Wednesday, July 20, 2011

UNIVERSAL DESIGN - PART2...


19 Syaaban 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dalam kesibukan sehari dua ini, sempat jugak aku update blog. Ok, untuk post kali ini, aku nak sambung tentang topik Universal Design (UD) ni dan UD kali ini aku nak fokus kepada peralatan/apa-apa perkara yang berkaitan dengan golongan Orang kurang Upaya (OKU), maknanua UD untuk OKU lah.

Aku rasa (rasa jelah, takde fakta/kajian pun), mesti kebanyakkan orang berfikir susah untuk membangunkan idea/produk yang bersifat UD untuk OKU. Kebanyakkan mereka seperti yang aku nyatakan dahulu berfikiran kompleks dengan menanggap bahawa untuk buat peralatan OKU, mestilah canggih. Silap tu. Tak semua produk untuk OKU tu mesti canggih as long as dapat memberi manfaat kepada perbezaan ketidakupayaan itu dah cukup hebat.

Produk UD untuk OKU mestilah bersifat useful dan marketable untuk pelbagai ketidakupayaan, flexibility in use, eliminate unnecessary complexity, tolerance for error, low physical effort dan terpenting adalah simple serta mudah digunakan. Jika design itu mempunyai 2-3 daripada sifat-sifat ini, ianya sudah memadai.

Ok, OKU dikategorikan kepada 7 kategori sekarang (dulu 5 je) dan untuk setiap kategori memerlukan peralatan yang berbeza mengikut kadar ketidakupayaan mereka. Aku berpendapat bahawa mencipta peralatan yang bersifat UD untuk golongan OKU fizikal lebih mudah berbanding ketidakupayaan lain seperti ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pertuturan dan sebagainya. Sesetengah ketidakupayaan ini memerlukan teknologi canggih untuk menghasilkan produk untuk mereka, itu topik lain.

Jika dulu ada alat A yang digunakan untuk membuat sesuatu kerja rutin memerlukan penggunaan kedua belah tangan, then inovasikanlah alat A itu supaya boleh digunakan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Daripada perlu menggunakan 2 tangan, rekalah alat yang sama tetapi hanya perlu 1 tangan sahaja. Bukankah ianya juga dikatakan design untuk OKU? Daripada 2 tangan kepada 1 tangan, boleh bantu OKU fizikal tangan.

Begitu juga dengan produk B. Jika dulu nak guna produk B, perlu berdiri/berjalan, tapi inovasikanlah produk B itu supaya OKU tidak perlu berdiri/berjalan lagi. Dengan inovasi tersebut, kita sudah berjaya membantu OKU fizikal kaki untuk memudahkan rutin mereka. Atau paling tidak pun, inovasikan keadaan sekeliling supaya OKU fizikal kaki itu tidak perlu berdiri /berjalan lagi untuk mereka membuat kerja mereka.

Faktor ketinggian, jarak, pergerakkan, masa, kepantasan adalah antara elemen inovasi yang boleh diterapkan dalam penghasilan sesuatu produk UD untuk OKU. Sebagai contoh, kita ambil faktor ketinggian. Contoh 1: Merekacipta kabinet dapur semuanya dibawah bagi memudahkan OKU mencapainya. Contoh 2: Merekacipta kerusi roda yang membolehkan pengguna seolah-olah berdiri.




Gambar1: Kabinet dapur bersifat UD



Gambar2: Kerusi roda 'berdiri'



So, fikirkanlah sesuatu yang simple dan mudah untuk digunakan untuk OKU ini. Apa pun, aku akui bahawa untuk sesetengah kategori OKU seperti OKU penglihatan dan OKU masalah pembelajaran, agak rumit untuk mencipta produk untuk mereka. Design UD itu memerlukan kajian yang rumit dan budget yang besar dan aku kurang pasti jikalau design itu memerlukan masa, tenaga dan budget yang besar, adakah ianya still boleh dikategorikan sebagai UD design? (kena tanya pihak yang pakar dalam bidan ini)

Apabila kita mereka cipta sesuatu yang bersifat UD untuk golongan OKU, kita sebenarnya bukan shaja membantu OKU tetapi turut membantu golongan lain seperti warga emas, orang sakit malahan orang normal juga. Sebagai contoh adalah rekaan ramp (laluan OKU menggantikan tangga). Ramp bukan sahaja berguna untuk OKU tetapi berguna untuk warga emas yang tak larat menaiki tangga, ibu menyorong kereta bayi dan orang normal yang membawa troli barang.



Gambar3: Ramp yang lengkap dengan pemegangnya


Gambar4: Ramp yang UD mempunyai spesifikasi piawainya.



See? Bukankah UD untuk OKU itu juga berguna untuk golongan lain? That's why apabila kita merekacipta sesuatu yang bersifat UD untuk OKU, kita secara tak langsung merekacipta untuk golongan lain tetapi jika kita mereka cipta sesuatu UD untuk golongan lain, belum tentu boleh digunakan untuk OKU (walaupun konsep UD itu sendiri didefinisikan untuk semua lapisan masyarakat).

So, aku cukup menggalakkan sesiapa sahaja yang ingin merekacipta sesuatu produk yang bersifat UD untuk golongan OKU ini. Apa yang penting adalah mengetahui permasalahan yang dihadapi OKU, melihat rekacipta semasa dan inovasikan produk semasa menjadi sesuatu yang bersifat UD (mulia tau membantu OKU ni, hehehe...). Tiga step sahaja untuk memcipta sesuatu UD untuk OKU, tak susah pun. Kat bawah ini aku letakkan beberapa gambar yang pada aku cukup kreatif.

So, ingat kata-kata aku ini: A good universal designer drives successful innovation, makes business more competitive, makes public services more effective and the most important is makes more sustainable future.



Gambar5: Payung untuk couple.




Gambar6: Pemecah telur



Gambar7: Tempat mandi (aku rasa kurang sesuai untuk OKU)




Gambar8: Sofa dan katil



3 comments:

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. bagaimana cara terbaik untuk mengetahui permasalahan OKU tersebut? maaf, saya kurang berpengalaman dalam hal ini. mengenai kategori OKU, dlm wiki saya dapati terdapat 8 kategori. tetapi sy juga tidak pasti mengenainya. terima kasih menulis entry mengenai UD. izinkan saya mengambil beberapa point dalam entry ini utk di jadikan rujukan project saya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam... Saya dah reply soalan awak di FB ye... :)

    ReplyDelete
  3. Greetings from Florida! I'm bored to tears at work so I decided to browse your blog on my iphone during lunch break. I really like the knowledge you provide here and can't wait
    to take a look when I get home. I'm shocked at how fast your blog loaded on my phone .. I'm
    not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, awesome site!
    Check out my blog post : kasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...