Sunday, August 21, 2011

NOTA RAMADHAN KU - PART4...


22 Ramadhan 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dah masuk minggu terakhir kita dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Dalam bulan ini, dah mencapai fasa ketiga iaitu fasa bebas daripada api neraka. Alangkah beruntungnya jika sesiapa yang rajin membuat amal ibadah dalam fasa terakhir ini. Segala dosa akan digugurkan, Insyaallah...

Dalam fasa terakhir ini, semua orang berebut-rebut untuk menambahkan lagi ibadat kepada Allah SWT. Janji Allah SWT tentang Lailatul Qadar pasti tertunai. Just bergantung kepada kita samada ingin berusaha untuk mendapatkan malam 1000 bulan itu ataupun tidak. Apa yang pasti adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu semestinya ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

Untuk post kali ini, aku just ingin berkongsi pendapat aku tentang malam Lailatul Qadar dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Ada dua perkara utama yang ingin aku kongsikan iaitu ibadat yang dilakukan untuk mendapat Lailatul Qadar dengan hadis yang menyatakan tarikh Lailatul Qadar tersebut.

Ibadat yang dilakukan untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Pada pandangan aku, bukan mudah untuk mendapat malam ini (baca: malam Lailatul Qadar). Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memperolehi keberkatan malam ini.

Memang benar bahawa malam ini adalah diantara 10 malam terakhir dan pada malam-malam yang ganjil dan orang kita (bukan semua) hanya mengejar dan fokus pada 10 malam ini sahaja. Pada aku, bermula awal Ramadhan lagi, kita sebagai umat Islam mesti fokus dan terus beribadat, beribadat sejak awal Ramadhan lagi.

Ibadat yang dilakukan itu mestilah konsisten iaitu istiqamah. Itu yang paling penting sekali dalam usaha mendapat malam tersebut. Bermula daripada 1 Ramadhan, kita sudah bermula bertarawikh, melakukan solat witir, bersolat hajat, bertahajjud, berqiamulai dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan sejak awal lagi dan kekal sehingga ke fasa terakhir Ramadhan.

Ini tidak, sesetengah umat Islam sekarang, bila time fasa terakhir barulah nak tambah beribadat, barulah nak berqiamulai dan sebagainya. Boleh, bukan tak boleh dan baguslah jika ada lesedaran untuk beribadat cuma pada aku, lebih elok dilakukan sejak awal Ramadhan lagi, sejak awal Ramadhan lagi kita sudah mengejar Lailatul Qadar.

Ada pula yang hanya beranggapan bahawa malam Lailatul Qadar akan diperolehi jika kita berjaga malam. Memang benar bahawa ianya akan datang pada waktu malam dan kita mesti berjaga malam tapi biarlah berjaga malam itu diisi dengan aktiviti ibadah, bukannya lepak rehat dan tengok tv je. Kalau macam itu, aku pun boleh jugak le... hehehe... So, kesimpulannya adalah, beribadatlah secara istiqamah, bermula dari awal Ramadhan sehingga akhir, biar sedikit amalan ibadat kita asalkan beristiqamah serta berjaga malamlah dengan beribadat kepada Allah SWT.

Ok, perkara kedua adalah tentang bila datangnya Lailatul Qadar? Setakat sepengetahuan aku yang cetek ilmu ini, paling confirm adalah 10 malam terakhir pada malam ganjil, maybe pada malam 21, 23, 25, 27 ataupun 29. Ini yang confirm yang aku tahu dari kecik sehingga sekarang. Namun 2-3 hari ini aku ada terdengar (entah dari mana, aku dah lupa), ada video penceramah agama yang agak advanced ilmunya.

Isinya adalah (menurut penelitian Imam Ghazali rh), jika:

1) Awal Ramadhan pada Ahad/Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadhan.
2) Awal Ramadhan pada Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan.
3) Awal Ramadhan pada Selasa/Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.
4) Awal Ramadhan pada Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan.
5) Awal Ramadhan pada Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Ini adalah penelitian Imam Ghazali yang mana mungkin ada benarnya dan mungkin tidak. Aku tidak berniat untuk mempertikaikan Imam Ghazali dan apa yang disampaikan, aku just ingin menyatakan bahawa apa yang diperkatakan itu belum tentu benar 100%. Justeru itu, usahlah kita beribadat pada hari-hari tertentu sahaja dan terus beranggapan bahawa kita dah dapat Lailatul Qadar.

Kalau macam itu, senanglah. Awal Ramadhan kali ini pada Isnin, maka Lailatul Qadar pada malam 21 Ramadhan. After malam 21 Ramadhan itu, terus tak perlu beribadat dah. Yelah, buat apa beribadat lagi, bukannya ada peluang untuk dapatkan Lailatul Qadar lagi, dah lepas kan? So, malam 22 sehingga 29 tu rilek ajelah kan?

So, pada aku tak usahlah terlalu berkira tentang tarikh-tarikh jatuhnya Lailatul Qadar dan beramal pada tarikh-tarikh tertentu itu sahaja. Beramallah sejak awal Ramadhan lagi dan buatlah secara istiqamah, dapat atau tidak dapat Lailatul Qadar, itu cerita kedua. Perkara yang terpenting adalah kita tambahkan ibadat sepanjang Ramadhan ini, perhebatkan pada 10 malam terakhir (minggu ini) dan lakukan ibadat dengan istiqamah....




Gambar1: "Seeking Lailatul Qadar in every night of Ramadhan..."




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...