Friday, September 30, 2011

KASIH IBU TIADA PENGHUJUNGNYA...


2 Zulkaedah 1432 Hijriah. Ok, kali ini aku just ingin berkongsi satu kisah tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kisah ini aku baca kat FB dan just copy paste sahaja. Thanks kepada owner asal artikel ini iaitu Md Zahki Md Hussein. Semoga artikel ini dapat memberi seribu satu pengajaran kepada semua.

-----------------------------------------------------------------------------

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.



-----------------------------------------------------------------------------

Kasih ibu tiada penghujungnya.... :'(


Thursday, September 29, 2011

KONSEP SYUKUR...


1 Zulkaedah 1432 Hijriah. Ok, hari ini aku takde apa sangat untuk bercerita tentang diri aku, aku just ingin berkongsi tentang konsep syukur. Bukan apa, sekarang ini aku tengok umat akhir zaman ini semakin lama semakin kurang rasa syukur mereka. Itu perkara biasa kita dengar dengar tapi pernahkah kita mendengar istilah 'syukur tak bertempat'?. Ok, topik syukur tak bertempat inilah yang aku ingin kongsikan.

Syukur adalah berasal dari akar yang sama kalimat Syakara dan Syakur yang membawa kepada terima kasih dan syukur. Ada lebih 60 (tak silap aku rasanya 69) perkataan syukur/terima kasih dalam Al-Quran (kalau salah tolong betulkan ye). So, pendek kata, samada kita berada dalam keadaan senang atau susah, kita mesti sentiasa bersyukur.

Actually, kita memang disuruh bersyukur dengan apa yang berlaku tetapi syukur juga berkait rapat dengan sabar dan memang diketahui umum bahawa sabar itu juga ada limitnya. Setiap orang ada had dan batasnya apabila bersabar. Maka konsep syukur dan sabar ini mesti kita faham betul-betul. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan asbab-musababnya dan semuanya atas izin-Nya.

  1. Ada orang yang ditimpa bencana alam, memusnahkan segala harta benda dan nyawa, tetapi tetap bersabar dan bersyukur. Bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan nyawa untuk bertaubat dan lebih berusaha membuat kebaikkan lagi. Jika kita berubah, Alhamdulillah...
  2. Ada orang yang sakit tenat tetapi tetap berusaha untuk mencari nafkah menggunakan empat kerat tulangnya. Bersabar menahan sakit dan masih bersyukur kerana masih berkemampuan untuk mencari sesuap nasi. Jika kita berjaya, Alhamdulillah...

Dua contoh ini adalah contoh yang bagus untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT tetapi bagaimana dengan situasi begini:

  1. Hak kita dinafikan, diambil, diragut, dicuri, dirompak dan sebagainya. Kita mengenali juga orang yang melakukan kejahatan terhadap kita. Jadi adakah kita just ingin berdoa agar syukur bahawa kita masih hidup, syukur kerana orang itu tidak membunuh kita dan sebagainya?
  2. Harga barang meningkat, kos sara hidup meningkat, tanggungjawab menjaga anak-anak dan keluarga semakin tinggi dan kita semakin tertekan. Kita tahu punca-punca masalah tersebut dan adakah kita dikatakan masih tidak bersyukur sekiranya kita marah atas apa yang berlaku?

Apa yang difahami oleh kebanyakkan orang adalah kita hendaklah bersyukur atas apa yang berlaku. Bersyukur atas apa yang berlaku secara sewenang-wenangnya dan tidak berusaha untuk mengubah sesuatu pekara itu adalah salah, sudah bukan kategori bersyukur namanya. Yes, kita mesti bersyukur atas apa sahaja yang berlaku tetapi itu tidak bermakna kita tidak melakukan apa-apa, hanya berdoa semata-mata, ianya tidak mencukupi.

Imam Ghazali dalam Ihya' Ulum Al Diin menyatakan bahawa syukur itu ada 3 elemen iaitu ilmu, perasaan dan amal. Ilmu itu pula dipecahkan lagi kepada 3 bahagian iaitu ilmu tentang nikmat itu sendiri, ilmu tentang siapa yang memberi nikmat itu dan ilmu tentang siapa yang mendapat nikmat tersebut.

Dalam konteks ini, kita kena tahu bahawa Allah SWT memberikan sesuatu nikmat kepada kita dan sesetengahnya adalah melalui perantaraan orang lain, melalui pemimpin, melalui pokok, melalui haiwan dan sebagainya (perantaraan itu tidak membawa maksud yang syirik tau, jangan salah faham). Nikmat itu adalah amanah yang diberikan kepada orang lain untuk disampaikan kepada kita atau direct kepada kita. Itu ilmu yang dimaksuskan dalam konteks ini.

Perasaan itu lebih merujuk kepada menghargainya. Kita menghargai apa yang kita ada. Kita menghargai apa yang masih kita punyai. Kita cuba menjaganya sebaik mungkin, cuba menjaganya sedaya upaya kita. Amal pula adalah kita mempertahankan dan meng improvekan akan apa yang diperolehi. Ianya bukan sekadar duduk bersandar didinding dan berkata, syukur....

Itulah persoalan utama yang terus membawa kepada isu syukur tidak bertempat. Nikmat itu adalah hak kita, Allah SWT yang memberikannya kepada kita (bukan pemimpin yang bagi, pemimpin hanya perantaraan sahaja) tetapi kita tak dapat merasai nikmat itu. Apakah itu juga sesuatu yang mesti kita syukuri?

Kalau itu juga kita mesti syukuri, bermakna kita bersyukur secara membabi buta. Cuba tengok situasi ini:

  1. Kita kena sepak dengan rakan (dibuli dengan tak semena-mena), kita bersyukur kerana rakan tak sepak dan tumbuk sekali lagi. Kita tetap bersyukur dan tidak mengambil sebarang tindakan keatas kawan kita itu. Semakin hari semakin teruk kawan kita membuli kita namun atas dasar syukur (konon-kononnya), kita biarkan sahaja, just doa supaya dia berubah sedangkan tiada usaha dilakukan keatasnya.
  2. Kita diculik dan dirogol. Selepas itu dibuang ditepi jalan. Kita bersyukur kerana perogol itu tidak membunuh kita. Minggu depan, kita dirogol lagi oleh orang yang sama dengan modus operandi yang sama. Kita bersyukur dan biarkan sahaja, just berdoa supaya perogol itu insaf sedangkan kita langsung tidak berusaha untuk membuat laporan polis.
  3. Rumah kita dimasuki perompak, banyak harta benda kita dirompak. Kita bersyukur kerana masih ada rumah, perompak itu tidak merompak dengan rumah-rumah kita sekali. Bulan depan rumah kita dicerobohi lagi. Kita bersyukur dan biarkan sahaja orang itu merompak sambil berdoa agar perompak itu insaf sedangkan kita tidak berusaha untuk menghubungi polis.

So, tiga contoh diatas adalah contoh konsep syukur yang salah. Dah nampak maksud dan konsep syukur yang sebenarnya? Adakah disebabkan oleh rasa syukur yang teramat sangat, maka kita membiarkan sahaja sesuatu yang buruk berlaku? Konsep syukur mengajar kita supaya mempertahankan apa yang kita miliki dan berusaha untuk kearah yang lebih baik lagi. Ibarat kita dapat rezeki duit, lalu kita bazirkan dengan membeli rokok, adakah itu syukur namanya (syukur kerana dapat hisap rokok?)

Disini aku simpulkan konsep syukur yang sebenar, konsep yang dianjurkan oleh Islam yang seringkali disalahertikan oleh masyarakat kita. Konsep syukur yang sebenar adalah:

Berterima kasih, menghargai dan menggunakan sepenuhnya nikmat tersebut sesuai dengan kehendak Allah SWT, that's all. The keywords is Berterima kasih, Menghargai dan Menggunakan apa yang diperolehi mengikut ajaran Islam. Jika tiada salah satu elemen ini, itu bermakna kita tidak bersyukur.

Harap after this kita tidak tergolong dalam golongan orang yang bersyukur tak bertempat dan jangan pula kita kufur dengan nikmat Allah SWT. Kita dipukul, dihina dan dipijak tetapi kita mendiamkan diri sahaja adalah salah dari konsep syukur. Kita masih terselamat dari bencana alam tetapi tidak berusaha untuk memulakan hidup yang baru, sekadar berdoa sahaja adalah salah dari konsep syukur.



Saturday, September 24, 2011

MENCARI JANJI SAHABAT...


26 Syawal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... dah hampir kita ke penghujung Syawal. Harap sesiapa yang belum menghabiskan puasa 6 tu, cepat-cepatlah habiskan, banyak pahala jika kita berpuasa 6. Ok, untuk kali ini, aku actually takde isu yang ingin dikongsikan, just ingin bercerita tentang beberapa perkara yang berlaku kepada aku semenjak dua menjak ini.

Entahlah, dari mana aku ingin mulakan cerita ini. Mungkin sejak bulan Mei 2011 agaknya. Aku ada plan untuk buat something yang pada aku cukup berfaedah bukan sahaja untuk diriku, malahan untuk rakan-rakan seperjuangan semua. Selepas aku berbincang dengan 2-3 orang rakan, kami bersetuju dengan plan tersebut.

Bermulalah pengembaraanku dengan niat untuk membantu. Pada mulanya tiada sebarang masalah. Pergi jumpa orang A, si A berjanji untuk membantu. Jumpa si B, si B berjanji untuk membantu, begitu juga dengan si C, D dan sebagainya. Pendek kata, masing-masing menyokong dan ingin memberi bantuan untuk menjayakan rancangan tersebut.

Macam-macam aku buat. Pada mulanya, just berdua sahaja (aku dan kawanku, dia student praktikal tapi aku lebih menganggapnya sebagai kawan berbanding student praktikal). Dua orang inilah yang banyak menggerakkan perancangan kami. Dari surat, proposal, keluar ke KL mencari penajaan, menyertai program lain just semata-mata untuk mempromosikan program dan sebagainya. Walaupun kawanku ini ada karenahnya yang tertentu, namun aku tiada masalah.

Masalah mula timbul bila kawanku ini sudah tamat latihan praktikalnya menjadikan aku keseorangan. Aku cuba kembali menghubungi kawan-kawan lain yang sudah berjanji untuk menghulurkan bantuan dulu, namun sifat manusia sememangnya mudah berubah. Masing-masing dengan alasan tertentu. Sibuk, ada program lain, takut tak dapat bagi komitmen dan sebagainya antara alasan popular. Malahan siap ada bagi alasan untuk mencabar kononnya ingin melihat aku cuba sendiri, cuba berdikari, tanpa mengharapkan orang lain.

Selepas itu, timbul pula masalah kewangan. Sebelum ini aku menggunakan duit ku sendiri, duit poket sendiri. Pada mulanya aku tak bimbang kerana sudah ada kelulusan budget, walaupun sedikit, at least tetap ada jugak. After that, perbelanjaan melangkaui jangkaan. Duit tidak mencukupi.

Sekali lagi aku cuba memohon pertolongan kawan-kawan, namun jawapan mereka lebih mengecewakan. Aku cuba berikhtiar lagi, cuba memunggut hutang piutang dari kawan-kawanku (mereka yang berhutang dengan aku, so aku nak collect semula duit aku). Ada yang telah berhutang dari semester lepas lagi tapi belum membayarnya. Apa yang lebih menyedihkan, ada antara mereka tidak langsung membei respond. Call tak angkat, SMS tak reply. Aku makin terhimpit.

Actually ada sesetengah problem dalam perancangan ini adalah berpunca daripada pihak lain. Aku rasanya dah cuba buat kerja seawal mungkin, takut tak jadi jika buat last minit. Bila aku buat awal, orang kata terlalu awal pula, tunggu dulu, masa masih banyak. Bila dsah dekat masanya, mulalah mereka kalut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Bukan aku tak follow up, rasanya dah beratus duit kredit telefonku habis semata-mata untuk proses follow up. Biasalah, orang berkerja ni, tak buat kerja pun gaji still masuk setiap bulan, so buat apa nak risau kan? Agaknya itulah sebab banyak masalah karenah birokrasi di pejabat.

Masalah makin bertambah. Selepas satu hal, timbul satu hal. Apabila kawanku yang buat praktikal itu berhenti, ada sesetengahnya yang tergantung separuh jalan menjadikan aku terpaksa bermula dari awal. Itu yang membuatkan aku semakin sibuk, seolah-olah kerja yang dilakukan awal-awal itu terpaksa dilakukan sekali lagi, menjadikannya seolah-olah aku baru bermula dalam keadaan yang serba suntuk.

Aku membuat plan ini untuk membantu golongan yang senasib dengan ku. Banyak pihak yang telah aku berjumpa untuk memohon sumbangan tapi bukan sumbangan yang aku perolehi. Hinaan dan kejian serta tuduhan liar yang aku perolehi. Aku dikatakan mementingkan diri, tidak ikhlas, just nak glamour dan sebagainya. Ada juga pihak yang menghina kerja yang aku lakukan ini... Takpe, aku harap aku masih mampu bersabar...

Masa semakin suntuk, aku cuba mendapatkan beberapa orang lain lagi untuk membantu. Alhamdulillah.... ada yang masih sudi membantu disaat-saat akhir ini. Dapat juga aku membahagi-bahagikan tugasan kepada mereka. Terasa sedikit lega... Alhamdulillah...

Namun, masalah masih banyak lagi. Aku cuba untuk untuk mencari alternatif. Alhamdulillah... ada juga yang berkesan dan berjaya. Ada juga insan yang bersimpati dan bersedia untuk menolong. Harap insan-insan ini tidak memungkiri janji mereka...

Doakan agar aku dapat mengatasi segala masalah yang timbul ini pada masa yang sepatutnya... Insyaallah...



Monday, September 19, 2011

STATUS SEKARANG...


21 Syawal 1432 Hijriah. Ok, ini adalah post kedua aku dalam hari ini. Jika tadi aku memberi komen terhadap movie Hantu Bonceng, so untuk post kedua ini aku just ingin menceritakan serba sedikit tentang status aku sekarang. Aak ramai kawan-kawanku yang bertanyakan status aku especially apa yang aku buat sekarang, dah kerja atau belum, future planning dan sebagainya.

So, dalam post kali ini juga aku ingin bercerita tentang sebab musabab kesibukkan aku dalam seminggu dua ni. Yelah, dah agak lama tak update blog kan, taktau apa cerita/perkembangan terbaru.

Aku sekarang baru sahaja mendaftar untuk menjadi pelajar semula di Universiti Teknologi Malaysia, (universiti kesayangan aku ni, hehehe...) dalam bidang Doktor Falsafah (Sains Komputer). Tempoh pengajian aku adalah 3-4 tahun (harap dapat tamat on time atau lebih awal lagi). Aku start register after raya bebaru ini.

Aku buat research dalam bidang bahasa isyarat dan melibatkan mobile computing. So, aku sekarang back to programming semula after berhenti buat coding semasa buat master sebelum ini. Harap aku still boleh ber 'coding', dah agak lama rasanya tinggal bab-bab programming ni, kalau ada buat pun just simple-simple projek je. Lagipun aku sebelum ni more on website development dan database, then tetiba je move to mobile computing, harap boleh selesaikan.

So, bila dah sambung belajar ni, i need to focus terhadap pengajian aku. Banyak lagi perkara yang belum dibuat seperti permohonan penajaan, nak isi borang mohon geran, nak buat survey dan sebagainya. Memandangkan tajuk pengajian aku more kepada OKU Pertuturan, so kena lebih careful dalam memastikan tidak timbul masalah yang tidak diingini.

Aku juga sekarang ini tengah dalam proses untuk buat program keusahawanan OKU. Simposium Pembangunan Keusahawanan OKU (USAHAKU'11) yang bakal diadakan pada 10-14 Oktober 2011. Sekarang ni tak sampai sebulan lagi program tu berlangsung tapi masih ada beberapa perkara yang tak selesai, so maybe aku akan sibuk sikit seminggu dua nanti.


Gambar1: Flyer USAHAKU'11


Program ini adalah kali kedua selepas pada tahun lalu dah dibuat. Tempatnya masih sama iaitu di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Tarikhnya adalah pada 10-14 Oktober 2011 dan pada 13hb tu, Insyaallah ianya akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

Banyak aktiviti yang berlangsung dalam program ini seperti Business Idea Talk, motivasi keusahawanan OKU, tips mohon geran, Sepetang bersama Zull Design Autotronic, pameran produk, gerai jualan, kempen derma darah dan sebagainya. Fokus kepada golongan OKU, belia, pelajar, usahawan dan juga ibu bapa. Beberapa pertandingan juga diadakan seperti pertandingan melukis, pertandingan mewarna, chess dan banyak lagi.

AJK untuk program ini pun masih lagi kurang. Tak ramai AJK yang nak join untuk kali ini, maybe timing program yang kurang sesuai agaknya. Dari segi penajaan wang, aku cukup berdukacita. Tak banyak yang diperolehi untuk kali ini. Sometimes rasa nak marah pun ada. Apa pun, program tahun ini memang banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi. Nanti aku akan try buat post yang khas untuk program ini.

Dari segi business pulak, sekarang ini dah agak slow. Aku dah tiada hak untuk menyewa Student Mall (lot kedai dalam kampus khas untuk student berniaga) tu memandangkan ada undang-undang baru yang mengatakan bahawa student postgraduates tak dibenarkan menyewa. So, aku dan kawanku dah move semua barang-barang dan peralatan dari kedai sewa aku dulu tu. Situasinya takdelah teruk sangat sebab takdelah berhutang apa-apa pun, just tiada kedai dan aktiviti business yang semakin berkurangan.

Aku sekarang ini juga ada mempromosikan fanpages Sahabat OKU Malaysia kat dalam Facebook aku. Ini adalah plan jangka masa panjang aku untuk membina jaringan network baik dari segi komunikasi, perniagaan mahupun aktiviti komuniti. So, harap kalau ada pembaca blog ini yang masih belum klik 'Like', harap boleh memberikan sokongan anda semua ye.


Gambar2: Pages Sahabat OKU Malaysia


So, aku rasa cukup setakat ini sahaka aku update status terkini aku. Harap after this semakin kuranglah orang bertanya tentang status ini. Sebelum ini, jika ada orang tanya apa aktiviti aku sekarang, aku just cakap main-main je macam montelkan perut, jadi penganggur terhormat, lepak melepak, stay kat kampung dan pelbagai alasan lagilah. Saje je cakap macam tu, just nak bergurau, hehehe...



KOMEN MOVIE HANTU BONCENG...


21 Syawal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... sempat gak update blog hari ini. Ok, dah tengok movie Hantu Bonceng lakonan Zizan yang telah berjaya memungut RM 5 juta dalam masa 5 hari? Aku dah tengok dah movie ni then i think ada beberapa perkara yang rasanya patut dipertimbangkan/difikirkan kembali serta diambil pengajaran daripada movie tersebut.


Gambar1: Poster movie Hantu Bonceng


Melakonkan watak sebagai seorang penghantar (delivery boy) produk makanan, movie dimulakan dengan Zizan melakukan adegan lumba haram dan mengalami kemalangan. Hasil kemalangan itu, hantu perempuan itu terus menganggunya serta pelbagai cara dibuat untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Akhirnya terbongkar satu konspirasi oleh musuh-musuh Zizan, begitulah lebih kurang ceritanya.

Sebelum ini dah ada aku tengok kat FB tentang komen penonton yang kurang berpuas hati terhadap kononnya ada isu penghinaan terhadap kalimah syahadah, nasihat yang terpesong, budaya buruk melayu dan sebagainya. Hari ini ada member aku yang komen kat FB nya, so aku rasa terpanggil pulak (macam perasan je) untuk turut menyatakan pendapat aku.

Firstly, tahniah diucapkan kepada pengarahnya iaitu Ahmad Idham dalam keberaniannya mengemukakan sebuah filem satira orang melayu, sebuah filem yang cuba untuk menyedarkan orang melayu tentang budaya dan sikap kurang elok mereka. Itu yang terlintas dalam fikiranku terlebih dahulu yang mana rasanya Ahmad Idham maybe berniat baik untuk menyedarkan masyarakat melayu kita.

Namun, yelah, dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Mungkin niatnya sudah elok tapi aksi yang dilakonkan itu tidak menepati kehendak seperti apa yang sepatutnya. Disini aku pun ada beberapa perkara yang ingin disenaraikan tentang perkara yang tidak menepati kehendak tersebut:

1) Menonjolkan sifat happy dan seronok apabila menyertai lumba haram. Ini boleh menggalakkan lagi aktiviti perlumbaan haram. Apa yang tonjolkan adalah aktiviti lumba haram itu menyeronokkan dengan si pemenang akan mendapat 'habuan'. Ini secara tidak langsung boleh menimbulkan minat remaja untuk cuba-cuba menyertai lumba haram dan sealigus berminat untuk mendapatkan 'habuan berzina'.

2) Pelafazan kalimah syahadah oleh Zizan. Ada perkataan yang tidak elok dicampurkan bersama dengan lafaz tersebut menjadikannya berubah maksud yang sepatutnya. Jika tiada perkataan yang tercampur sekalipun, sepatutnya sebutannya mesti diselangkan. Ini berkaitan dengan syahadah, bukan boleh dibuat main-main. Harap Ahmad Idham boleh menelitinya semula.

3) Kata-kata nasihat supaya banyakkan berdoa dan tidak abaikan solat sedangkan after that, si penasihat itu sendiri pergi ke disko. Tak silap aku watu tu adegan awek Ucop (lakonan Zizan) tengah bersedih dan ditenangkan ole awek penjahat tu. Ditenangkan dengan kata-kata nasihat dan jangan lupa bersolat, and then, terus dia pergi ke disko bersama penjahat tersebut.

4) Pewatakkan adik perempuan ustaz itu yang bila bergotong royong, dia memakai pakaian yang baik tetapi bila kat kedai, dia tidak menutup auratnya dengan baik. Ini menimbulkan tanggapan yang tidak elok kerana abangnya adalah seorang ustaz. Diharap, tunjukkanlah sikap dan sifat yang boleh diteladani oleh semua orang memandangkan peranan itu adalah seorang ustaz. Nanti orang bukan Islam akan kata, "Ustaz pun takleh nak betulkan/nasihatkan adik sendiri mengikut ajaran Islam sebenar". So, takkan nak tunggu sampai kes macam itu berlaku kan.....

5) Tindakan perempuan tinggal bersama lelaki dalam rumah tanpa sebarang ikatan yang sah. Disini ada dua kes iaitu Zizan dengan perempuan kampung dan penjahat (tak ingat nama watak tu) dengan aweknya. Dalam kes penjahat dengan aweknya, after ditinggalkan baru menyesal, selagi tak ditinggalkan, selagi itulah mereka berzina (walaupun tak tunjuk berzina, tapi penonton dah boleh faham). Ini memberi kesan buruk terhadap tanggapan gadis remaja sekarang.

Ok, so aku rasa cukup lima perkara terbesar itu yang ingin aku highlightkan. Aku merasakan bahawa filem ini memerlukan pembetulan/penambaikan (tapi yelah, dah release kan, nak buat macamana kan...) untuk masa akan datang terutamanya terhadap Ahmad Idham. Aku pun actually suka dengan En.Ahmad Idham dari segi lakonan dan pengarahan filem-filemnya sebelum ini tapi untuk movie ini, mungkin kurang skit agaknya. Diharapkan agar En. Ahmad Idham dapat memperbaiki mutu lakonan dan pengarahan beliau. Walaupun filem ini melepasi piawaian Lembaga Penapisan Filem dan Finas, i think cerita seperti ini patut diberi lebih kawalan lagi serta turut ditapis oleh ustaz.


Thursday, September 8, 2011

KOMEN WACANA ULAMA POLITIK...


11 Syawal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah selamat kita semua menjalani ibadat puasa dan dah beraya pun kita semua. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Maafkan aku sekiranya aku lambat update blog, ada tersilap kata terkasar bahasa, lambat reply komen, ada meletakkan gambar tanpa izin dan apa-apa ajelah samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Ok, semasa Ramadhan bebaru ini, aku ada menonton (melalui YouTube) satu wacana tentang Ulama Politik yang mana ahli panelnya terdiri daripada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ust. Fathul Bari Mat Jahaya serta dipengerusikan oleh Prof.Madya.Dr.Mohd Asri Zainal Abidin.


Gambar1: Poster wacana


Amat menarik sekali wacana ini dan dikesempatan post ini, aku just ingin menukilkan pandangan aku sahaja tentang wacana tersebut (sebelum ini tak sempat nak buat post tentang ini sebab fokus kepada Nota Ramadhanku). Ada 2-3 perkara yang ingin aku kongsikan pendapat aku tentang wacana tersebut.

Perkara pertama adalah tentang pengiktirafan terhadap ulama yang ditimbulkan oleh Tuan Ibrahim. Ulama sepatutnya mendahului, memimpin dan mebuat keputusan, bukannya menjadi rujukan untuk mengesahkan sesuatu perkara. Sesetengah orang, buat dahulu, then barulah ingin bertanya kepada ulama dan pertanyaan itu bukannya ingin mengetahui benar atau salah perbuatan tersebut, sekadar ingin memperolehi hujah-hujah agama yang menyokong perbuatan tersebut.

Ulama itu hanya dirujuk jika diperlukan, jika ingin mendapatkan hujah-hujah yang menyokong mereka dan ingin mendapatkan pengesahan sahaja. Jika apa yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum, perbuatan itu masih diteruskan dan kata-kata nasihat ulama tidak didengari. Jika perbuatan mereka selari dengan hukum, mereka akan mencanangkan bahawa mereka telah membuat kebaikkan selari dengan tuntutan Islam.

Apa yang membimbangi diriku adalah, sekiranya keadaan ini berterusan (ulama tidak dipedulikan dan hanya digunapakai jika perlu), akan muncul suatu masa/zaman yang mana masyarakat sudah tidak akan menghormati ulama lagi. Masyarakat juga akan lama-kelamaan tidak akan merujuk ulama lagi jika berlaku sesuatu perkara.

Sekarang ini sudah ada tanda-tanda bahawa ulama dipinggirkan, tidak didengari dan sebagainya. Ini bukan sahaja memudaratkan masyarakat malahan turut menjatuhkan maruah ulama serta Islam itu dengan sendirinya.

Perkara kedua adalah, aku menyokong dengan pendapat Tan Sri Harussani yang menyatakan tidak baik kita gelar-menggelar (of course dengan gelaran yang tidak elok). Waktu aku kecil-kecil dulu, ayahku ada memberi nasihat kepadaku, lebih kurang begini katanya, "Kalau kita mengelar seseorang itu, tengok reaksinya. Kalau dia ok, maka tiada apa-apa. Kalau dia marah, terasa hati, sedih dan sebagainya, maka akan dibicarakan diakhirat, tidak kira orang itu dari parti mana-mana sekalipun. Di akhirat, si penggelar akan diberi 'peluang berhujah' kenapa dia menggelar tetapi jika dia tiada hujah/hujahnya tidak kukuh/hujahnya dipatahkan, maka bersiap-sedialah orang tersebut "

Sama dengan kes yang dinyatakan oleh Tan Sri bahawa ada pihak yang menggelarkannya 'anjing' dan beliau tidak memaafkannya/meredhainya. So, pada aku, kalau si penggelar itu mampu behujah secara dalil dan hadis dengan Tan Sri, maka terpulanglah kepadanya untuk membela dirinya di akhirat, errr.... tetapi persoalan aku adalah, ramai ke orang yang mampu berhujah dalil dengan mufti, so?....

Perkara ketiga adalah perkara yang dinyatakan oleh Ust.Fathul Bari yang memberitahu bahawa hukum hudud bukan menjadi keutamaan buat masa ini, perkara utama sekarang adalah meningkatkan Syahadah dikalangan umat Islam. Aku kurang bersetuju dengan alasan tersebut.

".....Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al-Maidah, ayat 44)

Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anah panah yang lepas dari busurnya......." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isunya adalah nak tunggu sampai bila baru ingin ditegakkan hukum Allah SWT? Nak tunggu sehingga nyawa hampir diragut malaikatulmaut? Nak tunggu sehingga matahari berubah arah? Setiap perkara yang diputuskan yang tidak merujuk kepada hukum Islam dipanggil apa? Bolehkan kita mengambil apa yang kita rasakan perlu sahaja dalam menjalani syariat Islam dan meninggalkan apa yang kita tidak ingini? Itu menurut nafsu namanya sesuai dengan ayat ini:

"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) dikalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu" (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Aku tak ingin bercakap dan melibatkan mana-mana parti politik, aku just bercakap tentang ilmu dan hukum Allah SWT sahaja. Mohon maaf jika ada pihak yang terasa hati/marah atas pendapatku ini. Tidak cukupkah dengan bukti-bukti yang ada dalam Al-Quran dan Hadis untuk kita memahami tuntutan Islam.

Seperti juga pengakhiran wacana itu yang keputusannya terletak pada fikiran masing-masing, aku juga ingin menyatakan sedemikian. terpulang kepada pembaca untuk membuat keputusan sendiri tentang wacana dan apa yang dibancangkan ini. Semoga kita semua mendapat barakah daripada Allah SWT....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...