Thursday, September 8, 2011

KOMEN WACANA ULAMA POLITIK...


11 Syawal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah selamat kita semua menjalani ibadat puasa dan dah beraya pun kita semua. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Maafkan aku sekiranya aku lambat update blog, ada tersilap kata terkasar bahasa, lambat reply komen, ada meletakkan gambar tanpa izin dan apa-apa ajelah samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Ok, semasa Ramadhan bebaru ini, aku ada menonton (melalui YouTube) satu wacana tentang Ulama Politik yang mana ahli panelnya terdiri daripada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ust. Fathul Bari Mat Jahaya serta dipengerusikan oleh Prof.Madya.Dr.Mohd Asri Zainal Abidin.


Gambar1: Poster wacana


Amat menarik sekali wacana ini dan dikesempatan post ini, aku just ingin menukilkan pandangan aku sahaja tentang wacana tersebut (sebelum ini tak sempat nak buat post tentang ini sebab fokus kepada Nota Ramadhanku). Ada 2-3 perkara yang ingin aku kongsikan pendapat aku tentang wacana tersebut.

Perkara pertama adalah tentang pengiktirafan terhadap ulama yang ditimbulkan oleh Tuan Ibrahim. Ulama sepatutnya mendahului, memimpin dan mebuat keputusan, bukannya menjadi rujukan untuk mengesahkan sesuatu perkara. Sesetengah orang, buat dahulu, then barulah ingin bertanya kepada ulama dan pertanyaan itu bukannya ingin mengetahui benar atau salah perbuatan tersebut, sekadar ingin memperolehi hujah-hujah agama yang menyokong perbuatan tersebut.

Ulama itu hanya dirujuk jika diperlukan, jika ingin mendapatkan hujah-hujah yang menyokong mereka dan ingin mendapatkan pengesahan sahaja. Jika apa yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum, perbuatan itu masih diteruskan dan kata-kata nasihat ulama tidak didengari. Jika perbuatan mereka selari dengan hukum, mereka akan mencanangkan bahawa mereka telah membuat kebaikkan selari dengan tuntutan Islam.

Apa yang membimbangi diriku adalah, sekiranya keadaan ini berterusan (ulama tidak dipedulikan dan hanya digunapakai jika perlu), akan muncul suatu masa/zaman yang mana masyarakat sudah tidak akan menghormati ulama lagi. Masyarakat juga akan lama-kelamaan tidak akan merujuk ulama lagi jika berlaku sesuatu perkara.

Sekarang ini sudah ada tanda-tanda bahawa ulama dipinggirkan, tidak didengari dan sebagainya. Ini bukan sahaja memudaratkan masyarakat malahan turut menjatuhkan maruah ulama serta Islam itu dengan sendirinya.

Perkara kedua adalah, aku menyokong dengan pendapat Tan Sri Harussani yang menyatakan tidak baik kita gelar-menggelar (of course dengan gelaran yang tidak elok). Waktu aku kecil-kecil dulu, ayahku ada memberi nasihat kepadaku, lebih kurang begini katanya, "Kalau kita mengelar seseorang itu, tengok reaksinya. Kalau dia ok, maka tiada apa-apa. Kalau dia marah, terasa hati, sedih dan sebagainya, maka akan dibicarakan diakhirat, tidak kira orang itu dari parti mana-mana sekalipun. Di akhirat, si penggelar akan diberi 'peluang berhujah' kenapa dia menggelar tetapi jika dia tiada hujah/hujahnya tidak kukuh/hujahnya dipatahkan, maka bersiap-sedialah orang tersebut "

Sama dengan kes yang dinyatakan oleh Tan Sri bahawa ada pihak yang menggelarkannya 'anjing' dan beliau tidak memaafkannya/meredhainya. So, pada aku, kalau si penggelar itu mampu behujah secara dalil dan hadis dengan Tan Sri, maka terpulanglah kepadanya untuk membela dirinya di akhirat, errr.... tetapi persoalan aku adalah, ramai ke orang yang mampu berhujah dalil dengan mufti, so?....

Perkara ketiga adalah perkara yang dinyatakan oleh Ust.Fathul Bari yang memberitahu bahawa hukum hudud bukan menjadi keutamaan buat masa ini, perkara utama sekarang adalah meningkatkan Syahadah dikalangan umat Islam. Aku kurang bersetuju dengan alasan tersebut.

".....Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al-Maidah, ayat 44)

Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anah panah yang lepas dari busurnya......." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isunya adalah nak tunggu sampai bila baru ingin ditegakkan hukum Allah SWT? Nak tunggu sehingga nyawa hampir diragut malaikatulmaut? Nak tunggu sehingga matahari berubah arah? Setiap perkara yang diputuskan yang tidak merujuk kepada hukum Islam dipanggil apa? Bolehkan kita mengambil apa yang kita rasakan perlu sahaja dalam menjalani syariat Islam dan meninggalkan apa yang kita tidak ingini? Itu menurut nafsu namanya sesuai dengan ayat ini:

"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) dikalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu" (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Aku tak ingin bercakap dan melibatkan mana-mana parti politik, aku just bercakap tentang ilmu dan hukum Allah SWT sahaja. Mohon maaf jika ada pihak yang terasa hati/marah atas pendapatku ini. Tidak cukupkah dengan bukti-bukti yang ada dalam Al-Quran dan Hadis untuk kita memahami tuntutan Islam.

Seperti juga pengakhiran wacana itu yang keputusannya terletak pada fikiran masing-masing, aku juga ingin menyatakan sedemikian. terpulang kepada pembaca untuk membuat keputusan sendiri tentang wacana dan apa yang dibancangkan ini. Semoga kita semua mendapat barakah daripada Allah SWT....



2 comments:

  1. izinkan saya ambil pendapat saudara untuk dijadikan sumber rujukan. amat menarik terutama tentang pendapat pertama.terimakasih

    ReplyDelete
  2. izinkan saya ambil pendapat saudara untuk dijadikan sumber rujukan. amat menarik terutama tentang pendapat pertama.terimakasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...