Monday, February 28, 2011

ISLAM ITU MUDAH...


26 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Islam itu untuk semua. Islam itu mudah. Percaya dan yakinkah anda dengan 2 kata-kata itu? Sehari dua ini ada sedikit kecoh dengan istilah 'Islam sederhana' yang mana ianya membawa maksud, kita terhalang/bermasalah/tidak berpeluang/tidak mampu untuk melaksanakan semua undang-undang Islam

Aku tak berniat untuk menyentuh tentang politik walaupun perkara ini ditimbulkan oleh orang politik tetapi pada aku sebagai umat Islam, rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat aku terhadap isu Islam sederhana tersebut. Lagipun istilah Islam sederhana ini wujud sejak 2 dekad yang lalu yang mana pihak penasihat agama (Dato' Hamid Othman tak silap aku namanya, tolong betulkan kalau tersilap ye) yang pertama menyatakan istilah ini.

Apa yang susahnya tentang Islam? Cuba anda beritahu saya, apa yang susah tentang Islam sehingga kita mengatakan bahawa kita hanya boleh mengamalkan islam secara sederhana, kita hanya boleh melaksanakan hukum-hukum tertentu sahaja, kita tidak boleh membuat dasar islam secara menyeluruh, bolehkah anda beritahu saya?

Setahu aku, dari A sehingga Z, semuanya sudah diterangkan dalam Al-Quran dan hadis serta ditambah dengan pendapat-pendapat ulama hasil daripada perbincangan yang terperinci. Islam menyebarkan tentang cara hidup kepada semua manusia. Hukum apa lagi yang tidak lengkap atau tidak terdapat dalam Islam? Ianya merangkumi sejak awal kita dilahirkan sehinggalah kita menjadi jenazah.

Kalau dengan memberikan alasan kita mempunyai pelbagai kaum, mesti menghormati kaum lain dan sebagainya untuk mengamalkan Islam sederhana, zaman Nabi Muhammad SAW dulu macamana keadaannya? Ada berapa kaum? Ada berapa bangsa? Ada berapa suku kabilah? Ada berapa etnik? Semuanya tiada masalah, semuanya tidak diambil kira sebab yang diambil kira adalah bukan bangsa atau kaum tetapi adalah Islam dan bukan Islam, itu sahaja. Kalau zaman dulu Islam boleh dilaksanakan dengan menyeluruh, kenapa tidak sekarang?

Dulu semasa aku sekolah rendah, ada ustaz bercerita. Macam ini la lebih kurang ceritanya: "Apa benda yang jika ditambah satu nilainya kosong dan jika ditolak satu pun, nilainya akan menjadi kosong?". Masa itu semua student diam. Then ustaz itu sambung lagi,"Jawapannya adalah Iman, Rukun Iman. Jika kita menambah satu perkara lagi dalam rukun iman, sebagai contoh percaya kepada kuasa hantu/iblis, iman kita akan jadi zero. Begitu juga jika kita tolak satu daripada 6 rukun ini, sebagai contoh kita tidak percaya kepada malaikat, nescaya iman kita akan menjadi zero". So, kesimpulannya, ambillah Islam secara menyeluruh.

Ok, itu dari segi perlaksanaan undang-undang Islam diperingkat tertinggi pentadbiran negara, so kita move kepada perlaksanaan Islam dan tatacara hidup diperingkat diri kita (individu). Cuba anda nyatakan kepada saya, kenapa susah benar kita ini ingin beriman kepada Islam? Susah sangat ke? Rugi ke kita kalau kita buat cara hiup Islam? So, aku bagi sedikit penerngan ringkas dalam bentuk point ye

1 - Kita boleh melafazkan dua kalimah syahadah tanpa berbicara.

Percaya tak jika aku mengatakan bahawa tanpa bercakap pun, kita boleh lafaz dua kalimah syahadah? Tak percaya? Ok, pernah tengok OKU pendengaran melafazkan dua kalimah syahadah? Untuk bacaan solat, mereka memang membacanya dalam hati tetapi untuk menyebut zikir-zikir? Sesiapa yang tak pernah tengok, pergilah tengok. Orang yang tidak boleh bercakap pun Allah SWT bagi kemudahan untuk bersolat dan melafazkan dua kalimah syahadah.

2 - Kita boleh bersolat tanpa perlu menggunakan tangan dan kaki.

Solat itu tiang agama. Walau dalam keadaan apa sekalipun, kita mesti solat dan betapa mudahnya solat ni, Allah SWT memberi kemudahan untuk bersolat tanpa perlu mengangkat tangan dan kaki pun, tak perlu bersujud pun. Tak percaya? Pernah tengok orang sakit tidak boleh bangun (yang tidak mampu bergerak dan hanya berada diatas katil sahaja) yang bersolat menggunakan kelopak matanya? Orang yang OKU fizikal pun sama jugak, still boleh bersolat.

3 - Kita boleh berpuasa tanpa perlu menunggu Ramadhan

Allah SWT Maha Pemurah. Dia ingin memberikan pahala berpuasa kepada umat Islam. Tidak semestinya kita perlu menunggu ketibaan bulan Ramadhan baru boleh berpuasa, malahan nak berpuasa di bulan-bulan lain pun boleh. Di galakkan pula berpuasa pada hari isnin dan khamis. So, tak perlu bersusah payah atau menangis untuk menunggu ketibaan Ramadhan, bila-bila pun boleh berpuasa (but of course berpuasa di bulan Ramadhan lebih pahala).

4 - Kita boleh bersedekah tanpa mengeluarkan wang.

Aku tak bergurau. Konsep sedekah bukan sahaja mengeluarkan wang. Kita juga boleh bersedekah dengan masa dan tenaga kita. Jika kita tiada wang, 'bersedekahlah masa dan tenaga' kita untuk membantu bergotong royong membersihkan masjid ke, membantu anak-anak yatim ke dan sebagainya. Paling tidak pun, boleh bersedekah melalui senyuman. So, Islam memang mudah kan sehingga dengan senyum pun kita berpeluang mendapat pahala sedekah.

5 - Kita boleh mendapat haji tanpa perlu ke Mekah.

Pernah dengar cerita ada orang yang mendapat pahala haji walaupun tak ke Mekah, walaupun hanya berada di rumah? Ceritanya lebih kurang macam ini, ada seorang hamba Allah ini yang ingin ke Mekah dan sudah mempunyai cukup wang untuk berbuat demikian. So pada masa dia nak pergi itu, dia mendapati jirannya tidak mempunyai makanan untuk dimakan (mengalami masalah kesempitan kewangan la kiranya). Then dia pun memberikan wang miliknya itu kepada jirannya itu untuk keperluan tersebut sekaligus terpaksa membatalkan hajatnya untuk ke Mekah. Walaubagaimanapun, Allah SWT telah menganugerahkan pahala haji terhadap hamba Allah ini. See? Tak pergi kemana-mana pun boleh dapat 'haji'. Kita yang pergi ke Mekah ini pun belum pasti memperolehi pahala haji tersebut (tapi seelok-eloknya pergilah jika berkemampuan). Mudah kan untuk mendapat haji?

So aku rasa aku stop disini dululah dengan kesimpulan bahawa terimalah ajaran dan undang-undang Islam secara menyeluruh, Islam itu mudah...

Kita boleh lafaz dua kalimah syahadah tanpa perlu berbicara...
Kita boleh bersolat tanpa perlu menggunakan tangan dan kaki...
Kita boleh berpuasa tanpa perlu menunggu Ramadhan...
Kita boleh bersedekah tanpa perlu mengeluarkan wang...
Kita boleh mendapat haji tanpa perlu pergi ke Mekah...

Islam itu mudah... Nikmat mana lagi yang mampu kita dustakan?


Sunday, February 27, 2011

KELAS BATAL !!!...


25 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Sekarang musim yang agak sibuk bagi semester ini. Aku rasa mesti ramai pelajar-pelajar tengah sibuk sekarang ini dengan test, yelah, dah musimnya kan. Apatah lagi untuk AJK Pesta Konvo. Time ni setahu aku diorang memang sibuk. Sibuk dengan test dan follow up program. Bila aku bertanya khabar mereka, masing-masing kata mereka sibuk, kalau ada mana-mana kuliah yang dibatalkan, memang bersorak-sorailah mereka.

So, bila dengar mereka berkata macam tu, teringat pula kenangan ketika study Degree dan Master dulu. Cukup berbeza rasanya. So, untuk post kali ini aku ingin berkongsi pengalaman dan rasa aku sewaktu mendengar kata-kata ini: Kuliah dibatalkan.

Dulu sewaktu Degree, bila dah berada dalam kelas menunggu pensyarah masuk, then tiba2 ada orang yang kata "Dr kata kelas hari ini batal !!!", confirm semua student bergembira dan bersorak-sorai meraikan pembatalan tersebut. Begitu juga dengan aku yang turut bergembira sambil berkata-kata "Yes !!!". Dengan pembatalan tersebut, kitaorang boleh keluar kemana-mana pun. Boleh keluar, boleh pergi makan, boleh siapkan tugasan yang kena hantar pada petang itu dengan copy kawan punya, boleh lepak-lepak tengok pasangan couple, boleh jumpa pensyarah lain dan sebagainya. Pendek kata, pembatalan kelas amat dinanti-nantikan. Itu masa Degree....

Sewaktu Master pula, ianya cukup berbeza. Kelas aku just ada 6 orang sahaja. Biasanya pensyarah akan sms kepada aku jika kelas dibatalkan. Jika kami dah sampai ke bilik kuliah dan menunggu pensyarah datang, tiba-tida dapat sms "kelas hari ini dibatalkan.sori". Reaksi aku dan kawan-kawan adalah berbeza dengan pelajar Degree sebab reaksi kami adalah amat marah. Diulangi, amat marah !!!

Kenapa kami amat marah? Ada 2 perkara mengapa kami berenam ini marah. Pertamanya adalah kami walaupun hanya 6 orang, kami waktu itu amat menghargai masa yang terluang. Kami terpaksa batalkan appointment dengan customer, tidak boleh membuat apa-apa appointment dalam waktu kuliah (cth: kelas pukul 2.00-5.00 petang, so kami tidak boleh buat temujanji dalam tempoh waktu itu, mesti buat after pukul 5.00 petang) dan sebagainya.

Dalam konsep keusahawanan, lewat dalam 5 minit sekalipun, itu sudah bermakna kita mungkin kehilangan seorang atau dua customer kita. Lewat 5 minit sekalipun, itu sudah bermakna kita tidak dapat merancang sebarang appointment dengan customer kita. So, bila belajar bab-bab keusahawanan ini, aku menjadi seorang yang pentingkan masa, masa itu emas, masa itu duit...

Perkara kedua adalah kami membayar sebenarnya sejumlah wang kepada tenaga pengajar kami. Seingat aku kadar bayaran adalah RM 150.00/hour. Rasa mahal tak? Aku dan kawan-kawan rasa ianya cukup mahal, rasa macam masuk kelas professional. Sebab itu jika ada mana- mana pensyarah yang membatalkan kelas secara tiba-tiba dan taknak ganti kelas tersebut, kami cukup marah.

Begitu juga jika ada pensyarah yang kami rasakan tidak berpuas hati dengan performance mereka, kami akan singkirkan. Rasa macam gila kan, mana ada student yang berani buat aduan dan singgirkan pensyarah. Secara kebetulan, pensyarah yang kami singgirkan itu adalah salah seorang tenaga pengajar dan juga merangkap sebagai penyelaras program master kami, kami berjuang untuk menyinggirkannya.

Apa kesannya terhadap kami selepas penyingkiran tersebut? Kami dilabelkan sebagai '6 Jahanam' oleh ramai pensyarah, kami seolah-olah di boikot oleh pensyarah dan sebagainya. Wah... rasa macam cerita Allahyarham P.Ramlee pulak. Aku yang OKU ini pun turut dilabelkan sebagai salah seorang 6 Jahanam tersebut. Tapi apa pun, kami sedikit pun tak menyesal atas tindakan kami, malah kami gembira kerana berjaya menyingkirkan pensyarah tersebut dan pihak pengurusan menggantikan dengan seorang penyelaras baru yang best. So, berbaloilah kami berjuang.

So, pada aku, kita sebagai pelajar mesti menghargai setiap waktu yang ada. Janganlah bergembira dengan berita pembatalan kelas, sebaliknya berbincanglah tentang bila kelas ganti akan dibuat. Pelajar ini membayar yuran kepada universiti. Maka pelajar ini berhak untuk mendapatkan service yang terbaik daripada pihak universiti. Pelajar juga berhak untuk mendapat kelas ganti jika sesuatu kelas itu dibatalkan. Itu yang sepatutnya....

Sesebuah sistem pendidikan memerlukan 3 perkara asas iaitu cikgu/pensyarah, pelajar dan tempat belajar. Jika salah satu keperluaan asas ini tiada, maka tidak akan terbentuklah apa yang dipanggil sistem pendidikan. Kita semua ini berkait rapat. Tanpa pensyarah, siapa yang ingin mengajar? Tanpa student, pensyarah nak mengajar siapa? Tanpa tempat, di mana kita nak belajar dan mengajar?

So, nasihat aku kepada semua kawan-kawan seperjuangan dan juga kepada diriku juga, hargailah masa pengajian anda.... anda sebenarnya 'membayar' untuk masa tersebut..... Itu adalah duit pinjaman pengajian anda, itu adalah duit biasiswa yang diberikan oleh kerajaan hasil daripada duit pembayar cukai dan itu adalah duit ibu bapa anda yang berusaha berkerja keras untuk membiayai pengajian anda.....



Friday, February 25, 2011

ANDAINYA AKU MAMPU...


22 Rabbiul Awal 1432 Hijriah.

Andainya aku mampu....

Aku boleh pergi makan...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh membasuh pakaianku...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh menguruskan diri...
tanpa perlu dibantu...

Andainya aku mampu...

Aku boleh menghadiri meeting...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh buat kerja-kerjaku...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh pergi membentang...
tanpa perlu dibantu...

Andainya aku mampu...

Aku boleh menyulam baju...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh pergi mencari supplier...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh menguruskan perniagaanku...
tanpa perlu dibantu...

Andainya aku mampu...

Aku boleh menjaga diriku...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh menjaga orang yang aku kasihi...
tanpa perlu dibantu...
Aku boleh menjaga pekerjaku...
tanpa perlu dibantu...

Andainya aku mampu...

Aku ingin memarahi kembali orang...
orang yang telah buat aku marah...
orang yang telah buat aku sedih...
tanpa perlu memendam perasaan...

Aku ingin menangis semahu-mahunya...
tanpa perlu menghirau orang sekeliling...
tanpa perlu menghirau orang segolonganku...
tanpa perlu menangis didalam hati...

Marahku tidak berharga...
Marahku tidak berguna...
Sedihku tidak bernilai...
Sedihku kering airmataku...

Alangkah bertuahnya orang yang mampu...
mampu memarahi dan mampu menangis...
namun...
aku hanya mampu mendengar dan melihat...
tanpa sebarang perasaan...

Aku bukan tidak mahu...
Aku bukan tidak bersyukur...
Aku bukan tidak berdoa...
Aku bukan tidak berusaha...

Andainya aku mampu.......

----------------------------------------------------------------------------------------------
Entahlah..... seminggu dua ini banyak perkara yang berlaku sampaikan aku tidak larat untuk menanggungnya lagi... Aku hanya mampu meluahkan isi hatiku didalam blog ini sahaja...

Allahu Akhbar..........



Saturday, February 19, 2011

KEPIMPINAN MAHASISWA...


17 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Sekarang ini di mana-mana kampus tengah hangat dengan isu kempen pilihanraya kampus. Tak silap aku pengundian pada 23hb ini kot di universiti aku ni dan ada universiti yang berbeza sedikit tarikh pilihanrayanya. Ok, aku bukan nak berkempen untuk mana-mana pihak, bukan nak memihak kepada mana-mana parti mahupun ideologi, aku just ingin berkongsi pendapat aku terhadap kepimpinan mahasiswa dulu dan sekarang.

Aku cuba bandingkan kepimpinan mahasiswa hari ini dengan dengan kepimpinan mahasiswa sewaktu aku belajar Diploma di KL dahulu (2003). Pada tahun 2003 dahulu, aku baru pelajar tahun 1 yang tidak tahu erti pilihanraya kampus tetapi ingin mencari-cari pemimpin yang boleh dipercayai seterusnya boleh memperjuangkan nasib mahasiswa lain. So, untuk kes ini, aku akan buat secara point supaya mudah faham ye.

Kenal-mengenali

Dulu: Boleh dikatakan aku mengenali hampir semua calon yang bertanding, baik calon Evo mahupun calon Pro M. Ini kerana calon-calon ini pergi ke setiap blok, ke setiap kolej untuk buat majlis rapat umum, untuk buat perdebatan dan kadang-kala siap boleh berkongsi pentas lagi antara calon-calon itu.
Sekarang: Susah benar aku nak tahu siapa calonnya, kalau dapat tengok pun, just dalam poster ajelah. Tidak dapat membuat penilaian menyeluruh terhadap calon itu.

Sudah popular dalam masyarakat kampus

Dulu: Calon-calon yang diambil bertanding sememangnya rapat dengan pelajar-pelajar ini. Mereka ini adalah daripada yang terpilih kerana sudah popular, aktif dengan aktiviti kolej dan mesra dengan orang lain.
Sekarang: Time nak dekat pilihanraya, baru calon dipilih, itupun diambil secara rambang sahaja untuk mengisi kekosongan. Calon itu pulak, bila nak dekat pilihanraya baru aktif meeting sana meeting sini, orang tak kenal pun.

Mudah mintak tolong

Dulu: Disebabkan aku mengenali agak ramai wakil-wakil mahasiswa ini, kadang-kala aku ada mintak tolong mereka untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan diri aku. Dulu tak kisahlah samada aku call wakil Evo atau wakil Pro M, kesemuanya baik dan segera datang membantu. Then kadang-kadang tu, siap boleh bincang sesama mereka bagaimana cara terbaik untuk membantu aku, memang hebatlah.
Sekarang: Jangankan nak call untuk membantu, kenal pun tidak.

Penentu undi

Dulu: Disebabkan aku berkawan dengan semua orang, baik dari Evo mahupun Pro M, so time mengundi itu amat susah aku nak buat keputusan. Semua calon adalah kawan baik dan boleh diharap. Apa pun, aku biasanya undi calon lelaki yang berwibawa sebagai ketua dan calon wanita untuk timbalan.
Sekarang: Susah jugak nak buat keputusan sebab aku tak kenal sangat calon-calon ini. So, disebabkan aku ini lelaki, biasanya jika calon itu adalah seorang perempuan yang cun dan comel, mesti aku undi dia tanpa berfikir panjang dan tanpa mengetahui perempuan itu dari Evo atau Pro M. Apa pun aku still maintain dengan pendirian aku iaitu lelaki mesti menjadi ketua, so aku dahulukan lelaki.

Ok, itu antara perbezaan antara kepimpinan mahasiswa dulu dan sekarang. Namun, dalam banyak-banyak perbezaan itu, ada satu perkara yang aku tengok masih lagi sama dari dulu sehingga sekarang. Persamaan itu adalah Janji. Dari dulu sehingga sekarang, calon-calon ini suka sangat berjanji perkara-perkara yang bukan dibawah kawalan mereka dan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dilaksanakan. Baik calon Evo mahupun calon Pro M.

Isu yang dijanjikan biasanya retorik, sudah lapuk dan boleh di recycle setiap tahun iaitu isu PTPTN. Isu ini sering dimainkan kerana maybe mendapat sambutan hangat pelajar agaknya tapi aku adalah orang yang realistik, bukan idealistik. Mana mungkin para pelajar ini boleh mendesak PTPTN mengurangkan cajlah, bagi percumalah, tambah wanglah dan sebagainya. Calon yang berjanji perkara ini adalah cukup tidak menyedari hakikat diri dan hakikat sistem kewangan kerajaan.

PTPTN adalah dibawah pemantauan kerajaan dan jika semua wakil mahasiswa berkumpul untuk mendesak sekalipun, tak guna. Pihak kementerian/menteri hanya boleh membawa isu ini kepada meja perbincangan dan time bincang itu, cukup bestlah lagaknya, semua janji akan dikatakan boleh. Kuasa pemutus pada kabinet. Bila bentang kat kabinet, terus tolak. Apa nak dikata? Kita hanya merancang, tuhan yang tentukan... cukup tak realistik...

Sama juga dengan isu penurunan harga makan di kafe dan arked. Ramai calon berjanji untuk berbincang dengan pihak universiti supaya harga makanan diturunkan. Oh ye, dulu isu PTPTN dan harga makanan paling hangat, sekarang ini aku tak pasti isu apa yang hangat dikalangan mahasiswa. Kalau harga minyak naik, takkan peniaga tak naikkan harga makanan? Masa itu siapa yang boleh menghalang harga kenaikan tersebut? Pihak universiti boleh halang? Pihak kerajaan boleh halang?

Janji cukup bergegar, nak turunkan harga makanan tapi langsung tak realistik. Harga minyak naik, semua harga makanan naik. Masa itu dimana janji-janji manis nak turunkan harga makanan? Calon itu sendiri kena bayar harga tinggi, janji nak turunkan bebanan orang lain konon. Janji yang cukup tidak realistik. Yelah, nak buat macamanakan... kita hanya merancang... tuhan yang tentukan...

Oklah, aku taknak tulis panjang dalam bab kepimpinan mahasiswa ini sebab aku pun bukannya boleh mengundi pun. Apa pun aku harap para mahasiswa mestilah memilih calon yang terbaik untuk mereka, calon yang dikenali, calon yang boleh dibawa berbincang, calon yang berwibawa dan calon yang boleh membantu kita serta calon yang realistik (ini penting tau). Kepada calon-calon pula, berkerjalah betul-betul setelah mendapat mandat daripada mahasiswa. After mengundi tu, rajin-rajinkanlah turun ke 'padang' bertanyakan khabar tentang pelajar yang susah lagi OKU seperti aku ini kan? Oh ye, sepanjang aku kat Skudai ini, sekali sahaja calon mahasiswa datang bertanya khabarkan aku... yang lain?


AJK PESTA KONVO...


16 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan program Pesta Konvokesyen ke-46 pada 23-28 Mac 2011 bersempena Majlis Konvokesyen pada 26-28 Mac 2011. So, aku turut mengambil bahagian dalam program pesta konvo ini, menjadi sebahagian daripada AJK pesta ini, aku just setiausaha untuk unit teknikal.

Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam menyertai program pesta konvo ini yang mana program pesta konvo adalah program terbesar universiti. Selain daripada menjadi penggerai untuk pesta kali ini (sama seperti semester-semester yang lalu), aku turut menjadi AJK untuk konvo ini. So, apa yang aku nampak, ini adalah peluang terbaik untuk aku buat secara bersungguh-sungguh.

AJK pada pesta kali ini majoritinya adalah pelajar tahun 1 dan 2. Namun, agak ramai juga pelajar Master yang join sebagai AJK. Ada sesetengahnya yang join untuk mencari pengalaman, ada yang join untuk menambahkan network, ada yang join untuk mendapatkan pendapatan sampingan (ada elaun), ada yang join untuk menjadi agen tapak dan sebagainya. Itu adalah jawapan rambang para AJK ini tentang tujuan mereka. Apa pun, pada pendapat aku, selagi mereka bekerja dengan baik, tidak menimbulkan masalah, it's ok.

Then sebagai AJK pesta konvo, kami semua dikehendaki menyertai 'Team Building Camp (TBC)' yang baru-baru ini telah diadakan di Tanjung Piai. Program 3 hari 2 malam itu khusus diadakan untuk mengeratkan hubungan antara AJK, lebih mengenali antara satu sama lain terutamanya mengenali kepimpinan program serta membuat beberapa mesyuarat program.

Walaupun, bilangan yang hadir dalam program TBC adalah separuh sahaja iaitu lebih kurang 35 orang (AJK keseluruhannya adalah seramai lebih 70 orang), programnya tetap best, maklumlah, ramai awek2 cun kan, itu yang best tu... hehehe... Ok, back to the point, antara aktiviti yang dilakukan adalah ice-breaking, main game (banyak kepada games la seperti game 'Trust', 'Pakaian Pengantin', 'Kerusi belon' dan sebagainya), dan untuk first time nya aku try main Catur Bistari iaitu permainan yang lebih kurang macam Monopoly.

So, overall untuk program TBC ini, aku berpuas hatilah kerana dapat mengenali beberapa rakan seperjuangan yang lain (cun-cun pulak tu, hehehe...). Yelah, ramai sangat AJK nya, kalau takde program macam ini, aku mungkin just sekadar mengenali AJK unit aku sahaja. Oh, ye, aku setiausaha Unit Teknikal yang bertanggungjawab terhadap Unit Ruang dan Peralatan, Unit Logistik dan Penginapan, Unit Keselamatan dan Kecemasan, Unit Gerai dan Korporat dan Unit Tugas-tugas Khas.

Untuk pejalanan program, aku takde masalah apa-apa, aku boleh buat kerja aku dan aku boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja cuma ada sedikit komen aku tentang pelantikan AJK untuk program ini. Majoriti untuk AJK ini adalah pelajar tahun 1 dan 2. Mereka ini masih baru dan perlu banyak dilatih lagi. Kalau pelajar tahun 1 ini diberikan jawatan AJK biasa, aku tiada masalah sebab pada aku itu yang sepatutnya.

Pelajar tahun 1 diberikan jawatan tinggi dalam program. Pada aku, ini kurang sesuai untuk program besar seperti ini. Pelajar tahun 1 sepatutnya menjadi AJK biasa. Mereka ini sepatutnya mengetahui apa yang berlaku pada peringkat bawahan program, merasa penat lelah dari segi fizikal, bercampur dengan pelajar/peserta dan sebagainya. Pendek kata, mesti mengetahui tentang akar umbi terlebih dahulu.

Bila dah masuk tahun 2, barulah boleh dilantik menjadi ketua unit, timbalan pengarah, timbalan bendahari dan sebagainya (jawatan yang dikira sebagai middle management). Dari sini, mereka akan belajar tentang serba sedikit pengurusan tetapi belum sampai kepada tahap 'desicion maker'. Pada tahap kedua ini, mereka sudah mengetahui masalah akar umbi dan boleh menyelesaikan sebarang masalah yang tidak terlalu besar.

Akhir sekali, bila dah masuk tahun 3, barulah mereka ini mempunyai pengalaman dan ilmu yang secukupnya untuk berada pada tahap 'desicion maker'. Mereka ini sudah matang dan boleh membuat keputusan sendiri serta bertanggungjawab dalam hal-hal yang lebih besar seperti perasmian ataupun penajaan. Mereka ini yang akan keluar mengadap 'pembesar-pembesar' diluar sana untuk menjayakan program ini.

Aku tak kata bahawa pelajar tahun 1 tidak layak, tetapi aku lebih percaya kepada peribahasa "Pengalaman adalah guru terbaik" dan juga "Orang tua lebih makan garam". Bila kita dah berada tahap tertinggi pada tahun 1, apa yang kita nak buat pada tahun 2 dan tahun 3? Adakah mereka yang pernah memegang jawatan tinggi sebelum ini sesuai menyertai program lain dan dijadikan sebagai AJK biasa? Amat rugi sekiranya orang yang berpengalaman seperti ini hanya sekadar menjadi AJK biasa sahaja. Lastly, akan jadi monopoli jawatan, asyik dia je yang jadi pengarah.

Apa pun, aku harap, untuk program ini, semuanya boleh berkerjasama dengan baik. Carilah pengalaman yang sebanyak mungkin dalam program seperti ini. Pelajar junior mesti menghormati pelajar senior dan pelajar senior mesti membimbing pelajar junior, barulah organisasi kita mantap sekaligus boleh menjadikan program ini berjaya. Insyaallah....



Wednesday, February 16, 2011

INVENTIONS AND INNOVATIONS...


14 Rabbiul Awal 1432 Hjriah. Invention and Innovation. Dua perkataan yang berbeza serta membawa maksud yang berbeza walaupun ianya hampir sama maksudnya. Dari kefahaman aku yang cetek ilmu ini, Invention adalah kita menciptakan/menemukan sesuatu yang baru, mencipta sesuatu yang masih belum wujud lagi manakala Innovation adalah kita menambahbaik sesuatu yang sudah ada menjadikan seolah-olah sesuatu yang baru.

Sebagai contoh mudah, Alexander Graham Bell boleh dipanggil sebagai Inventor (orang yang telah mencipta sesuatu yang baru) iaitu telefon. Pada waktu itu, tiada lagi telefon, maka, beliau telah membuat suatu invention. Pada hari ini, telefon bukan sahaja banyak dipasaran malahan di combine dengan kamera lagi. So, kombinasi telefon dan kamera menjadikannya telefon berkamera, then telefon berkamera itu dipanggil sebagai innovation (asalnya telefon je, tapi ditambahbaik dengan kamera).

Begitu juga dengan Desktop -> Laptop -> Notebook -> Tablet. Desktop itu adalah suatu invention, manakala Laptop, Notebook dan terbaru iaitu Tablet adalah innovation. Daripada Desktop itulah, munculnya laptop sehingga tablet. Dengan kata lain, amat susah untuk mencipta menghasilkan sesuatu yang dipanggil invention dan agak susah juga untuk menghasilkan sesuatu yang dipanggil innovation.

Dari sebesar-besar saiz Desktop kepada sekecil-kecil Tablet, dari seberat-berat motherboard kepada seringan-ringannya, dari berjela-jela wayar telefon kepada tanpa wayar, siap dengan teknologi 4G dan GPS lagi, hampir semuanya adalah innovation.

Itu dari segi teknologi. Dari segi makanan pun sama. Siapa pernah makan Ais-Krim Goreng? Ais-Krim adalah invention pada waktu zaman dahulu tetapi untuk membuatkannya boleh digoreng, ianya memerlukan innovation. Asalnya ais-krim itu sudah lama wujud, tetapi ais-krim goreng masih agak baru (zaman aku kecik dulu masih belum ada ais-krim goreng).

Amat jarang kita tengok dunia sekarang ini mengalami revolusi invention. Sudah banyak perkara dan benda yang sudah dicipta. Apa yang tinggal adalah bagaimana untuk kita menambahbaikkan benda yang sudah ada itu seterusnya menghasilkan sesuatu yang berinovasi. daripada sebesar-besar ciptaan zaman dahulu kala sehingga sekecil-kecil ciptaan zaman sekarang, semuanya amat susah untuk dihasilkan.

Apa yang aku ingin katakan disini adalah amat susah untuk kita menghasilkan sesuatu yang ternyata baru (invention). Kalau ada antara kita yang kreatif dan inovatif, dapat membuat pembaharuan (innovation) itu pun sudah cukup hebat. Kalau ada yang boleh meng'inovasi'kan sesuatu perkara itu seterusnya membuat paten serta komersil, sudah tentu amat kaya raya orang itu. Kalau orang itu seorang pensyarah biasa, telah membuat suatu inovasi, tentu dah boleh dapat title Prof. atau sekurang-kurangnya Prof.Madya (apa pun inovasinya mestilah inovasi yang diiktiraf, bukan sekadar syok sendiri)

So, jangan silap faham lagi tentang dua perkara ini dan jangan ingat senang untuk seseorang itu membuat innovation ye. Oh ye, aku mengutarakan soal Invention dan Innovation ini sebagai jawapan kepada komen ini:

Anonymous said...
sy pernah bekerja di zull design...pendapat saya ciptaannye kebanyakan..tidak bertaraf antarabangsa..kebanyakkan meniru paten dan hanya mengubah sedikit sahaja...ini bukan ciptaan n inovasi...hanya biasa shj...

Anonymous said...
sesiapa yang pernah berkerja dengan beliau pasti anda merasa gah..tetapi hakikatnye biase je...ciptaaanye biase shaja...dan kampung...


So, pada pendapat saya, mungkin pembaca Anonymous ini kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan inovasi. Sebarang penambahbaikan yang bermanfaat yang masih belum dibuat adalah juga inovasi. Saya sedar bahawa Zull Design bukanlah seorang Inventor tetapi setidak-tidaknya dia adalah seorang Innovator. Ini adalah pendapat peribadi saya secara jujurnya. Apa yang diciptanya sememangnya terkenal walaupun tidak mencapai tahap global.

Mesti ada yang menganggap saya membela Zull Design kerana beliau banyak membantu saya, tidak. Saya tidak membela beliau dan saya juga tidak menyalahkan Anonymous. Apa yang saya pelajari dalam Sarjana Keusahawanan Teknologi Malumat saya ini, pensyarah saya ada mengatakan bahawa, amat susah untuk menjadi dan melahirkan Inventor tetapi kalau mereka para pensyarah dapat melahirkan Innovator pun, itupun sudah cukup membanggakan.

Dalam kelas, kami diajar untuk melihat paten-paten produk yang sedia ada. Daripada paten-paten ini, kami dikehendaki mencari dan membuat analisis tentang dimana kelemahan/kesilapan/peluang penambahbaikkan yang boleh dibuat. Hasil penambahbaikkan itu, kita memanggilnya sebagai Innovation, bukan Invention kerana kami tidak mencipta sesuatu yang masih belum wujud, kami cuma menambahbaikkan sahaja. Untuk menuju ke tahap antarabangsa, ianya bukan perkara mudah.

Lihat sahaja hasil ciptaan universiti-universiti tempatan kita. Banyak produk-produk yang diinovasikan tetapi tidak tercapai di peringkat antarabangsa kerana untuk ke tahap itu, banyak perkara yang mesti dibuat. Pendaftaran paten, pembandingan produk kita dengan produk lain diseluruh dunia (biasanya kalau Malaysia mengambil masa 3-5 tahun) dan peredaran teknologi yang semakin pantas.

So, kepada Anonymous, saya harap anda faham dengan apa yang dimaksudkan dengan inovasi seterusnya tidak lagi mengatakan bahawa ciptaan Zull Design bertahap kampung. Hargailah individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif seperti Zull Design itu...



MENGUNCI RUMAH ALLAH...


13 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini, aku ingin berkongsi satu kisah yang pada pandangan aku mungkin ada yang boleh diambil pengajarannya, sebuah kisah yang benar yang berlaku kepada aku dan kawan-kawan sewaktu kami sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan bebaru ini.

Ok, masa itu, kami ada empat orang, lelaki bertiga dan perempuan seorang iaitu wife kawanku. Kami bertolak untuk pulang ke Kelantan time tu then singgah di Kuantan untuk mengambil sedikit barang untuk keperluan suami isteri tersebut. Masa tu dah nak dekat masuk Isya' dan kami membuat keputusan untuk berhenti solat Maghrib serta Isya' terus lalu singgah di sebuah surau. Aku tak ingat nama surau tu lagipun time tu hujan yang agak lebat jugaklah.

Then time kami nak ambil wudhuk, azan Isya' berkumandang. Time tu aku masuk ke tandas surau. Dalam tandas tu, bau nya.... fuh... menusuk kalbu dan cukup untuk membuatkan untuk orang muntah. Aku bertahan kejap kat dalam tu then dah selesai 'urusan' aku, terus cepat-cepat keluar. After that, Alhamdulillah.... sempat berjemaah sekejab dengan jemaah surau tu. Apabila semua jemaah dah pulang, kami meneruskan solat, yelah Jama' dan Qasar kan.

Time tamat solat tu, yang ada cuma seorang jemaah sahaja yang menunggu dipintu. Rupa-rupanya pakcik tu sedang menunggu kita cepat-cepat pulang sebab dia nak kunci surau tu. Bila kami lalu je depan pakcik tu, dia pun cakap: "Surau ni kena kunci dik, kalau tak masuk pencuri", ujarnya. Seorang kawanku cakap: "Oo.....", kira tanda faham la tu.

So, dalam kereta yang masih meneruskan perjalanan, aku teringat akan situasi yang sama berlaku di surau kampungku iaitu surau dimasuki pencuri yang mencuri jam, mikrofon dan selipar tandas pun menjadi mangsanya. Tapi tindakan AJK kampung aku bukan dengan mengunci surau seperti yang dilakukan oleh pakcik tadi.

AJK kampung aku berusaha untuk menangkap pencuri tersebut dan Alhamdulillah.... 2 minggu selepas kes kecurian itu, dapat tangkap pencuri tu. Kes kedua berlaku lagi dan dalam seminggu sahaja, dapat tangkap juga. tahniah kepada AJK kampung aku, tak perlu menyusahkan pihak polis untuk menangani gejala kecurian dikampung, cukup dengan orang kampung bergotong-royong buat syif setiap malam. Bangga aku jadi warga kampung walaupun aku jarang pulang.

So, pada aku, untuk menangani masalah kecurian dalam masjid, tangkaplah pencuri tersebut dan bukan dengan mengunci masjid itu. Jika masjid itu dikunci, kasihanlah pada orang bermusafir seperti kami ini. Kalaulah kami singgah agak lewat di surau tersebut, sudah tentu kami terpaksa patah balik dan mencari surau lain untuk menunaikan solat sebab surau itu dah berkunci. Kenapa perlu dikunci surau tersebut...

Mengunci surau itu diibaratkan kita ingin menyelesaikan satu masalah dengan menimbulkan masalah lain. Surau dikunci, musafir tak boleh bersolat dah tetapi pencuri still berleluasa. Nak bunuh nyamuk tapi kita bakar kelambu. Bila surau selalu dikunci, tak ada sesiapa yang boleh masuk dan tak ada sesiapa yang sudi membersihkan tandas surau tu yang baunya tahap boleh memuntahkan manusia.

Kata orang Islam tapi tak jaga kebersihan. Kalau orang luar/musafir yang macam aku ini datang dan tengok tandas surau, agak-agak apa persepsi aku terhadap sikap penduduk kampung? Aku ok lagi la kan, kalau pelancong muslim datang , macamana? Mesti mereka beranggapan bahawa umat Islam di negara ini bersikap pengotor. Kita mesti ingat bahawa masjid adalah 'Rumah Allah'. Rumah Allah sepatutnya di meriahkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, perbincangan, pembelajaran dan sebagainya.

Rumah Allah patut dipenuhi dengan jemaah dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Tidak sekadar menjadi tempat untuk menunaikan solat, tapi jadikannya sebagai satu tempat untuk berkumpul, bermesyuarat, menyampaikan ceramah agama, bertadarus dan sebagainya. Ada sesetengah masjid itu aku tengok, orang nak tidur dalam masjid pun tak bagi, katanya tak boleh tidur dalam masjid.

La.... kalau masjid tak boleh tidur, kasihanlah pada para musafir dan orang miskin yang lain. Benarkanlah mereka tidur di dalam masjid asalkan ianya tidak mengganggu orang lain dan tidak membuat perkara yang tidak baik. Itu rumah Allah, apa hak kita untuk menghalau orang lain? Apa hak majlis perbandaran untuk tidak membenarkan orang musafir/miskin tidur di masjid? As long as mereka tidak merosakkan harta benda awam, okla. izinkanlah mereka tidur dalam masjid, apa salahnya... bila dah azan, mesti mereka bangun dan ini secara tidak langsung telah menambahkan bilangan jemaah.

Masjid bukan sahaja tempat untuk bersolat. Zaman Nabi Muhammad SAW telah menjadikan masjid sebagai 'one stop centre' la untuk melakukan apa-apa aktiviti. Kiranya time tu masjid ni 'hidup' la, tidak macam masjid sekarang, takde apa pun, ibarat 'mati'.

So, sempena Maulidur Rasul kali ini, janganlah setakat kita berarak sambil berselawat sahaja untuk hari itu, marilah kita sentiasa memeriahkan masjid, memeriahkan rumah Allah. Semoga Maulidur Rasul kali ini boleh menjadikan kita lebih kerap untuk mengunjungi rumah Allah itu. Insyaallah....



Friday, February 4, 2011

PROGRAM CTAP FASA 1...


12 Rabbiul Awal 1432 Hijrah. Alhamdulillah... dah 2 minggu kita masuk bulan baru. Hari ini aku nak berkongsi pengalaman tentang kursus yang telah aku hadiri bebaru ni iaitu CTAP IDEA GENERATION WORKSHOP kat Port Dickson selama 3 hari. Aku pergi kesana dengan beberapa orang kawanku dengan kenderaan universiti. Diorang yang manage, aku ikut jelah. So, bertolak pd 30hb Jan sehingga 2 Feb.

Ok, actually kursus ini adalah untuk membantu menambahkan idea, mewar-warkan tentang geran2 perniagaan yang ada dan beberapa perkara yang berkaitan dengannyalah. Seramai 30 orang (lebih kurang la) yang terpilih untuk menyertai program ini. So first day kitaorang sampai tu, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat sebab cuaca hujan, cadangnya nak mandi pantai tapi apakan daya, cuaca tidak mengizinkan.

Hari kedua bermula dengan ice-breaking, pengenalan kepada program dan pembahagian kumpulan. Aku actually dah join program seumpama ini rasanya dah 3 kali tapi yelah, just untuk tambahkan network, cambahkan idea serta tambah berat badan sebanyak 3 kilogram (sekilo sehari) sebab makan percuma kan...

Apa yang menarik tentang program kali ini ada 2 perkara iaitu peserta kali ini datang daripada pelbagai bidang. Ada bidang kejuruteraan, ada tukang masak, ada yang buat bekam, ada yang kerja kat Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada kartunis, ada 'grant hunter', ada pensyarah, ada pelajar (termasuk aku) dan sebagainya. So memang variety la peserta-peserta kali ini. Sebelum ini, kalau buat kat universiti, semua student dengan pensyarah je.

Bila kita bercampur dengan orang dari pelbagai latar belakang ni, otak kita akan bertambah kreatif, lebih memahami cara kerja mereka, boleh mempelajari ilmu lain yang tiada di ajar di universiti dan sebagainya. Pada aku, yang paling penting adalah kita boleh membina network bersama. Dengan network inilah kita boleh berkembang lagi.

Sebagai contoh, untuk first day sahaja, bila dah kenal2 dengan peniaga-peniaga ini (kebanyakkan dari mereka memang dah berniaga), aku berjaya deal dengan 2 orang dari mereka untuk sama-sama menyertai Pesta Konvokesyen ke-46 di UTM nanti. Mereka ini peniaga restoran dan peniaga tudung wanita. Ok ar, dapat la jugak sedikit komisyen untuk aku nanti kan, ok la tu.

Perkara kedua adalah bila berkumpulnya orang dari pelbagai latarbelakang, idea yang dicurahkan pun amat berbeza-beza. Biasanya geng2 aku dari sains komputer je, then idea pun tak jauh sangat daripada ruang lingkungan sains komputer, tapi kali ini berbeza. Ada kejuruteraan, ada kartunis dan sebagainya. Maka timbullah idea-idea seperti nak buat komik digital, nak buat aplikasi pengawalan hardware, aplikasi mobile, aplikasi urutan tradisional dan sebagainya.

Time buat Brains Storm je, penuh dengan idea-idea gabungan ini. Sebagai contoh, penjual restoran dengan student IT, penjual restoran mahir tentang cara-cara mengendalikan restoran dan student IT pulak mahir buat games, maksa hasilnya, muncul idea untuk membuat aplikasi pengurusan restoran. Ha, nampak tak? Asalnya just kemahiran yang ada dalam diri masing-masing je, sorang mahir pengurusan dan sorang mahir komputer tapi bila combine, boleh menghasilkan idea yang bagus.

So dalam program ini, banyaklah yang diterangkan tapi ianya lebih kepada idea sahaja, lebih kepada untuk menghasilkan idea yang asas terlebih dahulu. Then untuk fasa kedua nanti, hanya idea-idea yang nampak berpotensi untuk dibangunkan sahaja yang akan dipanggil. Kiranya ini next round la, kalau idea ok, baru boleh masuk ke next round.

So, kat sini aku masukkan beberapa gambar untuk tatapan, nampak dalam gambar, lebih banyak enjoy daripada belajar... hehehe....


Gambar1: Ice-Breaking


Gambar2: Perbincangan berkumpulan


Gambar3: Mandi pantai


Gambar4: Naik 'Banana Boat'


Gambar5: Ramai-ramai bergambar untuk kenangan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...