Sunday, December 18, 2011

USAHAKU'11 - PART2...


23 Muharram 1433 Hijriah. Ok, untuk post yang ini aku ingin menceritakan tentang keadaan semasa program. Actually, semasa program, tak banyak masalah yang berlaku, just pada hari pertama itulah ada sedikit masalah tentang komunikasi dan teknikal.

Masalah yang aku maksudkan adalah dari segi peserta. Peserta pada jangkaan aku tidaklah ramai sangat tetapi pada hari kejadian, peserta ramai yang datang. Mereka ini kebanyakkan daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dihantar oleh JKM Negeri Johor. Majoritinya adalah level makcik-makcik dan pakcik. Ada juga yang muda tetapi rasanya semuanya lebih berusia daripada aku.

Mereka ini terdiri daripada penyelia dan petugas PDK yang datang dari seluruh daerah seluruh Johor. Maknanya setiap daerah menghantar wakilnya dan ada la dalah beberapada daerah yang hadir (tidak semua daerah yang hadir) tetapi itu sudah agak ramai sebenarnya.

Kehadiran ditambah pula oleh pelajar-pelajar OKU dari politeknik-politeknik dan IPTA. Dari segi IPTA tu, tak ramai la, yang ramai adalah daripada politeknik. Mereka semua ini membawa OKU yang terdiri daripada OKU Pendengaran dan Pertuturan yang mana mereka turut membawa juga 'intrepreter' iaitu orang yang menterjemahkan bunyi ucapan kedalam bahasa isyarat.

Dari segi pengisian aktiviti, tiada masalah yang berlaku. Semuanya mengikut jadual kecuali beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kegagalan menunaikan janji-janji manis pihak kementerian-kementerian yang terlibat. Antara aktiviti yang tidak dapat diadakan adalah tentang Akta OKU, Peranan kementerian dan satu lagi apa ye... aku dah lupa. Cuma apa yang aku ingat, time tu pihak kami terpaksa menggantikan slot yang kosong itu dengan aktiviti lain secara ad hoc.

Beberapa aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah seperti seminar keusahawanan, motivasi untuk OKU, Business Idea, Business Idea Competition Product, Kempen Derma Darah dan sebagainya. Secara overallnya, aku boleh katakan bahawa tiada masalah besar yang berlaku yang boleh menjejaskan program ini secara keseluruhannya.

Then untuk majlis perasmian pula, ianya dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, UTM iaitu Prof. Datuk Dr. Tajudin bin Ninggal dengan diiringi oleh Pengarah ALUMNI, PM. Dr. Othman bin Ibrahim (supervisor PhD aku sebenarnya) dan majlis berjaya diadakan dengan begitu sempurna sekali. Terima kasih kepada Datuk Tajudin kerana sudi merasmikan program ini.

So, program petang itu ditamatkan dengan taklimat tentang Skim bantuan Galakan Perniagaan OKU dan Tabung Pinjaman Siswasah yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar. Walaupun mereka tidak dapat berkomunikasi, mereka tetap bertanyakan soalan dengan dibantu oleh intrepreter.

So, tamatlah program USAHAKU'11 pada kali ini. Diharapkan aku mampu laksanakan lagi pada masa akan datang. Berikut aku letakkan gambar untuk tatapan.



Gambar1: Peserta OKU




Gambar2: Peserta normal




Gambar3: Peserta dari IPTA




Gambar4: Motivasi OKU (dibantu intrepreter)




Gambar5: Majlis perasmian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...