Saturday, September 24, 2011

MENCARI JANJI SAHABAT...


26 Syawal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dah hampir kita ke penghujung Syawal. Harap sesiapa yang belum menghabiskan puasa 6 tu, cepat-cepatlah habiskan, banyak pahala jika kita berpuasa 6. Ok, untuk kali ini, aku actually takde isu yang ingin dikongsikan, just ingin bercerita tentang beberapa perkara yang berlaku kepada aku semenjak dua menjak ini.

Entahlah, dari mana aku ingin mulakan cerita ini. Mungkin sejak bulan Mei 2011 agaknya. Aku ada plan untuk buat something yang pada aku cukup berfaedah bukan sahaja untuk diriku, malahan untuk rakan-rakan seperjuangan semua. Selepas aku berbincang dengan 2-3 orang rakan, kami bersetuju dengan plan tersebut.

Bermulalah pengembaraanku dengan niat untuk membantu. Pada mulanya tiada sebarang masalah. Pergi jumpa orang A, si A berjanji untuk membantu. Jumpa si B, si B berjanji untuk membantu, begitu juga dengan si C, D dan sebagainya. Pendek kata, masing-masing menyokong dan ingin memberi bantuan untuk menjayakan rancangan tersebut.

Macam-macam aku buat. Pada mulanya, just berdua sahaja (aku dan kawanku, dia student praktikal tapi aku lebih menganggapnya sebagai kawan berbanding student praktikal). Dua orang inilah yang banyak menggerakkan perancangan kami. Dari surat, proposal, keluar ke KL mencari penajaan, menyertai program lain just semata-mata untuk mempromosikan program dan sebagainya. Walaupun kawanku ini ada karenahnya yang tertentu, namun aku tiada masalah.

Masalah mula timbul bila kawanku ini sudah tamat latihan praktikalnya menjadikan aku keseorangan. Aku cuba kembali menghubungi kawan-kawan lain yang sudah berjanji untuk menghulurkan bantuan dulu, namun sifat manusia sememangnya mudah berubah. Masing-masing dengan alasan tertentu. Sibuk, ada program lain, takut tak dapat bagi komitmen dan sebagainya antara alasan popular. Malahan siap ada bagi alasan untuk mencabar kononnya ingin melihat aku cuba sendiri, cuba berdikari, tanpa mengharapkan orang lain.

Selepas itu, timbul pula masalah kewangan. Sebelum ini aku menggunakan duit ku sendiri, duit poket sendiri. Pada mulanya aku tak bimbang kerana sudah ada kelulusan budget, walaupun sedikit, at least tetap ada jugak. After that, perbelanjaan melangkaui jangkaan. Duit tidak mencukupi.

Sekali lagi aku cuba memohon pertolongan kawan-kawan, namun jawapan mereka lebih mengecewakan. Aku cuba berikhtiar lagi, cuba memunggut hutang piutang dari kawan-kawanku (mereka yang berhutang dengan aku, so aku nak collect semula duit aku). Ada yang telah berhutang dari semester lepas lagi tapi belum membayarnya. Apa yang lebih menyedihkan, ada antara mereka tidak langsung membei respond. Call tak angkat, SMS tak reply. Aku makin terhimpit.

Actually ada sesetengah problem dalam perancangan ini adalah berpunca daripada pihak lain. Aku rasanya dah cuba buat kerja seawal mungkin, takut tak jadi jika buat last minit. Bila aku buat awal, orang kata terlalu awal pula, tunggu dulu, masa masih banyak. Bila dsah dekat masanya, mulalah mereka kalut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Bukan aku tak follow up, rasanya dah beratus duit kredit telefonku habis semata-mata untuk proses follow up. Biasalah, orang berkerja ni, tak buat kerja pun gaji still masuk setiap bulan, so buat apa nak risau kan? Agaknya itulah sebab banyak masalah karenah birokrasi di pejabat.

Masalah makin bertambah. Selepas satu hal, timbul satu hal. Apabila kawanku yang buat praktikal itu berhenti, ada sesetengahnya yang tergantung separuh jalan menjadikan aku terpaksa bermula dari awal. Itu yang membuatkan aku semakin sibuk, seolah-olah kerja yang dilakukan awal-awal itu terpaksa dilakukan sekali lagi, menjadikannya seolah-olah aku baru bermula dalam keadaan yang serba suntuk.

Aku membuat plan ini untuk membantu golongan yang senasib dengan ku. Banyak pihak yang telah aku berjumpa untuk memohon sumbangan tapi bukan sumbangan yang aku perolehi. Hinaan dan kejian serta tuduhan liar yang aku perolehi. Aku dikatakan mementingkan diri, tidak ikhlas, just nak glamour dan sebagainya. Ada juga pihak yang menghina kerja yang aku lakukan ini... Takpe, aku harap aku masih mampu bersabar...

Masa semakin suntuk, aku cuba mendapatkan beberapa orang lain lagi untuk membantu. Alhamdulillah.... ada yang masih sudi membantu disaat-saat akhir ini. Dapat juga aku membahagi-bahagikan tugasan kepada mereka. Terasa sedikit lega... Alhamdulillah...

Namun, masalah masih banyak lagi. Aku cuba untuk untuk mencari alternatif. Alhamdulillah... ada juga yang berkesan dan berjaya. Ada juga insan yang bersimpati dan bersedia untuk menolong. Harap insan-insan ini tidak memungkiri janji mereka...

Doakan agar aku dapat mengatasi segala masalah yang timbul ini pada masa yang sepatutnya... Insyaallah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...