Tuesday, October 4, 2011

TIPS UNTUK REKACIPTA PRODUK OKU...


6 Zulkaedah 1432 Hijriah. Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor akan mengadakan satu pertandingan inovasi untuk merekacipta produk untuk golongan Orang kurang Upaya (OKU). Nama pertandingan tersebut adalah 2nd Innovation Competittion 2011: My Product To Help The Disabled.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi semangat dan memupuk pemikiran mahasiswa supaya lebih kreatif dan inovatif dalam membangunkan produk/peralatan yang boleh digunakan oleh OKU. Temanya adalah produk harian untuk OKU seperti perabot, peralatan komunikasi, peralatan tandas, peralatan dapur dan sebarang peralatan rumah lagi.


Gambar1: Poster pertandingan


Beberapa kriteria digunakan seperti originality produk tersebut, kebolehgunaan, sustanability, low cost, ergonomik dan skill perbentangan. Ok, untuk mahasiswa yang ingin menyertai pertandingan ini, aku amat-amat galakkan (aku tak boleh masuk sebab ini hanya untuk undergraduates sahaja) dan disini suka aku share beberapa tips yang mungkin boleh membantu untuk mendapatkan gambaran kasar atau idea bernas untuk merekacipta produk OKU itu.

1) Mesti difahami terlebih dahulu bahawa OKU ada 7 kategori yang mana setiap kategori mempunyai masalah yang berbeza dan perlu penyelesaian yang berbeza. Ada sesetengah penyelesaian boleh juga membantu gabungan beberapa kategori, ianya adalah bergantung kepada permasalahan tersebut. Markah anda akan lebih tinggi sekiranya idea itu boleh menyelesaikan masalah gabungan beberapa kategori OKU.

2) Untuk mengetahui masalah OKU, disarankan agar membuat sedikit research. Cara terbaik adalah dengan membuat interview dan survey terhadap OKU itu sendiri. Boleh juga kita interview orang normal asalkan orang itu berkait rapat dengan OKU tersebut (contohnya ibu bapa, keluarga, pelatih OKU, doktor dan sebagainya). Buku dan internet pun boleh digunakan juga, tiada masalah. Anda berpeluang untuk menemuramah ramai OKU pada 10-14 Okt 2011 ini di Dewan Sultan Iskandar, UTM kerana ada program OKU disana.

3) Idea anda itu mestilah original dan unik, mempunyai beberapa ciri lain seperti low cost, ergonomik dan paling mustahak adalah functionality nya. Untuk hal ini, anda boleh melakukan cara-cara seperti ini:

3.1) Survey produk semasa OKU dan replacekan dengan design sendiri serta material lain yang lebih murah dan lebih tahan.
3.2) Tambah fungsi untuk produk semasa. Contohnya produk itu hanya ada 1 fungsi sahaja, anda inovasikan dengan tambah 2-3 fungsi lain lagi pada produk itu.
3.3) Anda digalakkan menggunakan bahan kitar semula untuk projek ini. Jika anda menggunakan bahan kitar semula, ianya boleh menambah markah untuk sustainability, cost effective dan ergonomic.

4) Berikut aku senaraikan permasalahan utama untuk setiap kategori kecuali kategori mental dan masalah pembelajaran sebab aku tak expert dalam hal itu.

4.1) OKU Fizikal. Permasalahan utama adalah pergerakkan, pengurusan diri, kerja yang memerlukan dua belah tangan yang normal, kerja yang memerlukan banyak pergerakkan, kerja yang memerlukan duduk dan berdiri secara kerap, perkomputeran dan sebagainya.
4.2) OKU Pertuturan. Permasalahan utama adalah proses pembelajaran dan pengajaran bahasa isyarat serta cara untuk berkomunikasi dengan orang normal.
4.3) OKU Penglihatan. Permasalahan mereka adalah dari segi penglihatan, pergerakkan, pengurusan diri, pembacaan, perkomputeran dan sebagainya.
4.4) OKU Pendengaran. Masalah utama adalah pendengaran, ketidakseimbangan pendengaran dan sebagainya.
4.5) OKU Pelbagai. Maksud OKU Pelbagai ini adalah orang itu mempunyai gabungan 2 atau lebih ketidakupayaan. Contohnya adalah OKU Pertuturan dan Pendengaran.

5) Berikut aku senaraikan pula jenis kategori yang sesuai untuk anda lakukan mengikut kemahiran/kepakaran anda. Apapun, ini tidak bermakna anda pakar dalam bidang A, anda tidak boleh membuat produk untuk kategori B. Ini just sugestion untuk memudahkan kerja anda dalam proses pen filter an idea anda.

5.1) OKU Fizikal. Sesuai untuk orang dalam bidang mekanikal, mekatronik, elektrik, elektronik, grafik dan design, sains komputer, matematik, sains sukan, neuron, fizik, kimia, biologi, bahasa, kejuruteraan awam, senibina, perancang bandar, biosains, kejuruteraan bio, sains kesihatan dan sebagainya.
5.2) OKU Pertuturan. Sesuai untuk orang dalam bidang mekanikal, mekatronik, elektrik, elektronik, grafik dan design, sains komputer, matematik, sains sukan, neuron, fizik, bunyi, bahasa, pendidikan dan sebagainya.
5.3) OKU Penglihatan. Sesuai untuk orang dalam bidang mekanikal, mekatronik, elektrik, elektronik, grafik dan design, sains komputer, neuron, fizik, kimia, biologi, sensoring, pengukuran, pemetaan, geologi dan sebagainya.
5.4) OKU Pendengaran. Sesuai untuk orang dalam bidang mekanikal, mekatronik, elektrik, elektronik, grafik dan design, sains komputer, matematik, sains sukan, neuron, fizik, kimia, biologi, dan sebagainya.
5.5) OKU Pelbagai. Kebanyakkan bidang adalah sesuai kerana ianya melibatkan gabungan ketidakupayaan.

6) Berikut adalah beberapa tips sampingan yang mana aku merasakan ianya boleh membantu dari segi pembangunan idea dan pembangunan produk tersebut:

  • Memerhati dan memikirkan perkara harian yang kita lakukan dan bandingan dengan OKU samada OKU itu boleh buat sama dengan kita atau tidak. Jika OKU itu tidak boleh buat, maka ada potensi untuk pembangunan produk yang boleh membantu OKU itu membuat perkara tersebut.
  • Memerhatikan aspek pengangkutan dengan memikirkan produk yang boleh mengurangkan kesusahan OKU untuk bergerak. Jangan berfikir terhadap perkara yang terlalu kompleks, just fikir perkara yang simple sahaja tetapi praktikal.
  • Cuba membayangkan anda membuat beberapa perkara rutin anda dan bayangkan jika anda tiada alat untuk melakukan perkara tersebut. Mungkin alatnya sudah ada tetapi masih memerlukan penambahbaikan.
  • Study tentang universal design bagi membolehkan anda mendapat gambaran kasar untuk menghasilkan rekaan yang baru. Mungkin anda juga boleh mengubahsuai design sedia ada dan jadikannya lebih ergonomik. Untuk universal design, aku ada berkongsi pandangan di sini dan juga di sini.
  • Anda digalakkan untuk bergabung dengan kawan yang berlainan bidang/kepakaran supaya anda akan memperolehi idea yang lebih meluas. Semakin luas perspektif bidang, semakin banyak idea yang akan muncul.
  • Jika sudah muncul idea tersebut, buat sedikit research tentang idea produk tersebut. Mungkin ianya sudah ada dipasaran tetapi tidak mustahil anda boleh meng inovasikannya. Hasil idea anda itu mungkin tidaklah terlalu asli, tetapi anda boleh dapat banyak markah dari sudut lain.
  • Bukan semua permasalah OKU anda boleh selesaikan. Sesetengah permasalahan tiada kaitan langsung dengan anda dan kemahiran anda. Jadi, berhati-hati dalam membuat penapisan idea supaya idea itu anda sudah confirm boleh membangunkannya.

So, aku rasa cukup setakat itu sahaja tips2 untuk merekacipta produk OKU ini. Aku sudi membantu sesiapa yang ingin mendapat pandangan yang lebih detail, ingin aku menjadi penasihat atau sebagainya. Hal ini demikian kerana aku just ingin melihat produk untuk OKU ini benar-benar berada dipasaran sekaligus boleh digunakan oleh OKU.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...