Sunday, January 23, 2011

KEMUDAHAN OKU...


23 Safar 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dah nak hampir penghujung Safar. Hari ini aku takde mood sangat nak story perkara-perkara lain, just nak berkongsi pengalaman tentang kemudahan untuk OKU especially bagi yang menggunakan kerusi roda seperti aku ini. Aku bukan berniat untuk mengomen, mengkritik sesiapa. just anggaplah sebagai suatu perkara yang boleh difikirkan.

Bebaru ini ada kawan perempuan (member dari zaman sekolah menengah) yang datang dari USM, study Civil Engineering melawat aku. Dia bertanyakan tentang keadaan aku, macamana business dan sebagainya. After that, dia ajak aku pergi makan dan aku cadangkan untuk makan di Arked Meranti, so dia yang drive aku ke sana. Sampai-sampai di sana, ada laluan OKU tetapi terhalang oleh beberapa buah motorsikal yang betul-betul parking menghalang laluan tersebut.

So, member aku pun parking keretanya dan mengalihkan motorsikal-motorsikal tersebut (perempuan yang tolong alihkan motorsikal lelaki), barulah dia tolak aku dan kami pun makan. Sungguh seronok berjumpa dengan kawan lama, maklumlah, dah lama tak sembang, jumpa pun kat dalam FB je, itu pun jarang-jarang. After lunch tu, dia nak tengok kedai aku kat Student Mall tu, then aku pun bawaklah ke sana.

Sampai kat sana, dia macam tengok-tengok keadaan sekeliling, lalu bertanya kat aku. Berikut adalah perbualan tersebut:

Kawan : Kenapa aku tengok kat area engkau ni takde kemudahan OKU?
Aku : Sebab takde 'pembesar' atau 'anak pembesar' yang OKU...
Kawan : Tadi dah ada laluan untuk OKU tapi kena block dengan motor student pulak...
Aku : Biasala... student U pandai tapi tak semuanya cerdik...

So, after that, dia pun tolong la aku naik kat kedai tu. Sambil2 tu dia tengok kedai aku, berkenalan dengan staff aku dan sambung sembang lagi. Dia ada beritahu aku, dia sekarang ini belajar bidang construction, then kadang2 ada kena lukis pelan rumah atau bangunan. Setiap bangunan yang dilukis, mesti dia akan pastikan dia lukiskan bersama laluan dan tandas untuk OKU. Pengalaman dia belajar satu kelas dengan aku mengingatkan dia tentang perkara kemudahan OKU. Very nice...

After that, hari dah nak petang, then dia pun hantar aku ke kolej semula. Well... puas hati jugaklah dapat sembang2 dengan member lama macam ni. After that, malam itu aku ada terfikir tentang kemudahan OKU ini. Aku terfikir, kalaulah aku yang berkeadaan macam ini pun dah agak susah, macamana dengan OKU lain? Kalaulah ada pihak luar yang datang melawat universiti ini, macamanalah tanggapan mereka terhadap 'world class university'...

Aku teringat kat bangunan pentadbiran universiti, banyak yang telah ditambah untuk mencantikkan suasana, ada blok yang di cat baru, ditambah dengan bilik berkaca yang cantik menawan tapi masih tiada laluan untuk OKU. Bagi pembaca yang dah lama follow blog aku ini, ingat tak dulu aku ada cerita tentang perjumpaanku dengan TNC tentang kemudahan OKU? Masa itu aku baru nak sambung master, tapi sekarang ini dah tamat pun pengajian aku, still tiada perubahan. Bagi yang baru follow, boleh rujuk link ini.

Perbincangan dulu itu aku rasa dah bertahap perbincangan dengan pimpinan tertinggi universiti dah tapi still macam itu, tiada apa-apa perubahan. Biasanya, kalau aku mengadu kepada pihak bawahan, mereka tidak akan berbuat apa-apa kerana tiada arahan pihak atasan dan tiada kuasa untuk berbuat sedemikian. So, kalau aku mengadu kepada pihak atasan seperti itu, ada apa-apa perubahan? Different position but still same story, same problem and same result.

Aku pun kadang-kadang terfikir, susah sangat ke nak sediakan kemudahan OKU ni? Aku tak minta semua bangunan mesti ada kemudahan tersebut dan aku juga tak minta semuanya disediakan secara serentak. Cukuplah dibuat di kawasan-kawasan tertentu yang selalu digunakan oleh OKU dan boleh buat secara berperingkat-peringkat. Aku faham bahawa mungkin budget untuk kemudahan OKU tiada dan kalau ada pun, ianya sedikit sahaja tetapi boleh buat secara sedikit demi sedikit.

Compare dengan penambahbaikan dan penambahcantikkan perkara lain, aku rasa kemudahan untuk OKU adalah suatu keperluan. Menambah cantik persekitaran itu adalah pilihan kedua tetapi keperluan adalah pilihan pertama. Jika semua keperluan sudah dicukupi, barulah boleh menambah cantikkan persekitaran. Itu common sense, semua pun tahu, semua boleh membezakan yang mana keperluan yang mana nafsu. Ibarat nasi dengan rokok, mesti pilih nasi dulu (kalau perokok tegar, tak taulah aku), yang mana fardhu yang mana sunat.

Kalau ada 'pembesar' luar yang datang ke universiti dan melihat keadaan yang kurang kemudahan OKU, lalu bertanya tahap kepuasan hati aku terhadap kemudahan OKU, aku akan direct cakap "masih kurang mesra OKU". Kalau pihak universiti nak marah, marahlah, aku apa kisah? Aku cakap perkara yang benar. Kalau ditanya berapa bintang untuk penilaian universiti dalam aspek kemudahan OKU, aku bagi 4 daripada 10 bintang. Ini realiti.

Ok, aku rasa cukup setakat ini saja then aku tinggalkan sebuah video yang aku download daripada Youtube, harap boleh menontonnya dan fikir-fikirkanlah...




All it takes is a little bit of thought....



Friday, January 21, 2011

PENUTUPAN FACEBOOK...


16 Safar 1432 Hijriah. Ok, hari ini aku just nak cerita tentang Facebook iaitu laman sosial terpopular setakat ini. Ada ura-ura bahawa FB akan ditutup pada bulan Mac nanti. Aku kurang pasti bilakah ura-ura tersebut pertama kali muncul dan dari mana sumber asalnya tetapi setakat ini memang ramailah kawan-kawanku yang panik, marah dan sebagainya. Tidak setuju dan tidak mahu akaun FB mereka ini ditutup.

Aku pun ada mendapat email dan chat FB tentang perkara ini. Ini adalah salah satu notis yang disebarkan :

This coming 11pm,all facebook account will be CUT. This is accordingfrom the creator of facebook. All the activities that was being donethis time will be delay, SORRY FOR THE INCONVENIENCE. To save you'refacebook accounts, please forward this message to 25 FB users for us tomake sure that you are active user of FB. If can't pass this to 25 users you're account will be cut without any hesitancy.

Ini adalah versi terbaru yang aku dapat. Tidak kurang juga kawan-kawanku yang panik, siap mintak no tel semua dalam friendlistnya, kot-kot dah tak dapat contact lagi melalui FB ni. Ada juga yang sudah memikirkan status apa yang ingin ditulis apabila tibanya tarikh penutupan tersebut. Ada yang memikirkan tentang status terakhir yang ingin dibuat kerana takut FB akan ditutup. Jelas dari ini, semua risau tentang ura-ura penutupan tersebut.

Aku pun sometimes terfikir jugak disebalik perkara ini. Sedar tentang beberapa perkara yang telah melanda kita semua sebagai pengguna FB termasuklah pengguna separa tegar FB seperti aku ini. Lebih teruk lagi, sampaikan ada yang terasa panik, tak boleh hidup tanpa FB. Alangkah hebatnya penangan FB terhadap kita semua especially tehadap orang Islam ini.

Aku cuba berfikir, kenapakah ura-ura tersebut boleh timbul? Siapa yang mula-mula mencetuskan polemik ini? Kenapa mesti forward mesej2 seperti diatas kepada rakan-rakan yang lain? Kenapa kita orang Islam ini lebih memikirkan status terakhir untuk FB? So, post ini bertujuan just untuk menyampaikan pandangan aku semata-mata, mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang tidak benar.

Mark Zuckerberg, itulah nama pengasas FB (boleh dikatakan dia la yang start buat FB, boleh rujuk dalam movie The Social Network) memperolehi berjuta-juta malahan berbilion sepanjang wujudnya FB ini. Kemunculan FB telah banyak merubah sikap manusia kepada bersosial secara maya. Walaupun ada pro dan kontra dalam penggunaan FB ini, impak terhadap kehidupan masyarakat berubah tudak dapat dinafikan. Manusia ini lebih suka bersosial secara maya berbading secara realiti.

Kemunculan ura-ura tersebut mungkin untuk menguji sejauh manakah ketagihan kita terhadap FB. Mungkin juga untuk menguji sejauh manakah kebergantungan hidup ini terhadap FB. Mungkin juga untuk menguji kita bahawa kita amat-amat memerlukan FB? Pada aku, tidak mustahil bahawa ura-ura ini mempuyai konspirasi disebaliknya, tidak mustahil. Aku bukannya suka berkonspirasi, tapi setidak-tidaknya masih ambil tahu lagi tentang konspirasi Freemason, Illuminati dan sebagainya. Mungkin juga kan? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui...

So, itu adalah persoalan yang mungkin boleh dibincangkan lagi but aku nak move perhatian pembaca semua kepada impak FB terhadap kita semua especially yang panik-panik itu sehingga sudah ada yang memikirkan status terakhir mereka. Alangkah tingginya kebergantungan mereka ini terhadap FB, alangkah tegarnya mereka terhadap penggunaan FB, pendek kata tak boleh hidup tanpa FB.

Dalam ura-ura tersebut, dinyatakan bahawa FB akan ditutup pada Mac nanti. Sudah diberitahu tarikhnya. Daripada tarikh tersebut, semua orang sudah bersiap sedia untuk status terakhir masing-masing. Sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan FB akan ditutup. Ramai orang begitu. Alangkah hebatnya penangan FB. Alangkah tingginya harapan mereka agar FB tidak ditutup. Alangkah tingginya kebergantungan mereka terhadap FB...

Alangkah hebat dan bagusnya seandainya kita sebagai umat Islam ini bersiap sedia untuk menghadapi ajal maut kita.... Kalau untuk FB, kita boleh bersiap sedia, bersiap sedai untuk menghadapi penutupannya tapi sebaliknya kita tidak bersedia untuk menghadapi kematian kita.... Kita lebih bersiap sedia menghadapi penutupan FB setelah diberitahu tarikh penutupannya tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapi kematian kita walaupun telah banyak diingatkan tentang tanda-tandanya...

Apa yang sebenarnya telah kita jiwai... Musuh-musuh Islam begitu gembira melihat telatah kita. Melihat kita yang panik sekiranya FB benar-benar ditutup. Mungkin juga mereka gembira kerana telah berjaya melalaikan kita sebagai umat Islam yang mana kita nampaknya benar-benar perlu serta bergantung harap terhadap produk ciptaan mereka... Apa agaknya yang berlaku sekiranya FB benar-benar ditutup.... FB ini telah benar-benar berjaya mempengaruhi kehidupan manusia sekarang ini dan kita sebagai umat Islam samada sebagai pengguna tegar (aku separa tegar sebab tak main game FB) atau tidak tegar telah banyak terpengaruh dengan FB ini...

Kita lebih takut dan bersiap sedia menghadapi penutupan FB yang dikatakan akan berlaku tak lama lagi tetapi kita tidak takut dan tidak bersedia menyediakan bekalan akhirat kita dalam menghadapi ajal maut yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sahaja....



Wednesday, January 19, 2011

HIPOKRIT...


15 Safar 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah masuk separuh Safar dah kita rupanya... Tak lama lagi universiti cuti lagi untuk Chinese New Year. Ok, untuk post kali ini, aku nak bercakap tentang salah satu perangai manusia iaitu hipokrit. Semua orang tahu tentang sifat ini kan? Bahasa moden remaja sekarang lebih kurang cakap tak serupa bikin...

Hipokrit ni, aku pun ada melaluinya, dari dulu sehingga sekarang. Biasanya orang yang hipokrit ini didepan kita baik tetapi dibelakang kita adalah sebaliknya. So, untuk post kali ini, aku just nak share experience aku jelah, semoga apa yang dikongsi ini memberi pengajaran dan teladan untuk diriku dan pembaca blog ni. Biarlah kita bersama2 bermuhasabah diri hendaknya...

Dulu, aku ada seorang kawan, katakan si A (semua nama bukan nama sebenar ye). Waktu itu aku mintak tolong dia membantu menolak aku untuk ke surau, menunaikan solat Zohor. Then, dia kata ok. So, after selesai solat tu dan aku pun dah balik ke kolej, kawanku itu pun pulang. Seminggu selepas itu, ada kawanku, si B memberitahu bahawa si A ini merunggut kerana tidak suka menolak aku dan seolah2 dia dipaksa untuk membantu aku untuk ke surau hari itu.

After that, dengar khabar, kawanku A itu mendapat tawaran belajar di tempat lain dan selepas dari itu, kitaorang pun dah tak berhubung lagi. Tempat pengajian baru si A itu rupa2nya sama dengan kawanku si C (A tidak tahu bahawa C itu adalah kawanku semasa zaman sekolah). A ada bercerita tentang peristiwa solat Zohor tersebut kepada C dan C terkejut lalu memberitahu aku. Aku just diam jelah, malas nak fikir benda macam tu.

Kemudian, apabila A mendapat tahu bahawa C adalah kawanku serta menyedari perbuatannya dah terbongkar, terus dia call aku untuk memberitahu apa yang berlaku adalah salah faham sahaja, dia ingin cover dirinya. Aku takde apa pun, just diam dan maafkan jelah. Aku pun tak ambil kisah pun, just ada sedikit terkilan kerana memikirkan tentang kenapa dia tidak berterus-terang. Kenapa dia tidak berterus terang dengan aku. Aku waktu itu kalau tak ke surau pun, boleh je solat kat bilik kalau dia tidak dapat membantu aku untuk ke surau, takde isu pun sebenarnya.

So, moral of the story? Pada aku, mesti ada sebab yang tertentu menjadikan seseorang itu bersikap hipokrit. Biasanya hipokrit ini lebih kepada penyebaran fitnah/benda buruk atau perbezaan tingkah laku antara sesebelah pihak. Sikap itu berbeza didepan dan dibelakang kita, baik didepan tetapi sebaliknya dibelakang kita.

Ok, berbalik kepada perbincangan kita tadi. Sesetengah dari kita jarang menyedari kesilapan yang kita sudah lakukan. Mungkin kesilapan itu pun kita tidak sengaja atau tanpa disedari dan perkara tersebut tidak disukai oleh orang lain. Then orang itu terus bercakap sesuatu yang tidak elok tentang kita, bercakap tanpa pengetahuan kita, di belakang kita. Itu yang sometimes boleh menimbulkan pergaduhan bila rahsia sudah terbongkar. Sikap tidak ingin berterus terang dan memendam perasaan (samada disebabkan takut atau malu), boleh menyebabkan merebaknya perangai hipokrit (itu salah satu faktornya la).

Pada aku, jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan aku, just tell direct to me. Tak perlu bercerita kepada orang lain, tak perlu melalui FB atau blog, tell me direct. Aku masih hidup, masih sihat, masih waras untuk berjumpa dan berbincang, boleh datang jumpa atau boleh call. Orang itu boleh beritahu aku secara terus dan boleh berbincang lanjut, kenapa perlu nak aibkan aku? Komen yang bukan2 dalam FB atau blog sedangkan boleh je kita jumpa dan bincang. Aku bersedia mohon maaf sekiranya betul aku ada buat silap, kita boleh berbincang. Tanpa disedari, aib yang terjadi itu lebih besar impaknya berbanding kesilapan yang telah berlaku.

Beranilah berhadapan secara face to face, jangan risau, aku bukan jenis orang yang mampu memukul orang lain, badan aku pun tak besar, tak perlu takut pun, setakat ini aku takde pukul orang pun, rekod aku bersih. Tak perlu nak hipokrit dengan aku.

Aku sendiri pun kalau aku tahu ada orang yang menyebarkan cerita tak elok tentang aku dan aku telah mengenalpasti orangnya, mesti aku akan cuba untuk menghubunginya. Aku akan cuba untuk berdepan face to face dan berbincang apa masalah orang itu dengan aku. Apa yang dia tak puas hati terhadap aku? Kenapa dia bercakap perkara2 yang buruk tentang aku samada secara lisan atau melalui media sosial?

Hati mausia berbeza-beza, ada yang berhati lembut dan ada yang berhati keras. Bergantung pada kita bagaimana untuk berhadapan situasi seperti ini. Pendekatan yang hikmah mesti dicari dan penyelesaian yang win-ein situation mesti dicapai. Tidak perlu berputus asa mahupun menangis sekiranya ada kawan yang hipokrit terhadap kita. Then kalau orang yang hipokrit itu tidak ingin berhadapan dengan kita, biarlah. Lama-kelamaan dia akan penat dan berhenti secara sendirinya serta orang lain pun akan tetap mengetahui siapa yang hipokrit sebenarnya.

Sebelum aku lupa beritahu, aku suka amalkan benda ini (tapi kadang-kadang miss jugak). Sebelum tidur, niat dalam hati "Aku maafkan segala kesilapan yang dilakukan oleh orang lain terhadap aku dan aku mohon maaf sekiranya aku ada berbuat silap dengan orang lain". Then baca doa tidur (kalau boleh berwudhuk, lagi bagus), then tidurlah supaya kita akan bangun keesokkan harinya dengan hati yang ceria serta lapang sebab sudah selesai masalah, sudah tiada bebanan yang perlu difikirkan. Insyaallah...


Sunday, January 16, 2011

RENDAH DIRI...


11 Safar 1432 Hijriah. Ok, kali ini aku nak bercerita tentang perasaan rendah diri manusia. Suatu perasaan yang sepatutnya ada dalam setiap manusia dengan kadarnya yang tertentu. Kita disuruh merendah diri especially bila dipuji. Aku suka amalkan dalam hati bila dipuji dengan mengucapkan 'Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam', tapi kadang2 tidak pun, kalau terlintas, sebutlah. Biarlah mengikut adat resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Itu yang digalakkan. Namun perasaan rendah diri dengan merendah diri adalah amat berbeza. Sifat rendah diri yang keterlaluan boleh menjadikan kita susah untuk bercampur dengan masyarakat, kurang keyakinan kendiri, kurang kawan dan sebagainya. Ini yang tidak elok. Merendah diri ok tapi jangan merasa rendah diri. Yeah, since manusia tidak sama, ada kelebihan dan keburukkan masing2, semua orang ada sifat ini, cuma persoalannya adalah banyak atau tidak.

Aku ada seorang kawan yang baru dikenali dalam medan maya, si A (bukan nama sebenar) yang pada pendapat aku seorang yang baik, rajin dan suka berdakwah. Dia belajar dalam bidang pengajian melayu dan ada 'terkenan' pada seorang pemuda dari pengajian Islam. Walaupun ada sedikit perasaan suka, si A malu untuk berjumpa, berbicara dengan sesiapa sahaja yang dari pengajian Islam, dia tak layak nak berkawan dengan mereka katanya.

Bukan soal jodoh, bukan soal suka menyukai, bukan soal cinta yang ingin aku utarakan, tapi soal rendah diri. Kawanku ini menganggap dirinya kurang ilmu agama, kurang elok dari segi paras rupa dan sebagainya. Dia menganggap dirinya tidak layak untuk bersama orang2 dari pengajian Islam sedangkan pada aku, dia dah cukup bagus, cukup berilmu. Mungkin dia merendah diri tapi dia terlalu merendah diri.

Ingat satu perkara bahawa Allah SWT tidak melihat hambaNya berdasarkan kekayaan, tidak berdasarkan rupa paras tapi berdasarkan taqwa. Setiap manusia semuanya sama disisi Allah SWT, yang membezakannya adalah taqwa. Semua manusia berdarah merah, mempunyai sifat dan jasad, mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Semuanya dijadikan adil.

Usahlah kita terlalu merendah diri sehingga menjejaskan keyakinan kita. Perasaan yang terlalu merendah diri boleh menjadikan kita tidak dapat bercampur dalam masyarakat secara menyeluruh. Apatah lagi dalam soal berkawan. Janganlah merendah diri dalam soal persahabatan. Aku ada kawan berkerja sebagai pelacur, aku ada kawan penagih dadah, aku ada kawan bergelar pengarah, aku ada kawan bergelar pensyarah dan sebagainya. Semuanya aku boleh 'masuk' as long as jangan biarkan diri kita mudah terpengaruh. Seelok-eloknya janganlah berkawan dengan golongan yang kurang elok seperti penagih dadah atau apa2 yang seumpanyanya, takut terpengaruh pulak.

Kawanku itu mungkin beranggapan bahawa pelajar bidang pengajian Islam itu hebat, tak tinggal solat 5 waktu, tak pernah merokok, tak pernah meniru dalam exam, tak pernah copy assignment member, pendek kata memang perfectlah. Tidak semua begitu. Aku ada kawan yang belajar di sekolah agama dan belajar dalam pengajian Islam (di UTM ni ada course SPI iaitu Sarjana muda Pengajian Islam). Perangai mereka sama sahaja dengan kita yang tidak belajar di sekolah agama. Oh, ye anak sedara aku pun ada belajar kat sekolah pondok, tapi perangai lebih kurang je dengan yang lain. Aku ada juga kawan perempuan yang belajar di UIA, bertudung dalam kampus tapi tidak diluar kampus, so what?

Jangan sangka mereka dalam bidang pengajian Islam itu baik seperti itu. Aku tak nafikan bahawa ada sesetengahnya yang betul-betul elok, betul-betul terjaga dan terdidik tapi hakikatnya tidak semua. Jika kita menganggap kesemuanya seperti itu, tidak mustahil kita akan mempunyai perasaan rendah diri seperti A.

Pada aku, apa yang lebih penting, kita menjaga diri kita dengan seelok-eloknya. Kita menurut perintah Allah SWT. Usahlah kita cuba menilai orang lain dan beranggapan orang itu lebih baik dari kita. Tidak salah untuk mencontohi seseorang yang terbukti baik tapi janganlah terlalu berlebih-lebihan. Kita sudah ada guideline dan ditunjuk ajar dalam agama kita, ikut sahajalah yang itu, itu lebih terjamin sebenarnya.

Berbalik kepada soal A itu, seandainya pemuda yang diminati itu menolaknya untuk berkawan, anggaplah pemuda itu bodoh, melihat dengan mata yang buta lagi hati yang gelap. Tiada guna berada dalam bidang pengajian Islam jika permintaan untuk berkenalan itu ditolak. Anggaplah pemuda itu tidak tau menilai permata dengan kaca. Bukan kepada pemuda itu sahaja, bahkan kepada pemuda-pemuda lain sekalipun. Kerana apa? Kerana kita semua sama. Jangan mengira miskin kaya cantik atau buruk, A berhak untuk mendapat apa yang dihajatinya. Begiu juga dengan orang lain.

Aku bimbang jika kita terlalu merendah diri, ianya menjejaskan keyakinan kendiri kita. Bukan setakat dalam persahabatan malahan boleh merebak ke dalam alam pengajian dan pekerjaan. So sebagai nasihat aku kepada A dan juga semua pembaca blog aku termasuk diriku sendiri, janganlah kita terlalu merendah diri. Kita semua sama sahaja, tiada bezanya. Tidak usahlah berbanding diri dengan orang lain, tiada apa yang perlu dipertandingkan, cukuplah kita mengejar taqwa kita terhadap Allah SWT. Tengok wajah kita di cermin, siapakah orang dalam cermin itu. Itulah kita dan terimalah diri kita dengan penuh kesyukuran, dengan niat dalam hati Alhamdulillah....


Wednesday, January 5, 2011

MENANG PIALA SUZUKI...


1 Safar 1432 Hijriah. Baru-baru ini negara kita cuti dalam peristiwa sempena kemenangan negara kita dalam pertandingan bola sepak Piala Suzuki menentang Indonesia dengan agregat 4-2. Pada selepas kemenangan tersebut, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengumumkan cuti umum sempena kemenangan tersebut. Ada negeri yang cuti pada jumaat dan ada yang cuti pada hari lain, itu bergantung pada negeri masing-masing.

Ramai juga yang bergembira dengan pengumuman tersebut, yelah dahlah menang bola, dapat cuti pulak untuk meraikan pemain kita itu dan disini aku berpendapat, pihak yang paling bertuah adalah pasukan bola sepak negara kita itulah, macam-macam hadiah dan tajaan diperolehi. Dalam surat khabar pulak, dalam sehari tak kurang 5 pages untuk memberi highlight tentang kemenangan tersebut.

Aku pada masa perlawanan menentang Indonesia itu aku tak tengok sebab aku tak berapa minat bola sepak. Aku lebih minat pada sukan badminton dengan basketball. Kalau bola sepak ni, aku jarang2 je tengok, itupun kalau World Cup dan melibatkan Brazil, kalau takde Brazil, confirm aku tak tengok.

Secara peribadinya, aku kurang bersetuju dengan cuti yang diberikan itu. Aku bukan membantah pun, just berpendapat kurang sesuai cuti tersebut diberikan semata-mata meraikan kemenangan bola sepak tersebut. Hajat sesetengah pihak untuk meraikan dan memberikan hadiah terhadap pemain, itu terpulanglah, aku no komen tentang hal itu, aku just nak komen tentang cuti tersebut.

Atas dasar apa cuti itu diberikan sebenarnya? Atas dasar beberapa orang melayu Islam yang tidak menutup aurat bermain bola sehingga ke Indonesia? Atas dasar meraikan pemain bola yang menang walaupun tidak menutup aurat? Atas dasar negara kita menang dan menjadi glamour di peringkat Asia? Atas dasar martabat sukan negara berjaya dijulang dan boleh meningkatkan perkembangan ekonomi negara?

Aku tidak nafikan bahawa kemenangan pasukan negara dalam piala tersebut sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dan aku juga terasa biasnya. Banyak jugalah jersi-jersi kegemaran orang ramai (especially jersi Harimau Malaya yg berwarna kuning dan biru) dibeli dan ditempah oleh student-student disini. So, income pada waktu itu memang cukup kencang la. Ini pun masih ada lagi tempahan untuk dapatkan jersi tu. Alhamdulillah...

Cuma apa yang aku rasa kurang sesuai adalah pemberian cuti tersebut. Negara kita sanggup cuti semata-mata untuk bola dan bola yang dipertandingkan itu pula di mainkan oleh pemain-pemain yang jelas tidak menutup aurat. Kesemua pemain itu pula disanjung tinggi dan dianggap sebagai wira negara. 1001 penghormatan dan anugerah diberikan kepada mereka.

Aku just rasa sedikit bodoh kerana cuti tersebut. Alangkah bagusnya jika negara kita memberi cuti sekiranya berlaku apa-apa penganugerahan yang bersifat islamik, keamanan, pendidikan dan perjuangan menentang musuh negara. Masih ingat pada kejadian yang berlaku sekitar Jun tahun lalu yang mana perjuangan beberapa rakyat Malaysia diatas kapal Mavi Marmara dalam memberikan sumbangan bantuan kemanusiaan ke Gaza?

Masih ingat akan kepintaran adik Ady Putra dalam menyelesaikan masalah matematik yang mana masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh pakar matematik selama lebih 140 tahun? Adik Ady Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik tersebut sekaligus memberi sumbangan besar terhadap perkembangan dunia matematik.

Masih ingat kisah seorang pelajar Malaysia yang telah diminta membentangkan idea teknologi termo tenaga di parlimen Britain oleh wakil-wakil akademik Britain? Pelajar itu telah berjaya mencipta suatu kemajuan dalam bidang tersebut(menyelesaikan teori termo tak silap aku) dan diminta oleh ramai ahli akademik untuk membentangkannya di parlimen pada 2005.

Perjuangan-perjuangan seperti inilah yang sepatutnya diberi pendedahan kepada rakyat, dibuat siaran langsung di televisyen, dibuat dokumentari khas untuk memberi motivasi kepada rakyat Malaysia. Apa salahnya kita jemput rakyat Malaysia ke Gaza itu untuk memberi cerita secara live? Apa salahnya kita jemput Ady Putra untuk berkongsi kepintarannya dengan secara live? Apa salahnya kita jemput pelajar Malaysia itu untuk bentangkan semula kajiannya secara live supaya boleh ditonton oleh ramai pelajar dan ahli akademik kita? Tidak mampukah kita memperuntukkan waktu sehari untuk wira-wira ini?

Kita lebih memberi penghargaan terhadap kejayaan yang bukan-bukan seperti berenang merentasi selat dengan tidak menutup aurat (tapi mengaku menutup aurat serta solat semasa berenang), menghantar sebilangan mat rempit untuk terjun di kutub (kononnya mat rempit juga boleh berubah) dan sebagainya. Banyak anugerah yang telah diperolehi mereka ini walaupun kita tidak nampak sumbangannya pada negara baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Kita lebih menghargai perjuangan yang bukan-bukan, lebih memberi hadiah kepada pihak yang tidak sepatutnya dan kita cekap dalam menghabiskan wang untuk memberi penghargaan tersebut....


KONSEP PERNIAGAAN CINA - PART2...


28 Muharram 1432 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung tentang konsep perniagaan cina bahagian positif pula. Kalau sebelum ini aku nukilkan tentang bahagian negatif, bahagian dark side business mereka, so kali ini aku paparkan bahagian positif pulak. Actually, orang cina ini kalau dilihat dalam sejarah memang golongan saudagar/peniaga dan mereka ini telah meneruskan tradisi mereka dah beribu-ribu tahu lamanya, then ada sesetengah perkara positif yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan.

Perkara petama adalah peniaga cina ini kebanyakkanya memulakan operasi mereka seawal pagi. Ada sesetengahnya membuka kedai sesudah subuh. Orang melayu kita? Pukul 10 pagi pun kadang-kadang baru terhegeh-hegeh nak bukak kedai, so macamana rezeki itu senang nak diterima sedangkan malaikat menyalurkan rezeki seawal pagi. Kalau kita orang melayu Islam yang bangun pukul 9.00 pagi (tak solat subuh pulak tu), macamanalah nak dimurahkan rezeki...

"Apabila kamu telah selesai solat subuh, janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki - (Riwayat Tabrani)". Ini tidak, jangankan tidur selepas menunaikan solat subuh, sesetengah peniaga kita ni langsung tak solat, apatah lagi nak solat subuh. Kalau solat dah tak buat, macamanalah rezeki itu akan diberkati Allah SWT. Yes, aku tak nafikan ada sesetengah peniaga Islam yang walaupun tak bersolat tapi businessnya untung, itu soal lain. Untung itu memang ada, itu untung dunia tapi tiada keberkatan untuk akhirat.

Peniaga cina (bukan Islam) memang la tak solat, takde zikir atau apa2 pun ditambah dengan status penyembahan berhala dan itu kepercayaan mereka. Mereka pun hamba Allah SWT juga. Ingat bahawa Allah SWT tidak akan menganiaya hambanya, akan diberikan juga pertolongan cuma pertolongan itu mungkin tiada keberkatan, hanya untuk duniawi sahaja. Allah SWT tetap menolong hambanya sebagai sebab kerajinan hambanya itu melakukan kerja. Soal halal haram dan dosa Istidraj itu tak payahlah aku huraikan disini, itu bab lain pula.

Perkara kedua adalah dari segi attitude dan service. Ikhlas aku katakan bahawa peniaga cina memang servicenya cukup hebat. Diorang pandai berkata2 dan membuat kerja dengan rajin. Kalau peniaga melayu Islam ni, call mintak datang untuk repair tv pukul 10.00 pagi, pukul 2.00 petang baru datang walaupun dah janji nak datang pukul 10.30 pagi (dahlah datang lambat, tak mintak maaf pulak tu). Kalau peniaga cina, call pukul 10.00 pagi, pukul 10.30 pagi mesti sampai. Kalau lewat pun, akan diisi dengan kata2 mohon maaf.

Kalau dah repair pulak, janji seminggu akan siap, tapi 2 minggu pun belum tentu siap lagi. Compare dengan peniaga cina, janji seminggu, mesti seminggu, no less no more. Diorang memang buat kerja berbanding dengan peniaga melayu kita ni. Ini based on pengalaman di rumah aku sendiri. 3 kali ayah aku hantar tv untuk dibaik pulih pada peniaga melayu, semuanya lewat tapi bila hantar kat kedai cina, on time siap. So, upgradelah sikit tahap service tu dan ubah attitute tu, kalau tak, mesti customer serik untuk dapatkan service dari kita.

Orang cina kebanyakkannya aku tengok memang berkemahiran dan berpengalaman. Sesetengahnya dilatih dari kecil lagi untuk berniaga. Ada kawanku prang cina yang kini membantu ayahnya di bengkel repair kereta memberitahu, after pulang dari sekolah, ayahnya panggil untuk membantu di bengkel. Awal2nya disuruh untuk mengenal barang, mengangkat barang dan sebagainya. Lama-kelamaan, diajar untuk membaik pulih secara berperingkat. Dalam 5-10 tahun, memang expert.

Dalam hal ini mungkin golongan melayu kita ini kurang didedahkan dengan teknik kemahiran sebegini. Ada mereka yang masuk sekolah vokasional dan mana-mana institut kemahiran, memang boleh buat kerja tapi mungkin masih perlukan pengalaman. Bila dah berkecimpung dalam bidang mereka itu selama 5-10 tahun, barulah expert, itupun umur dah hampir 30 tahun sedangkan anak orang cina tadi baru berumur 20 tahun, beza advanced mereka adalah usia dan tenaga sejauh 10 tahun.

So, dah nampak apa beza antara peniaga cina dengan peniaga melayu? Dah tau macamana konsep perniagaan cina samada positif atau negatif? Sudah nampak perbezaan antara manufactures dengan service provider?

Actually, pada aku, takde masalah jika peniaga cina lebih kepada manufactures dan peniaga melayu sebagai service provider sebab impaknya adalah pada semua pengguna tanpa mengira posisi kaum. Pada aku peniaga melayu mesti berubah dari segi konsep perniagaannya, mesti ubah attitute, barulah servide kita tidak kalah kepada pihak lain. Tak perlu nak bertanding sapa untung siapa rugi, just deliver service kita sebaik mungkin. Mungkin rasional kaum menjadikan kita skeptikal terhadap sesuatu monopoli perniagaan tersebut menjadikan kita mudah menyalahkan orang lain.

Sektor service sebenarnya pun mendatangkan pendapatan yang amat tinggi. Kalau harga asas diberikan tinggi, margin yang diletakkan pada service tersebut (seperti kemahiran, kursus, baikpulih dan apa-apa program) amat tinggi dan ianya adalah lebih baik berbanding manufactures. Cuma apa yang dirisaukan adalah kesan jangka masa panjang yang memungkinkan ekonomi di monopoli apabila tiada satu pun harga asas dipegang oleh peniaga melayu Islam.

Aku bukan student ekonomi, so aku tiada kepakaran untuk memberi ulasan terhadap perkembangan monopoli ekonomi, just apa yang aku tahu dan faham adalah kita peniaga melayu mesti mengubah sikap kita, mencontohi beberapa perkara positif dalam konsep perniagaan cina serta cuba menguasai ilmu perniagaan sedalam mungkin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...