Thursday, September 29, 2011

KONSEP SYUKUR...


1 Zulkaedah 1432 Hijriah. Ok, hari ini aku takde apa sangat untuk bercerita tentang diri aku, aku just ingin berkongsi tentang konsep syukur. Bukan apa, sekarang ini aku tengok umat akhir zaman ini semakin lama semakin kurang rasa syukur mereka. Itu perkara biasa kita dengar dengar tapi pernahkah kita mendengar istilah 'syukur tak bertempat'?. Ok, topik syukur tak bertempat inilah yang aku ingin kongsikan.

Syukur adalah berasal dari akar yang sama kalimat Syakara dan Syakur yang membawa kepada terima kasih dan syukur. Ada lebih 60 (tak silap aku rasanya 69) perkataan syukur/terima kasih dalam Al-Quran (kalau salah tolong betulkan ye). So, pendek kata, samada kita berada dalam keadaan senang atau susah, kita mesti sentiasa bersyukur.

Actually, kita memang disuruh bersyukur dengan apa yang berlaku tetapi syukur juga berkait rapat dengan sabar dan memang diketahui umum bahawa sabar itu juga ada limitnya. Setiap orang ada had dan batasnya apabila bersabar. Maka konsep syukur dan sabar ini mesti kita faham betul-betul. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan asbab-musababnya dan semuanya atas izin-Nya.

  1. Ada orang yang ditimpa bencana alam, memusnahkan segala harta benda dan nyawa, tetapi tetap bersabar dan bersyukur. Bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan nyawa untuk bertaubat dan lebih berusaha membuat kebaikkan lagi. Jika kita berubah, Alhamdulillah...
  2. Ada orang yang sakit tenat tetapi tetap berusaha untuk mencari nafkah menggunakan empat kerat tulangnya. Bersabar menahan sakit dan masih bersyukur kerana masih berkemampuan untuk mencari sesuap nasi. Jika kita berjaya, Alhamdulillah...

Dua contoh ini adalah contoh yang bagus untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT tetapi bagaimana dengan situasi begini:

  1. Hak kita dinafikan, diambil, diragut, dicuri, dirompak dan sebagainya. Kita mengenali juga orang yang melakukan kejahatan terhadap kita. Jadi adakah kita just ingin berdoa agar syukur bahawa kita masih hidup, syukur kerana orang itu tidak membunuh kita dan sebagainya?
  2. Harga barang meningkat, kos sara hidup meningkat, tanggungjawab menjaga anak-anak dan keluarga semakin tinggi dan kita semakin tertekan. Kita tahu punca-punca masalah tersebut dan adakah kita dikatakan masih tidak bersyukur sekiranya kita marah atas apa yang berlaku?

Apa yang difahami oleh kebanyakkan orang adalah kita hendaklah bersyukur atas apa yang berlaku. Bersyukur atas apa yang berlaku secara sewenang-wenangnya dan tidak berusaha untuk mengubah sesuatu pekara itu adalah salah, sudah bukan kategori bersyukur namanya. Yes, kita mesti bersyukur atas apa sahaja yang berlaku tetapi itu tidak bermakna kita tidak melakukan apa-apa, hanya berdoa semata-mata, ianya tidak mencukupi.

Imam Ghazali dalam Ihya' Ulum Al Diin menyatakan bahawa syukur itu ada 3 elemen iaitu ilmu, perasaan dan amal. Ilmu itu pula dipecahkan lagi kepada 3 bahagian iaitu ilmu tentang nikmat itu sendiri, ilmu tentang siapa yang memberi nikmat itu dan ilmu tentang siapa yang mendapat nikmat tersebut.

Dalam konteks ini, kita kena tahu bahawa Allah SWT memberikan sesuatu nikmat kepada kita dan sesetengahnya adalah melalui perantaraan orang lain, melalui pemimpin, melalui pokok, melalui haiwan dan sebagainya (perantaraan itu tidak membawa maksud yang syirik tau, jangan salah faham). Nikmat itu adalah amanah yang diberikan kepada orang lain untuk disampaikan kepada kita atau direct kepada kita. Itu ilmu yang dimaksuskan dalam konteks ini.

Perasaan itu lebih merujuk kepada menghargainya. Kita menghargai apa yang kita ada. Kita menghargai apa yang masih kita punyai. Kita cuba menjaganya sebaik mungkin, cuba menjaganya sedaya upaya kita. Amal pula adalah kita mempertahankan dan meng improvekan akan apa yang diperolehi. Ianya bukan sekadar duduk bersandar didinding dan berkata, syukur....

Itulah persoalan utama yang terus membawa kepada isu syukur tidak bertempat. Nikmat itu adalah hak kita, Allah SWT yang memberikannya kepada kita (bukan pemimpin yang bagi, pemimpin hanya perantaraan sahaja) tetapi kita tak dapat merasai nikmat itu. Apakah itu juga sesuatu yang mesti kita syukuri?

Kalau itu juga kita mesti syukuri, bermakna kita bersyukur secara membabi buta. Cuba tengok situasi ini:

  1. Kita kena sepak dengan rakan (dibuli dengan tak semena-mena), kita bersyukur kerana rakan tak sepak dan tumbuk sekali lagi. Kita tetap bersyukur dan tidak mengambil sebarang tindakan keatas kawan kita itu. Semakin hari semakin teruk kawan kita membuli kita namun atas dasar syukur (konon-kononnya), kita biarkan sahaja, just doa supaya dia berubah sedangkan tiada usaha dilakukan keatasnya.
  2. Kita diculik dan dirogol. Selepas itu dibuang ditepi jalan. Kita bersyukur kerana perogol itu tidak membunuh kita. Minggu depan, kita dirogol lagi oleh orang yang sama dengan modus operandi yang sama. Kita bersyukur dan biarkan sahaja, just berdoa supaya perogol itu insaf sedangkan kita langsung tidak berusaha untuk membuat laporan polis.
  3. Rumah kita dimasuki perompak, banyak harta benda kita dirompak. Kita bersyukur kerana masih ada rumah, perompak itu tidak merompak dengan rumah-rumah kita sekali. Bulan depan rumah kita dicerobohi lagi. Kita bersyukur dan biarkan sahaja orang itu merompak sambil berdoa agar perompak itu insaf sedangkan kita tidak berusaha untuk menghubungi polis.

So, tiga contoh diatas adalah contoh konsep syukur yang salah. Dah nampak maksud dan konsep syukur yang sebenarnya? Adakah disebabkan oleh rasa syukur yang teramat sangat, maka kita membiarkan sahaja sesuatu yang buruk berlaku? Konsep syukur mengajar kita supaya mempertahankan apa yang kita miliki dan berusaha untuk kearah yang lebih baik lagi. Ibarat kita dapat rezeki duit, lalu kita bazirkan dengan membeli rokok, adakah itu syukur namanya (syukur kerana dapat hisap rokok?)

Disini aku simpulkan konsep syukur yang sebenar, konsep yang dianjurkan oleh Islam yang seringkali disalahertikan oleh masyarakat kita. Konsep syukur yang sebenar adalah:

Berterima kasih, menghargai dan menggunakan sepenuhnya nikmat tersebut sesuai dengan kehendak Allah SWT, that's all. The keywords is Berterima kasih, Menghargai dan Menggunakan apa yang diperolehi mengikut ajaran Islam. Jika tiada salah satu elemen ini, itu bermakna kita tidak bersyukur.

Harap after this kita tidak tergolong dalam golongan orang yang bersyukur tak bertempat dan jangan pula kita kufur dengan nikmat Allah SWT. Kita dipukul, dihina dan dipijak tetapi kita mendiamkan diri sahaja adalah salah dari konsep syukur. Kita masih terselamat dari bencana alam tetapi tidak berusaha untuk memulakan hidup yang baru, sekadar berdoa sahaja adalah salah dari konsep syukur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...