Friday, July 15, 2011

UNIVERSAL DESIGN - PART1...


15 Syaaban 1432 Hijriah. ok, semalam aku berkesempatan berbual dengan rakan maya aku dan topik kami time tu (sebelum melalut) adalah 'Universal Design (UD)'. Universal design (UD) merujuk kepada rekabentuk produk dan persekitaran yang boleh digunakan oleh semua golongan pengguna tanpa sebarang pengubahsuaian tertentu terhadap rekabentuk.

Konsep UD adalah untuk memudahkan semua golongan pengguna melalui penghasilan produk, komunikasi, dan pembangunan persekitaran yang boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai penggunatanpa atau kos yang paling minima. Sesuatu yang dikatakan memenuhi ciri-ciri ud adalah mempunyai cnilai inovasi, berfungsi untuk menyelesaikan masalah, berkualiti, ergonomik dan mesra alam (ciri-ciri ekologi).

So, bila bersembang tentang UD ni, aku suka mengaitkannya dengan invention dan inovasion. Aku pernah berbicara tentang inovasi dan invention ni kat sini, boleh rujuk jika belum baca lagi. so, apa kaitannya antara UD dengan inovasi dan invention ni?

UD secara umumnya berkaitan dengan inovasi sebab bila kita membuat sesuatu rekaan yang baru, boleh memberi manfaat untuk orang ramai dan boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, ianya sudah tergolong dalam inovasi. UD bukan sahaja melibatkan rekaan tetapi juga proses pembuatannya. Sebagai contoh untuk produk A, dulu perlukan masa setahun untuk disiapkan, namun dengan inovasi yang dimasukkan, proses itu menjadi 6 bulan sahaja. Ini juga boleh dikategorikan sebagai inovasi UD.

Begitu juga dengan sesetengah produk yang berada di pasaran semasa. Banyak benda boleh di upgrade dengan menambahkan elemen inovasi terhadap produk tersebut menjadikannya bersifat UD. Aku berpendapat bahawa jika sudah ditambah unsur inovasi, secara automatiknya ianya akan mempunyai ciri-ciri lain seperti kebolehgunaan, berkualiti, ergonomik dan berekologi.

Ok, aku harap anda semua faham apa yang dimaksudkan dengan UD dan kaitannya dengan inovasi. Sekarang kita move kepada permasalahan kenapa susah sangat untuk mereka sesuatu produk yang bersifat UD? Perkara ini aku pasti banyak menghantui orang-orang yang terlibat dalam bidang UD ini. So, izinkan aku untuk menyatakan pendapat aku ye (kalau salah tolong tegur ye, maklumlah siapalah aku kan, aku bukan bidang ini).

Faktor utama yang menjadikan kita susah untuk untuk merekacipta sesuatu yang bersifat UD adalah kita berfikiran terlalu kompleks dengan menganggap bahawa mesti menggunakan teknologi canggih untuk menghasilkan produk UD ini. Bila kita berfikir bahawa kita memerlukan teknologi canggih, kita sudah mengabaikan sifat UD ini sendiri kerana UD boleh dihasilkan dengan kos yang paling minimum.

Bila kita terkongkong akan teknologi canggih, mesti guna teknologi canggih, costing yang tinggi, tak tahu nak buat macamana dan sebagainya, kita menjadi tidak berupaya untuk berfikir secara simple sekaligus sukar untuk menyelesaikan current problem (ada sesetengahnya takde problem pun just nak penambahbaikan sahaja).

Kita sering menganggap bahawa teknologi canggih diperlukan untuk menyelesaikan semua permasalahan besar kita tetapi tanpa disedari, masalah itu boleh diselesaikan tanpa menggunakan teknologi canggih pun. Bila fikiran kita sudah terkongkong dengan kewajipan menggunakan teknologi canggih, kita tidak akan dapat berfikir secara simple, kreatif, nature dan unik.

Sesetengah orang menganggap kebolehan mereka menyelesaikan sesuatu permasalahan menggunakan teknologi canggih rekaan mereka adalah hebat dan merasakan diri mereka tiada tandingan sedangkan tanpa disedari bahawa permasalahan tersebut boleh diselesaikan tanpa perlu menggunakan teknologi canggih pun, cukup dengan menggunakan bahan kitar semula. sahaja.

So, lapangkan fikiran, lapangkan dada, cuba fikir secara tenang dan tidak terlalu bergantung kepada teknologi canggih untuk mendapatkan idea rekaan yang bersifat UD itu.

Ok, faktor kedua adalah, kita tidak mengkaji sesuatu pemasalahan itu secara dari akar umbinya. Kita kurang membuat kajian tentang permasalahan sebenar dan just mengetahui permasalahan tersebut secara sutface sahaja. Bila ini berlaku, produk yang dihasilkan itu tidak berupaya untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda sekaligus produk yang dibuat itu tidak mempunyai sifat UD.

Mengkaji permasalahan secara mendalam dari akar umbi boleh membantu kita benar-benar memahami permasalahan tersebut, memahami the real problem. Apabila kita sudah mengetahui the real problem, barulah kita boleh berfikir secara fokus terhadap cara penyelesaian yang terbaik sekaligus menghasilkan produk yang bersifat UD ini.

So, lapangkan lah juga dada dan minda anda, fikirkan bahawa adakah sudah cukup kajian kita dan adakah kita sudah benar-benar mengetahui permasalahan utama yang mesti diselesaikan itu.

Untuk berfikiran kreatif dan inovatif, kita mesti banyak berfikir secara 'gila-gila', 'out of the box' dan belum pernah dilakukan oleh orang lain. Dengan itu, barulah kita boleh menghasikan sesuatu yang bersifat UD dan memiliki nilai inovasi yang tinggi. Dibawah ini aku lampirkan beberapa gambar yang pada aku bersifat cukup kreatif dan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah yang dihadap oleh masyarakat hari ini (problem takde la besar sangat tapi just nice untuk mencipta produk seperti gambar-gambar dibawah ini).



Gambar1: Pemegang cawan yang sesuai untuk OKU Fizikal sebelah tangan



Gambar2: Produk yang tidak menyemakkan kawasan dan mudah dibawa.



Gambar3: Penggunting Pizza



Gambar4: Penyangkut dan pemasang lampu




Gambar5: Kabinet dapur yang canggih




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...