Friday, August 12, 2011

NOTA RAMADHAN KU - PART3...


13 Ramadhan 1432 Hijriah. Alhamdulillah.... sudah masuk bahagian 10 hari pengampunan kita rupanya. Aku mohon maaf sekiranya tidak mengupdate blog ini hampir seminggu sebab internet kat kampung aku agak slow, takde coverage sangat untuk Wimax aku ni. ini pun nasib baik dapat, terus update blog ini.

Ok, untuk Nota Ramadhanku kali ini aku ingin berbicara tentang aurat wanita. Sebelum itu, aku mohon maaf sekiranya ada yang tersilap kata terkasar bahasa untuk post kali ini, apa pun, aku just berniat untuk menegur sahaja, semoga apa yang baik boleh diambil dan yang buruk boleh ditegur.



Gambar1: Pertanyaan tentang hukum menutup aurat (maaf jika saiznya kecil)


Ok, gambar diatas aku ambil daripada Fan pages Maher Zain tak silap aku (apa-apa pun, terima kasih kepada owner asalnya). So, daripada gambar tersebut, sudah dinyatakan betapa pentingnya berpakaian menutup aurat ini. Aku bersetuju dengan kesemua jawapan yang dinyatakan oleh watak 'muslimah' tersebut cuma ada beberapa perkara yang ingin aku komen. Aku komen dalam bentuk point supaya ringkas dan mudah difahami.

1) Sesetengah ayat yang dinyatakan oleh muslimah itu agak kasar dalam menjawab persoalan yang diutarakan dan seboleh-bolehnya, nyatakanlah hadis atau apa-apa rujukan yang boleh membantu tini pinky itu lebih memahaminya.

2) Jawapan yang dikemukakan oleh muslimah ada yang kurang tepat (tidak sesuai dijadikan hujah). Berikut adalah contohnya soalan berserta contoh jawapan yang lebih sesuai (pada pendapat aku la, jika salah tolonglah tegur):

tini pinky: Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa...
muslimah: Tahniah kerana awak masih menunaikan solat dan berpuasa namun itu belum cukup untuk kita merasakan kita sudah menunaikan tanggungjawab terhadap agama kita. Solat dan puasa yang hakiki dan ikhlas akan turut menjadikan seseorang itu takut untuk tidak menutup aurat sepatutnya.

tini pinky: Apa yang kami pakai , ini antara kami dengan Tuhan..!
muslimah: Benar bahawa apa yang anda pakai itu adalah antara anda dengan Tuhan (baca: Allah SWT), tetapi Allah SWT telah memerintahkan bahawa semua umat Islam terutamanya perempuan menutup aurat dan orang Islam lain (masyarakat luar) juga mesti saling menegur jika ada perempuan Islam yang tidak menutup aurat.

tini pinky: Tutup aurat tu bagus tapi kami tak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya..!
muslimah: Tidak timbul soal hipokrit ataupun ikhlas atau tidak ikhlas, persoalan sekarang adalah menutup aurat itu adalah wajib keatas semua umat Islam. Samada kita hipokrit atau tak ikhlas, kita mesti melaksanakan tuntutan menutup aurat tersebut.

Ok, hanya dua perkara itu sahaja yang ingin aku komen, yang lain-lain dah elok dah. So, izinkan aku menambah serba sedikit tentang pematuhan menutup aurat ini. Semoga apa yang baik, bolehlah dijadikan teladan dan yang buruk, bolehlah menegurku ye.

Fahamkan analogi ini. Sama seperti kita berada dijalanraya sambil memandu kereta, ketika lampu isyarat merah, kita akan berhentikan kereta. Kita rela menghentikan kereta kerana takut disaman dan takut berlaku kemalangan. Itu adalah undang-undang yang telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan semua, dan kita patuh bagi mengelakkan perkara yang tidak kita ingini.

Sama seperti hukum menutup aurat ini. Kita mesti patuh demi mengelakkan kita dihukum berdosa (dan masuk neraka jika tak bertaubat) dan menggelakkan orang lain yang melihat aurat kita juga daripada turut berdosa. So, alasan-alasan seperti hipokrit, belum sampai seru dan sebagainya tidak boleh dijadikkan alasan atau penghalang untuk melaksanakan hukum islam ini.

Perlu diingat bahawa seseorang yang menutup auratnya samada secara ikhlas atau 'separuh ikhlas', orang itu hanya akan memperolehi ganjaran sekadar keikhlasannya namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. Orang itu hanya berdosa sekali iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas tetapi dia terhindar dari dosa tidak melaksanakan yang wajib keatasnya secara zahir.

Namun jika seseorang itu tidak menutup aurat (dengan pelbagai alasan sekalipun), tindakkannya itu adalah berdosa secara fizikal dan spiritual iaitu berdosa dua kali. Dosa pertama adalah tidak melaksanakan tuntutan Islam dan dosa kedua adalah dosa orang yang bukan muhrim yang melihat auratnya itu.

'Separuh ikhlas' yang aku maksudkan itu adalah mungkin secara terpaksa (dipaksa oleh orang tua/suami untuk menutup aurat), taknak malu atau apa-apa sebab yang membuatkan orang itu memutup aurat tanpa keikhlasannya sendiri.

Menutup aurat adalah bukan sekadar memakai tudung sahaja. Orang yang berbaju ketat (menampakkan bentuk tubuh), kain terbelah, kain jarang dan sebagainya itu juga adalah dalam kategori tidak menutup aurat. Mereka yang menutup aurat tetapi buruk perangainya adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat...

Faham tentang hukum menutup aurat ini? Aku harap pembaca semua faham komen yang cuba aku sampaikan ini dan jika ada yang tidak elok/salah dalam pandangan aku ini, mohon diberikan teguranlah ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dah seminggu berada dikampung, alangkah nikmatnya berRamadhan dikampung... Alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...