Wednesday, August 3, 2011

NOTA RAMADHAN KU - PART2...


5 Ramadhan 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dah 5 hari kita berpuasa, dah 5 hari kita berada dalam bulan yang penuh keberkatan dan 5 hari sudah berlalu 10 hari rahmat dalam Ramadhan. Ok, untuk nota Ramadhan kali ini, aku just ingin menyingkap beberapa perkara yang seringkali dilakukan oleh umat Islam yang kurang elok.

Niat aku bukan untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi untuk memalukan agamaku tapi anggaplah ini sebagai satira untuk sama-sama kita memperbaiki apa yang masih kurang lagi. Jika ada yang terasa, mohon maaf aku pinta dibulan yang mulia ini. Ok, aku akan buat secara point untuk memudahkan kefahaman semua.

1) Kat FB, biasanya dalam sekitar pukul 3.00 petang keatas, ramai yang berbicara tentang juadah untuk berbuka. Memberitahu dan membayangkan kelazatan makanan yang bakal dikecapi untuk berbuka ini. Pelbagai jenis menu dan juadah dinyatakan.

- Pada aku kurang elok kita menyatakan juadah yang bakal kita kecapi secara umum dan terbuka daperti dalam FB ini kerana dibimbangi akan menimbulkan cemburu kepada orang yang kurang berkemampuan dan seolah-olah kita ingin menunjuk-nunjuk akan rezeki yang diperolehi.

2) Orang kata tak elok mengumpat dibulan Ramadhan ni.

- Pada aku, bukan sahaja dibulan Ramadhan, malahan dibulan-bulan lain pun sememangnya tak boleh mengumpat. Kalau berdasarkan ayat ini, bulan Ramadhan sahaja yang tidak boleh mengumpat, bulan lain boleh mengumpat? Kalau mengumpat dibulan Ramadhan lebih banyak dosa berbanding mengumpat dibulan lain? Kita tidak boleh mengumpat bila-bila masa sahaja.


Gambar1: Sebagai pengajaran semata-mata. Tidak berniat menghina kartun dan kartunis tersebut.


3) Perbelanjaan bulan Ramadhan lebih tinggi berbanding bulan-bulan lain.

- Dua faktor utama perkara ini berlaku adalah kita gagal mengawal nafsu membeli juadah berbuka dengan kenaikan harga barang secara mendadak setiap kali tibanya Ramadhan. Memang lumrah manusia yang terlalu mengikut nafsu apabila berbelanja untuk berbuka puasa dan apabila permintaan tinggi tetapi barang sedikit, harga barang akan turut melambung. Kenaikan harga barang setiap kali Ramadhan ada banyak faktor-faktornya namun tidak boleh kita nafikan bahawa nafsu membeli kita pada waktu itu turut menyumbang kepada peningkatan tersebut.

4) Sewaktu bulan Ramadhan, berpakaian menutup aurat tetapi bila dibulan sebelem dan selepas Ramadhan, terus tak menutup aurat. Kononnya menghormati bulan Ramadhan, sebab itu menutup aurat.

- Kes ini lebih kurang sahaja dengan kes mengumpat tersebut. Dosa tidak menutup aurat tetap sama walau dibulan mana sekali pun dan hukumnya tetap tidak berubah iaitu haram tidak menutup aurat pada bila-bila masa sahaja dan dimana-mana sahaja (jika darurat, itu adalah kes lain, ini adalah peringatan secara umum).

5) Kat notis menyatakan pejabat (biasanya kat agensi kerajaan) tutup pukul 4.30 petang tapi pukul 4.00 dah malas nak buat kerja dah, layanan dah tak mesra, prestasi dan semangat dah berkurangan dengan alasan penat berpuasa. Kadang-kala bagi alasan sebab tak bersahur.

- Zaman Nabi Muhammad SAW dulu, siap berperang lagi walaupun di bulan Ramadhan. So, jangan jadikan alasan penat berpuasa untuk kita bermalas-malasan.

6) Kalau pergi shopping complex, esok baru berpuasa, hari ini dah start lagu raya dah, konon-kononnya bersemangat nak raya sedangkan puasa pun belum. Kedai yang pasang lagu raya itu pulak kadang-kadang kedai orang islam dan kebiasaannya kedai orang bukan islam.

- Disini, kefahaman berhari raya mesti jelas iaitu sebagai menyambut kemenangan menentang nafsu di bulan Ramadhan. Dibuat sambutan atau tidak, itu soal kedua yang penting adalah usaha kita untuk menentang nafsu. Ini tidak, penentang belum dibuat, dah sambut kemenangan dah.

7) Ada student yang sanggup berjaga malam sehingga jam 2-4 pagi dan kadang-kala sehingga subuh untuk mentelaah pelajaran tetapi bila tiba Ramadhan, waktu berjaga malam itu diisi dengan bermain video game, layan movie, sembang kosong dan sebagainya, tidak dimanfaatkan untuk beribadat atau mentelaah pelajaran.

- Bab ini aku taknak komen lebih sebab ianya adalah peringatan untuk diriku sendiri. Kalau ada yang 'terkena' juga, sama-samalah kita berubah kearah yang lebih baik

8) Kalau menunaikan solat sunat Tarawikh, minggu pertama tu penuh masjid sampai melimpah kat luar tapi masuk minggu kedua dan seterusnya, tinggal suku je.

- Beristiqamah lah dalam membuat sesuatu kebaikkan. Kemana perginya makmum-makmum ini ketika minggu kedua dan seterusnya? Kenapa minggu pertama boleh melimpah masjid tetapi minggu kedua dan seterusnya siap boleh budak-budak berlari-lari dengan selesa lagi kat masjid.

Ok, cukup aku siarkan 8 satira bulan Ramadhan ini. Semoga apa yang dinyatakan ini dapat sama-sama diambil ikhtibar. Berubahlah kearah yang lebih baik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...