Thursday, August 25, 2011

NOTA RAMADHAN KU - PART5...


26 Ramadhan 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah nak dekat dengan penghujung ramadhan dah pun kita rupanya. Macamana dengan amal ibadat di sepanjang fasa terakhir ini? Diharapkan semuanya berusaha sedaya upaya memperbanyakkan amal ibadat. Tinggal 2-3 hari sahaja lagi untuk kita berusaha.

Ok, untuk nota ramadhanku kali ini, aku ingin berkongsi pendapat dan cara bagaimana untuk menanam semangat keinsafan dalam diri kita. Yelah, dalam Ramadhan ini, amat rugi sekali jika kita tidak mengambil peluang ini untuk menjenguk semula diri kita, memunasabah perilaku kita dan menginsafi dosa-dosa lampau. Jika kita insaf, Insyaallah... air mata yang mengalir keinsafan itu mampu memadamkan api neraka.

Apa yang aku ingin kongsikan tentang insaf ini adalah bagaimana cara untuk menerbitkan rasa insaf dalam diri kita sekaligus timbul rasa syukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Ini adalah caraku sendiri, based on pengalaman aku sendiri dan mungkin sesuai atau juga mungkin kurang sesuai untuk dilaksanakan oleh orang lain. Apa pun, yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada kelemahan aku sendiri.

Ada beberapa cara yang telah aku lakukan sebelum ini namun ingin aku kongsikan adalah 3 cara utama sahaja.Cara pertama ialah dengan mengenal siapa diri kita, cara kedua ialah dengan membuat perbandingan dan cara ketiga adalah dengan berdoa. Kita tengok satu persatu.

Mengenal siapa diri kita. Itu adalah cara paling utama untuk memupuk rasa insaf. Bermula daripada setitis mani yang kotor lagi hina, membentuk segumpal daging, dimasukkan nyawa, membuat perjanjian taat terhadap Allah SWT, dilahirkan didunia, hidup sebagai khalifah dan kembali kepada asal.

So, mana besarnya kita? Mana hebatnya kita? Mana mulianya kita? Dijadikan daripada setitis air mani yang hina. Di'perbuat' daripada tanah dan dimasukkan roh. Bila tiba (lahir) sahaja di dunia, daripada kain yang putih belum tentu putih juga warnanya tatkala kita mengadap kembali Maha Pencipta. So, tak usahlah berlagak dan merasa besar atas apa yang kita miliki.

Cuba perhatikan awan, bulan, bintang, matahari, pokok, laut, haiwan dan sebagainya, tidakkah ianya terjadi sendiri sebagaimana terjadinya diri kita? Semua yang ada samada benda/perkara yang kita dapat lihat/tidak dapat melihat, dapat rasa/tidak dapat rasa, dapat dengar/tidak dapat dengar dan sebagainya adalah milik Maha Pencipta, bukan milik kita, so, berkuasakah kita sebenarnya? Jika ada sesiapa yang merasakan mereka berkuasa, fikir-fikirkanlah...

Membuat perbandingan. Ok, kaedah ini aku suka buat terutamanya jika ada bagi talk/motivasi kepada orang lain. Untuk perbandingan ini, kita bandingkan dengan something yang kurang daripada kita. Ini bertujuan bagi memupuk rasa syukur terhadap apa yang kita ada. Tengok contoh analogi perbandingan berikut:

Jika kita ada kereta, bersyukurlah kerana ada orang tidak mampu berkereta, hanya mampu bermotorsikal. Jika kita bermotorsikal, bersyukurlah kerana ada orang hanya mampu berbasikal. Jika kita berbasikal, bersyukurlah kerana ada orang hanya berjalan kaki sahaja. Jika kita masih mampu berjalan kaki, bersyukurlah kerana ada orang hanya berkerusi roda dan seterusnyalah... Jika merasakan bahawa kita ini tiada apa-apa, tiada langsung harta benda, ingatlah bahawa kita masih mempunyai 2 perkara iaitu kita masih mempunyai Allah SWT yang sentiasa menjaga kita dan kita sebenarnya mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang lain yang kita tidak sedari.

Cara perbandingan ini boleh dibuat terhadap diri kita dengan membandingkannya dengan golongan fakir miskin, golongan anak-anak yatim (sesuai dibuat untuk budak-budak/remaja bermasalah), golongan OKU, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

Ok, nampak tak cara membuat perbandingan? So, cara yang ketiga adalah dengan bertaubat. Apa yang dimaksudkan dengan taubat? Maksud taubat secara ringkasnya adalah menyesal atas kesalahan kita dan tidak mengulanginya lagi. Boleh juga dibuat mandi taubat (sesetengah kata ianya amalan tarekat, pada aku tak salah pun) dan solat sunat taubat. Apa yang penting adalah kita sudah insaf terhadap apa yang telah kita lakukan.

Jika kita ada buat kesalahan berjenis A, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan jangan ulangi kesalahan tersebut. After that jika kita membuat kesalahan berjenis B, bertaubatlah pula sekali lagi Untuk setiap kali berlainan jenis kesalahan/dosa, bertaubatlah dengan sebenar-benarnya walaupun ianya mengambil sepanjang masa hayat kita. Pintu taubat sentiasa terbuka.

Dalam 2-3 hari terakhir Ramadhan ini, lakukanlah 'pecutan terakhir' dengan mengisi setiap masa dan waktu untuk beribadah dan membuat kebaikkan. Gunakanlah masa yang masih tinggal ini untuk bermuhasabah, menginsafi diri dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana tiada jaminan kita akan berkesempatan menemui Ramadhan 1433 Hijriah....


Gambar1: Thanks to www.iluvislam.com for the picture. - Oh, Allah certainly You are most Forgiving, You love to Forgive, so forgive me.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...