. Ok, untuk post kali ini, aku sambung topik sebelum iaitu psikologi cinta OKU yang mana dulu aku ceritakan tentang sifat OKU yang 'mudah perasan' dan corak pemilihan jodoh sesama mereka. So, untuk post kali ini, aku akan membincangkan tentang OKU yang berkahwin dengan orang normal.

Kakak aku ada buka kedai makan di Kelantan dan ada seorang customer OKU lelaki, (maaf aku tak tahu namanya) yang mana OKU lelaki ini boleh drive kereta (jenis auto) dan mempunyai 3 anak. Anak-anaknya semuanya normal dan isterinya juga adalah seorang perempuan yang normal. Kadang-kadang kakak aku kata, OKU tu selalu juga belanja member-member dia makan kat kedai kakak aku tu dengan bawa bersama isterinya.

Ingat lagi pada arwah YB Senator Prof. Datuk Dr.Ismail Md Salleh, seorang OKU penglihatan yang juga salah seorang pakar ekonomi negara? Arwah juga mempunyai 6 orang anak yang normal hasil perkongsian hidup bersama Datin Hasnah Wahab yang juga seorang wanita yang normal. Apa pun Al-Fatihah untuk Prof....

Pernah dengar kisah seorang hamba Allah SWT yang kerdil bernama Ikhsan Sirat, 44 yang dipaparkan dalam Berita Harian, 17 julai 2006? Untuk information, beliau adalah antara OKU kerdil yang mempunyai 2 orang isteri yang normal. Bukan seorang, tetapi 2 orang isteri yang normal dan sekarang ini sudah menjadi bapa kepada 5 orang anak.


Gambar1: Ikhsan Sirat mendidik anaknya untuk berniaga dan berdikari


Nak contoh lagi? Ok, kenal tak individu OKU penglihatan yang juga pengarah eksekutif Malaysian Association for the Blind (MAB) iaitu Ooi Goat See yang berkahwin dengan Belinda Quah Siew Lan yang normal dan tahun lalu telah melangsungkan perkahwinan anak perempuannya yang normal. Boleh rujuk di akhbar The Star bertarikh 19 Jun 2010.


Gambar2: Ooi Goat See bersama wife dan anak perempuannya


Ok, cukup dengan beberapa contoh yang aku berikan itu. Bukan apa, just as motivation kepada mana-mana OKU yang mempunyai rasa sayang dan cinta kepada orang normal. OKU lelaki boleh berkahwin dengan perempuan normal dan OKU perempuan juga boleh berkahwin dengan lelaki normal as long as saling mencintai dan mendapat restu keluarga.

Namun demikian, aku akui bahawa bukan senang untuk orang normal ataupun keluarga orang normal untuk menerima calon suami/isteri yang OKU. Ada juga kes yang kedua-dua pasangan sudah bersetuju (lelaki OKU dan perempuan normal) untuk berkahwin tetapi keluarga perempuan tidak merestuinya. Ini kes salah seorang kawanku yang berada di Pandan Indah, Ampang.

Pihak keluarga yang tidak boleh menerima lelaki/perempuan yang OKU sebagai calon menantu beralasan bimbang kebajikan anaknya kurang terjamin, bimbang cucu mereka juga akan menjadi OKU, takut dicemuh jiran-jiran dan sebagainya. Pada aku, terpulanglah pada pendirian dan fahaman keluarga masing-masing, perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa dan pada aku juga, mana-mana OKU yang ingin berkahwin, dapatkanlah restu kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu, jangan melampaui batas agama walaupun hati memberontak untuk berkahwin.

Perkara sebalinya terjadi jika pihak OKU itu adalah pihak perempuan yang mana biasanya keluarga perempuan tersebut akan menerima sesiapa sahaja yang sudi menjadi suami kepada anak perempuan mereka. Mereka berpendapat adalah bagus dan sesuai serta baik hati betul lelaki yang sedia menerima kekurangan anak gadis mereka dan kalau dah rezeki, pihak keluarga perempuan pulak yang menanggung majlis perkahwinan.

Bila perkara ini terjadi, OKU biasanya menyalahkan kekurangan dirinya, menyalahkan takdir, berputus asa dan sebagainya. Mereka jarang yang dapat menerima hakikat tersebut. Ada logiknya pihak keluarga menolak pinangan OKU kerana mereka berpendapat sukar untuk OKU menyara kehidupan anak mereka, menjaga keselamatan, menjaga bakal cucu mereka dan sebagainya.

Well, sekarang zaman sudah sedikit berubah yang mana OKU sekarang, ramai yang berpendidikan tinggi, berpendapatan tetap dan lumayan serta mempunyai keupayaan yang tiada pada orang lain. Sekarang ini sudah ramai OKU yang berpendidikan tinggi dan graduate serta mempunyai pekerjaan yang bagus sekaligus mampu menyara keluarga mereka.

So, nasihat aku kepada semua OKU yang ingin mendirikan rumah tangga, carilah pekerjaan tetap/berniaga dengan mengambil kira kemampuan untuk menyara keluarga. Hilangkanlah tanggapan negatif pihak keluarga terhadap kemampuan kita dengan membuktikan kejayaan kita mempunyai pekerjaan tetap atau income yang lumayan hasil daripada berniaga.


Gambar3: Contoh OKU berjaya



Gambar4: Menjadi usahawan untuk kukuhkan kewangan



Aku juga berharap agar pihak keluarga berfikir secara rasional dan tidak mengamalkan sikap diskriminasi/tutup pintu untuk OKU. Jika merasakan bahawa OKU itu mempunyai ciri-ciri bakal suami menurut Islam, izinkanlah mereka berumah tangga. Kepada OKU pula, jika pinangan anda ditolak, jananlah berputus asa dan menyalahkan diri sendiri, sebaliknya jadikanlah perkara itu sebagai suatu teladan.


Gambar5: Pasangan OKU pertuturan berkahwin (kedua-duanya OKU pertuturan)


Kepada OKU yang ingin berumah tangga, contohilah Ooi Goat See (OKU penglihatan yang berkahwin dengan perempuan normal) dan Ikhsan Sirat (OKU kerdil yang mempunyai 2 isteri normal). Tingkatkan iman, belajar bersungguh-sungguh, kukuhkan kewangan dan buktikan kemampuan untuk menjadi bakal suami, insyaallah... akan ada jodoh untuk anda.

Kepada OKU yang juga berkahwin dengan OKU, tiada masalah. Itu adalah cinta dan kasih sayang anda. Anda saling menyintai, saling memahami dan saling mendapat restu keluarga. Anda tentukan nasib dan takdir anda sendiri. Semoga anda juga bahagia hingga ke akhir hayat, Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...