Tuesday, July 26, 2011

TEGURAN SECARA TERBUKA - PART1...

26 Syaaban 1432 Hijriah. Ok, untuk post kali ini, aku ingin menghuraikan beberapa perkara tentang teguran secara umum yang mana aku tengok, ada orang yang tersilap faham dengan tindakan memalukan orang. Aku post tajuk ini atas sebab bebaru ini aku ada buat kenyataan kat Facebook seperti ini: "Aku agak hairan dengan sesetengah ustaz/ulama sekarang. Bila berceramah atau memberi motivasi keagamaan di tv dan surathabar, mereka berkopiah tetapi bila sudah dilantik menjadi duta sesuatu produk, mereka muncul di media tanpa berkopiah.... Aku bukan ingin mengkritik, just sebagai komen dan peringatan kepada diriku sendiri...."

Ada jugalah beberapa orang yang klik 'Like' (termasuk bukan islam) dan komen. Mula-mulanya ok sehingga komen terakhir yang berbunyi: "kadang2 sesuatu kekurangan pade tingkah laku seseorang.. tidak perlulah diisukan...hanya mereka yg melakukannye sahaja tahu, sebab mereka lakukan sedemikian..dan..apa yg penting die tahu dan sedar...die lakukan sesuatu tu..hanya kerana Lillahita'ala ^_^".

Aku mulanya rasa macam ok komen tersebut tapi bila aku fikir-fikirkan semula, ada something yang kurang elok. Aku tidak bermaksud kurang elok pada komen dan orang itu tapi kepada pemikiran sepertinya yang mana teguran secara umum dibuat tetapi di 'tidak apakan', di 'tidak kisahkan', di 'tidak perlu tegurkan' atas alasan 'yang penting dia tahu dan sedar'.

Sekilas pandang, nampak macam ok, tapi bila aku fahami dan rujuk buku ilmiah betul-betul, tidak boleh bersikap seperti itu. So, aku buat post ini untuk berkongsi tentang pendapat dan ilmu aku (kalau salah tolonglah tegur ye) untuk pembaca blog ini tentang teguran secara umum dan keperluan menegur itu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dalam surah Ali imran ayat 110 ada menyatakan bahawa kita dituntut menjalankan amar makruf nahi mungkar, iaitu mengajak kearah kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Bagi maksud ini, kita dikehendaki menjalankannya secara berhikmah dan bersopan santun dalam erti kata cara kita itu mestilah dibuat secara bijaksana dan tercapai kepada golongan yang disasarkan.

Ada pelbagai cara untuk menyeru kearah kebaikkan dan mencegah kemungkaran dan cara yang paling popular adalah melalui teguran. Membuat teguran yang menuju kearah kebaikkan dan mencegah kemungkaran adalah perlu dan perlu diingat bahawa teguran juga perlu dibuat untuk menegur kesilapan yang tidak disengajakan (sesetengah orang kata takpelah... tak sengaja kan... tak boleh macam tu).

Perlu aku nyatakan disini bahawa dalam kelembutan teguran mesti ada ketegasannya. Apa yang salah tetap salah yang mana mungkin sesetengah tanggapan ianya adalah tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur (dalam kes aku menegur ustaz/ulama dalam Facebook yang terbuka ini contohnya). Sesuatu teguran itu boleh dilakukan secara umum samada dalam apa-apa media atau perhimpunan tanpa menyebut pihak yang ditegur secara terperinci tentang kesilapan/kesalahannya.

Aku bagi 2 contoh. Contoh A: Seorang guru menegur anak muridnya dan mendenda murid tersebut kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru tersebut menegur didalam kelas dan memberi hukuman juga dalam kelas. dalam situasi ini, guru tersebut ingin memberi pengajaran kepada murid itu dan juga sebagai pengajaran kepada murid-murid lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama dilakukan oleh murid tersebut.

Contoh B: Seorang ayah memarahi anaknya yang pulang bermain lewat Maghrib. Ayah itu memukul anaknya itu untuk pengajaran supaya dia tidak lagi pulang lewat Maghrib. Tindakan ini juga dilakukan sebagai pengajaran kepada anak-anak yang lain supaya tidak pulang lewat Maghrib juga, jika tidak, tindakan sama akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Sudah jelas tentang teguran secara umum dan kaedahnya? Boleh dibuat teguran secara umum, tanpa menyebut nama dan kesilapan secara detail dan bertujuan untuk menjadikannya sebagai pengajaran kepada pihak tersebut dan pihak sekeliling supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Begitu juga teguran/komen aku terhadap golongan ustaz/ulama dalam FB itu. Niat aku adalah untuk kebaikkan dan aku tidak menyebut secara spesifik nama ustaz/ulama itu serta bertujuan untuk memberi peringatan.

Teguran secara umum dan terbuka boleh dilakukan dengan cara tanpa menyebut nama atau kesilapan/kesalahan secara spesifik/detail seperti golongan ustaz/ulama, polis, mahasiswa, pekerja bawahan dan sebagainya bertujuan untuk menegur kepada golongan sasaran itu dan juga sebagai peringatan kepada masyarakat lain agar tidak mengulangi perkara yang sama walaupun kesilapan/kesalahan itu dilakukan secara tidak sengaja....

Jikalau ianya dilakukan secara umum dan terbuka tetapi disebut nama secara spesifik dan kesilapan/kesalahan secara detail, maka ianya adalah salah dan boleh mengakibatkan pendedahan aib terhadap pihak yang ditegur itu. Dalam hal ini, bukan sahaja maksud teguran itu tidak akan tercapai malahan boleh mengakibatkan permusuhan.

Sikap tidak apa, tidak kisah, jangan peduli, tidak perlu di isu kan tidak sepatutnya timbul kerana teguran itu adalah untuk menegur, bukan untuk mendedahkan aib orang itu. Juga sikap 'yang penting dia tahu dan sedar' janganlah diamalkan kerana jika diamalkan, bermakna tiada teguran dilakukan, tidak perlu ditegur, jangan pedulikan orang lain dan masing-masing bawa diri.

Jika sikap ini diamalkan, ianya akan membawa keburukan untuk jangka masa panjang. Main dengan sikap endah tak endah, tidak menegur ini akan membawa keburukkan untuk jangka masa panjang, menghakis sedikit demi sedikit sifat kebaikkan dan sebagainya lagi. Insyaallah... aku akan cuba ulas untuk post akan datang tentang keburukkan 'yang penting dia sedar dan tahu' tersebut....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...