Saturday, December 24, 2011

DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...


14 Rabbiul Awal 1433 Hijriah. Bebaru ini (dah agak lama sebenarnya), aku dan beberapa kawanku ada menyertai satu pertandingan berkonsepkan business idea competition anjuran DiGi iaitu DiGi-Challenge For Change 3 (C4C3) yang diadakan di UTM Skudai. Program ini dianjurkan oleh DiGi dan diadakan diseluruh Malaysia serta kali ini adalah kali yang ke-3 diadakan.

Asalnya aku dan kawan-kawanku dijemput untuk menyertai pertandingan ini oleh pihak universiti. So, kitaorang pun pergilah. Mendengar taklimat yang diadakan pada first day tu, ianya mula menarik minat aku untuk menyertainya sehingga selesai program (program ini berlangsung selama 3 hari) kerana ianya membawa tema 'Keusahawanan Sosial' untuk membantu 'Underserved Community'.

Underserved Community ini merangkumi golongan OKU, ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir, remaja bermasalah dan sebagainya. Ianya berkonsepkan keusahawanan sosial yang akan membantu golongan ini berdikari sendiri/ mempunyai pendapatan setelah projek kita dijalankan.

Tiga tema yang digunakan untuk pertandingan ini adalah sosial, economic dan green. Jadi, sesuatu projek yang dibentangkan itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua tema tersebut. Sepanjang program ini juga, ada satu sesi yang menarik iaitu sesi mentoring yang mana pihak penganjur menjemput beberapa wakil yang berpengalaman untuk membantu peserta pertandingan dari segi pembangunan idea, flow dan juga teknik perbentangan.

Pertandingan yang kami sertai ini dikategorikan sebagai Southern Region iaitu wakil dari bahagian selatan Malaysia. Sebelum ini, mereka telah tiba di Sabah dan Sarawak dan sudah mempunyai pemenangnya, so kali ini pemenang bahagian selatan pula ingin dipilih.

Waktu itu, kami berlima memikirkan idea untuk develop something yang berasaskan solar (bersifat green) tapi memandangkan kami tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya, idea itu terpaksa diketepikan dan muncullah idea baru iaitu membuat pengiklanan melalui kerusi roda (ada elemen sosial dan economic)

Idea ini tercetus lantaran latarbelakang kami yang berbeza dan sudah melibatkan dalam perniagaan masing-masing. Antaranya kawanku itu ialah Ahmad Izzuddin (menceburi bidang pengiklanan), Muhammad Izzudin (pengurusan majlis dan seorang perbentang yang hebat dengan memegang gelaran top host UTM), Maizatul Afzan (bidang pengurusan sumber manusia, sesuai untuk bidang pengurusan), Sharifah Azni (bidang matematik dan berpengalaman dalam menguruskan akaun serta kerja pejabat) serta aku sendiri dalam bidangh keusahawanan sekaligus mengetahui perkara-perkara yang berkaotan dengan OKU.

Jadi team kami sememangnya cukup bertuah kerana masing-masing mempunyai bidang kepakaran yang berbeza membolehkan kami mendapat idea yang unik. Sepanjang 3 hari program, dua kali kami dikehendaki membentangkan idea kami dan syukur Alhamdulillah... idea yang kami pilih itu telah berjaya memenangi tempat pertama pertandingan tersebut sekaligus mewakili bahagian selatan pertandingan ini.

Oh, idea apa yang you all bentangkan? Tentu anda tertanya-tanya kan? Ok, ideanya simple sahaja. Kami merekacipta satu kit untuk pengiklanan (kami namakannya sebagai Starter Kit Disabled Advertisement) yang mana kit itu dipasang pada tayar kerusi roda OKU. Mana-mana syarikat/ individu yang ingin mempromosikan produk/ syarikat mereka, bolehlah meletakkannya di kit tersebut dan bayaran tertentu akan dicaj. Wang yang diterima itu akan diberikan kepada OKU tersebut.

So, ideanya simple sahaja tetapi cukup bermakna dalam membangunkan sosial serta ekonomi golongan OKU. Dengan melakukan kerja-kerja pengiklanan itu, golongan OKU tersebut akan memperoleh pendapatan sampingan sekaligus akan meningkatkan tahap sosial mereka dikalangan masyarakat.

Jadi, after majlis penyampaian hadiah tu, kami diberikan taklimat tentang pertandingan dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sepanjang tempoh 3 bulan ini sementara menunggu pertandingan akhir pada Mac 2012 nanti. Semoga kami semua dapat lakukan yang terbaik. Insyaallah...



Gambar1: Dari kiri: Muhamad Izuddin, Ahmad Izzuddin, Maizatul Afzan, Sharifah Azni dan aku



WAWANCARA TV AL-HIJRAH...


28 Muharram 1433 Hijriah. Ok, kali ini aku akan bercerita tentang wawancara yang aku jalani bersama stesyen TV Al-Hijrah untuk rancangan Assalamualaikum dua hari sebelum program OKU itu bermula. Awalnya kawan aku yang bantu contact pihak media ini dan mereka contact aku pula. After that baru aku follow up dengan pihak mereka, rasanya semua ini berjalan dalam masa sebulan je kot...

Ok, perkara pertama yang bila aku follow up dengan pihak TV Al-Hijrah ini adalah, mereka inginkan confirmation dari segi tarikh slot, matlamat dan pengisian program dan sebagainya. After berbincang dengan kawan-kawan aku, dapatlah satu tarikh yang muktamad. Bila dah dapat tarikh, aku terus emailkan maklumat detail tentang program ini kepada mereka.

After semuanya confirm, maka bertolaklah kitaorang bertiga (aku dan dua orang lagi AJK program) bertolaklah ke KL. Kami bertolak dalam waktu pagi (lupa pulak jam berapa) dan sampai dalam sekitar pukul 6 pagi lebih. Terus ke masjid untuk solat subuh then stay di masjid beberapa ketika.  dalam pukul 7 dekat pukul 8 pagi barulah kami gerak semula ke tempat stesyen itu, kat bangunan JAKIM tak silap aku.

Then kami pun masuklah kesana. Disana kami dilayan dengan baik. Masuk bilik menunggu dan disedikan jamuan ringan. Disitu aku sempat berkenalan dengan Presiden Persatuan Orang Cacat Anggota Melayu Islam (PERMATA) iaitu En. Suzairi dan seorang selebriti tv iaitu Wan Kamaruddin yang popular dengan rancangan Edisi Siasat serta trademarknya "Apa kejadahnya ini semua??"

So, bila dah dekat dengan slot kami (aku dan En.Suzairi digandingkan dalam satu slot bersama), kami dibawa untuk bersolek dahulu then baru masuk ke studio. Time tu, itulah kali pertama aku melihat studio pengambaran secara live dan cara-cara merakam rancangan. Nampak macam simple je tapi tak taulah kot-kot banyak kerja yang kena buat.

Untuk slot aku, aku digandingkan dengan En.Suzairi dan diwawancara oleh En. Amin Idris dan Cik Irma Hasmie. En.Amin ni tak silap aku pernah dengar kat radio dan Cik Irma ini pula kenal sebab dia dulu bekas kekasih Nabil Raja Lawak dan pernah datang ke program Pesta Konvo ke-46 kitaorang dulu.

So, bermula sesi wawancara. Tak lama pun sesi tu, dalam 20-30 minit je rasanya. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang program USAHAKU'11, pengisiannya, masalah OKU di Malaysia, penggunaan istilah Orang Kelainan Upaya dan sebagainya. Semuanya berjalan dengar lancar dan baik. Takdelah tergagap-gagap nak bercakap kat tv, maklumlah dah well prepared...

After tamat sesi tu, tamatlah promosi ini. Sempat juga bergambar dengan beberapa orang staff dan berbincang tentang kerjasama yang mungkin boleh dilakukan bersama. Apa pun, ini adalah pengalaman yang cukup bermakna untuk diriku. Terima kasih kepada TVAl-Hijrah kerana sudi menjemput kami. Insyaallah... harap boleh berkerjasama lagi pada masa akan datang. So disini aku lampirkan beberapa gambar untuk tatapan.



Gambar1: Aku, kawan AJK aku dan En.Suzairi 



Gambar2: Setup kedudukan 



Gambar3: Interview sesi pertama



Gambar4: Dari kiri: En.Suzairi, Ruzimi, Azila, En.Amin dan Cik Irma



Gambar5: Bergambar candid



Thursday, December 22, 2011

SUKA DUKA USAHAKU'11 - PART2...

28 Muharram 1433 Hijriah. Ok, post yang lalu aku dah menceritakan sebahagian suka duka aku dalam melaksanakan program USAHAKU'11. Untuk post ini aku akan sambung lagi kisah ini dan rasanya cukup setakat post ini sahaja jelah, nanti ada yang terasa hati dengan aku pulak.

So, after semua dah aku buat, dari segi promosi, peserta jemputan, aktiviti, penajaan dan sebagainya, tibalah masa untuk aku buat follow up dengan pihak-pihak yang berkaitan. Bab follow up inilah yang aku rasa sedikit tension. Bukan senang nak buat follow up ni, perlu banyak kesabaran.

Biasanya aku follow up dengan call atau email. Aku akan call pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk memastikan kerja aku itu dilakukan dengan secepat mungkin. Aku faham sangat tentang karenah birokrasi masyarakat Malaysia ini, so sebab itulah aku agak sedikit 'push' mereka yang berkaitan.

Kadang-kala gagal jugak aku untuk buat follow up. Contohnya aku call ke suatu jabatan. Pegawai A pass kepada pegawai B, B pulak pass kepada C, C pulak pass kepada D dan last-last, talian putus. Bila aku contact semula, perkara yang sama berulang-ulang. Bukan satu dua tempat je yang macam ini, banyak tenpat, banyak agensi yang aku kena.

Follow up dengan email pun ada masalah jugak. Tak reply pun email tu. Ada yang reply da yang reply tu pun just kata akan diusahakan, noted dan forward kepada pihak lain yang betul-betul in charge dalam hal yang berkaitan. Tak apalah, aku just ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana at least sudi reply dan yang tak reply tu aku cuba bersangka baik, mungkin mereka sibuk atau jarang online. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Dari segi jemputan perasmian pula, aku dah cuba follow up tapi pihak pengurusan universiti kata kena tunggu dulu, kena check jadual. After that, aku dapat salinan penghantaran surat tersebut bertarikh pertengahan September. Aku bagi surat itu kepada pihak universiti untuk diforward kepada YB menteri pada bulan Jun dan pertengahan September baru mereka hantar kepada YB menteri. Hampir 3 bulan surat aku 'diperam'.

Then dekat-dekat dengan tarikh program baru aku dapat surat maklum balas dari YB memteri yang mengatakan YB tak dapat datang atas urusan yang lebih awal dijadualkan. So, apa yang you all faham atas feedback surat YB itu? Maksudnya pihak penganjur program (aku) lambat hantar surat jemputan itu, lambat booking tarikh padahal awal-awal lagi aku dah submit. Aku boleh je submit sendiri surat jemputan itu kepada YB tetapi kalau tak melalui universiti, confirm aku kena 'kaw-kaw' punya.

Apa pun, nasib baiklah aku sempat menjemput TNC HEMA Prof. Datuk. Dr. Tajudin Ninggal untuk merasmikan program ini sebagai penganti YB menteri. Terima kasih Datuk kerana sudi merasmikan program OKU yang tak seberapa ini. Ini adalah kali kedua Datuk menghadiri perasmian program OKU. Harap sokongan Datuk terhadap program seumpama ini dapat dikekalkan.

After that, aku dapat panggilan daripada stesyen TV Al-Hijrah untuk membantu mempromosikan program ini. Alhamdulillah... walaupun masa sudah suntuk, namun, ada juga pihak luar yang sudi membantu mempromosikan program ini. Untuk detail wawancara ini, nanti aku akan nukilkan dalam next post.

Tentang aktiviti pula, ada berita yang agak kurang menyenangkan. Dua hari sebelum program, pihak kementerian ada call aku dengan mengatakan bahawa mereka tak dapat bantu dari segi penceramah dan bantuan yang lain (satu kementerian ok, tapi 2 kementerian lain fail). Mereka mohon maaf. Oh, dua hari  sebelum program berlangsung, baru dapat khabar ini... So, apa expectation you all untuk program ini? Sempatkah aku mencari penganti? berapa slot sub program yang hilang? Masa itu aku dah cukup pasrah...

Pasrah dengan tindakan masyarakat yang hanya pandai memberi janji tetapi membatalkan janji pada saat akhir. Kalau nak batal sekalipun, beritahulah awal-awal supaya dapat aku rearrange program itu, takdelah aku pening memikirkan dalam 2 hari terakhir itu. Apa pun aku segera contact pihak-pihak yang aku rasakan boleh menghulurkan pertolongan.

Alhamdulillah... ada juga pihak yang sudi membantu. Sudi membantu aku yang masa itu hampir-hampir give up, hampir-hampir ingin batalkan program ini. Kesannya, program ini berjaya diteruskan tetapi ada sedikit kelemahan yang tidak sempat aku cover. Ada sebahagian aktivti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Namun, aktiviti core masih diteruskan.

Alhamdulillah... Selesai juga program aku ini. Dapat beberapa feedback yang setengahnya positif dan setengahnya negatif. Positifnya adalah kali ini core program lebih menarik dan interaktif, benar-benar fokus kepada pihak yang memerlukan info tersebut dan dapat menyalurkan peluang keusahawanan yang menarik. Negatifnya adalah program ini nampak kecil berbanding yang tahun lepas dan ada aktiviti yang mereka ingin join tetapi dibatalkan saat-saat akhir.

Apa pun, aku cuba belajar dari kesilapan yang berlaku. banyak pengajaran yang aku perolehi dan dari program ini juga, aku dapat kenal siapa pihak yang benar-benar boleh diharapkan dan siapa yang bersifat tidak baik. So, sampai disini sahajalah penceritaan ini....



Monday, December 19, 2011

SUKA DUKA USAHAKU'11 - PART1...


24 Muharram 1433 Hijriah. Ok, tamat sudah cerita-ceriti tentang program USAHAKU'11 dalam dua post yang lalu. Sekarang aku nak story tentang suka duka pahit manis sepanjang proses program ini dilaksanakan. Apa pun, bukan niat aku untuk mengaibkan atau menjatuhkan sesiapa, anggaplah ini sebagai pedoman dan pengajaran untuk semua. Andai ada yang tersinggung atau terasa hati, mohon maaf dari aku.

Actually, aku memulakan program promosi program ini pada akhir Mei lagi dengan menyertai program Sejuta Belia di Putrajaya. Time tu aku terserempak dengan YB. Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Aku lantas mengambil peluang itu untuk menemui dan bercerita serba sedikit tentang program aku. Alhamdulillah... beliau menyokong program ini dan menunggu surat rasmi dari aku.

After that aku berbincang dengan pengurusan universiti untuk membuat surat jemputan perasmi kepada YB Datuk Khaled. Waktu itu (pertengahan Jun) aku menyerahkan surat jemputan tersebut kepada pihak universiti supaya mereka dapat menghantar surat jemputan rasmi kepada KPT. After that bermulalah plan aku untuk mencari penajaan.

Kementerian pertama aku pergi adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Disitu aku menemui penasihat YB Senator Datuk Shahrizat dan beberapa pegawai lain. Mereka menyatakan kesedian untuk membantu. Mereka juga ada memberikan contact nombor beberapa orang yang mungkin boleh membantu terutamanya dari segi NGO dan pegawai-pegawai tinggi kementerian lain.

After that aku pergi ke MITI. Perkara 'best' di MITI adalah, appointment pukul 10.00 pagi, aku bertolak ke KL dari JB (kawanku drive kereta) sebelum subuh lagi dan sempat tidur di masjid di KL semata-mata untuk mengejar waktu. Aku sampai di pejabatnya then tiba-tiba appointment batal, ada urgent kes. Bayangkan kawan aku penat drive dari JB dan terpaksa pulang semula. Aku time tu cadang takpelah, kita stay kat KL dululah, then esok datang lagi. 

Apa pun keesokkan harinya dapat juga berjumpa dan menemui pegawai khas YB Datuk Mustapha dan beberapa pegawai lain. Alhamdulillah... mereka juga menyatakan kesediaan untuk membantu terutamanya untuk menghantar wakil dalam seminar Tabung Siswazah. Takpelah, tak dapat banyak, sedikit pun jadilah kan... Aku bukannya jenis orang yang tak tahu bersyukur...

After that aku mula menghantar surat-surat jemputan ke seluruh NGO Kebangsaan yang related dengan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap negeri,  IPTA dan Politeknik. Tak silap aku lebih 150 keping surat aku hantarkan (hantar secara pos). Tak cukup dengan pos, aku siap emailkan lagi kepada mana-mana pihak yang aku ada contact emailnya.

Namun, respond yang diterima amat sedikit. Aku cuba follow up. Aku call, then first person pass kepada second person, second pass to third, third pass to fourth dan lastly, putus talian itu. Call lagi dan perkara sama berlaku. Ada respondnya tetapi sedikit sahaja. Then aku buat appointment dengan JKM Johor. Alhamdulillah... mereka boleh bantu dari segi penghantaran peserta. Itu dah cukup bagus untuk aku.

Kemudian aku menemui Exco Kebajikan Negeri Johor, seorang YB. Time inilah aku kena 'hentam' dan rasa down yang teramat sangat. Exco itu bukan sahaja tidak membantu malahan siap marah-marah aku lagi. Aku time tu rasa marah+geram+sedih sangat-sangat. Dia siap cakap kat JB ni semua bangunan majlis bandaraya sudah ada ramp untuk OKU. Sedangkan aku naik ke pejabatnya di Nusajaya tu sendiri tiada ramp pun dan tempat parking OKU juga digunakan oleh kenderaan berplat 'Kerajaan Negeri Johor'.

Malahan YB itu dengan bangga memberitahu bahawa dia kadang-kadang ada juga parking di tempat OKU untuk melihat tindakan penguatkuasaan dan dia beritahu dia sanggup disaman untuk melihat penguatkuasaan tegas dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Ingin aku beritahu disini bahawa, tindakan bodoh itu boleh memberi kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa panjang.

Kesan jangka masa pendeknya adalah OKU tak dapat parking dikawasan tersebut dan menyusahkan mereka untuk mencari tempat parking lain. Kesan jangka masa panjang adalah pihak penguatkuasaan akan merantai kawasan parking OKU tersebut untuk tidak disalahgunakan oleh pemandu normal. Thenm pemandu OKU juga yang susah untuk parking tempat tersebut kerana perlu mencari pegawai penguasaan tersebut...

Ok, aku rasa cukup untuk part pertama ini aku ceritakan. Untuk next post, aku akan sambung lagi.


Sunday, December 18, 2011

USAHAKU'11 - PART2...


23 Muharram 1433 Hijriah. Ok, untuk post yang ini aku ingin menceritakan tentang keadaan semasa program. Actually, semasa program, tak banyak masalah yang berlaku, just pada hari pertama itulah ada sedikit masalah tentang komunikasi dan teknikal.

Masalah yang aku maksudkan adalah dari segi peserta. Peserta pada jangkaan aku tidaklah ramai sangat tetapi pada hari kejadian, peserta ramai yang datang. Mereka ini kebanyakkan daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dihantar oleh JKM Negeri Johor. Majoritinya adalah level makcik-makcik dan pakcik. Ada juga yang muda tetapi rasanya semuanya lebih berusia daripada aku.

Mereka ini terdiri daripada penyelia dan petugas PDK yang datang dari seluruh daerah seluruh Johor. Maknanya setiap daerah menghantar wakilnya dan ada la dalah beberapada daerah yang hadir (tidak semua daerah yang hadir) tetapi itu sudah agak ramai sebenarnya.

Kehadiran ditambah pula oleh pelajar-pelajar OKU dari politeknik-politeknik dan IPTA. Dari segi IPTA tu, tak ramai la, yang ramai adalah daripada politeknik. Mereka semua ini membawa OKU yang terdiri daripada OKU Pendengaran dan Pertuturan yang mana mereka turut membawa juga 'intrepreter' iaitu orang yang menterjemahkan bunyi ucapan kedalam bahasa isyarat.

Dari segi pengisian aktiviti, tiada masalah yang berlaku. Semuanya mengikut jadual kecuali beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kegagalan menunaikan janji-janji manis pihak kementerian-kementerian yang terlibat. Antara aktiviti yang tidak dapat diadakan adalah tentang Akta OKU, Peranan kementerian dan satu lagi apa ye... aku dah lupa. Cuma apa yang aku ingat, time tu pihak kami terpaksa menggantikan slot yang kosong itu dengan aktiviti lain secara ad hoc.

Beberapa aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah seperti seminar keusahawanan, motivasi untuk OKU, Business Idea, Business Idea Competition Product, Kempen Derma Darah dan sebagainya. Secara overallnya, aku boleh katakan bahawa tiada masalah besar yang berlaku yang boleh menjejaskan program ini secara keseluruhannya.

Then untuk majlis perasmian pula, ianya dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, UTM iaitu Prof. Datuk Dr. Tajudin bin Ninggal dengan diiringi oleh Pengarah ALUMNI, PM. Dr. Othman bin Ibrahim (supervisor PhD aku sebenarnya) dan majlis berjaya diadakan dengan begitu sempurna sekali. Terima kasih kepada Datuk Tajudin kerana sudi merasmikan program ini.

So, program petang itu ditamatkan dengan taklimat tentang Skim bantuan Galakan Perniagaan OKU dan Tabung Pinjaman Siswasah yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar. Walaupun mereka tidak dapat berkomunikasi, mereka tetap bertanyakan soalan dengan dibantu oleh intrepreter.

So, tamatlah program USAHAKU'11 pada kali ini. Diharapkan aku mampu laksanakan lagi pada masa akan datang. Berikut aku letakkan gambar untuk tatapan.



Gambar1: Peserta OKU




Gambar2: Peserta normal




Gambar3: Peserta dari IPTA




Gambar4: Motivasi OKU (dibantu intrepreter)




Gambar5: Majlis perasmian


USAHAKU'11 - PART1...


23 Muharram 1433 Hijriah. Alhamdulillah... Akhirnya sempat jugak aku update blog ini. Izinkan aku mohon maaf kepada semua pembaca blog aku kerana sudah lama tak update blog ini. Sibuk dan buat-buat sibuk. Itu alasan aku untuk sebab tak update blog ini. Ok, untuk post kali ini, aku nak tunaikan janji aku untuk bercerita tentang program keusahawanan OKU bebaru ini.

Simposium Pembangunan Keusahawanan Orang Kurang Upaya (USAHAKU'11) masuk edisi kedua tahun ini yang telah diadakan pada 10-14 Oktober 2011 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai. Untuk itu aku ingin pecahkan cerita ini kepada 3 bab itu sebelum program, semasa dan suka duka program. Aku cuba padatkan isinya supaya tak panjang you all membacanya.

Sebelum program, tentulah melibatkan perancangan terhadap aktiviti, jemputan, makanan, penajaan dan promosi. tentang aktiviti, aku mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada mulanya. Then last2 minit, mereka tak dapat bantu pula. Alhamdulillah... aku dapat kerjasama daripada pensyarah-pensyarah fakulti aku. So semuanya ok, tapi risau jugak la time tu sebab dah last minutes.

Dati segi jemputan pula, aku mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, politeknik-politeknik dan IPTA lain. Awalnya aku menjemput semua IPTA dan semua politeknik seluruh negara tetapi respond yang diterima amat mendukacitakan. Bila di follow up, sering saja gagal. Entahlah aku pun tak tau mana lagi silapnya. Apa pun, wakil-wakil yang hadir itu pun sudah cukup ramai sebenarnya. Agak penuh juga dewan itu walaupun kali ini tiada booth dibuka.

Dari segi makanan tiada masalah. Dari segi promosi pun tiada masalah. Aku sempat dijemput oleh stesyen tv Al-Hijrah untuk slot Assalamualaikum. dalam slot itu, aku sempat berkongsi info tentang program ini bersama para penonton. Terima kasih kepada Al-Hijrah. Banner dan bunting juga dinaikkan seminggu sebelum program bermula.

Dari segi penajaan, ini satu perkara yang amat menyedihkan pada aku. Aku turun naik turun naik ke kementerian, ke pejabat negeri dan sebagai untuk mohon penajaan. Namun, jawapan yang diterima amat menghampakan. Semua kementerian itu tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan tetapi berjanji untuk membantu dari sudut lain (yang akhirnya janji tinggal janji).

Alhamdulillah... pada saat-saat akhir itu, aku dijemput untuk membentangkan kertas kerja program ini di Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya dan akhirnya diluluskan peruntukkan untuk aku. Terima kasih kepada pihak KPT yang sudi membantu. Sesungguhnya bantuan itu amat dihargai dan dapat menyelamatkan duit aku hangus begitu sahaja. Aku sebelum ini menggunakan duit aku sendiri, duit poket aku.

Aku ada mendapat sedikit penajaan daripada universiti tetapi disebabkan beberapa masalah yang timbul, duit itu aku lambat perolehinya (tamat program baru dapat). So aku pada masa itu memang tengah 'nazak' tentang kewangan. Aku tak kisahlah janji-janji kementerian lain tu sebab aku dah dapat penajaan daripada pihak KPT, so takde masalah. Apa pun, tipulah kalau aku kata aku langsung tak terasa hati tentang kes ini.

Aku ada terfikir jugak untuk batalkan program ini pada last-last minit tetapi tak jadi. Kenapa? Sebab kalau aku tak buat program ini, siapa yang akan buat? Siapa pihak yang prihatin yang ingin anjurkan program yang khas untuk OKU ini/ Universiti mana yang ingin anjurkan? So, kalau aku tak buat, siapa lagi yang akan bantu OKU ini? Disebabkan itulah aku nekad sebenarnya untuk laksanakan juga program ini.

Ok, tamat kisah sebelum program. So, aku lampirkan beberapa gambar dari sebagaian aktiviti untuk tatapan ye.




Gambar1: Peserta program untuk LDK 




Gambar2: Perbincangan 




Gambar3: Buat kerja 




Gambar4: Perbentangan idea 




Gambar5: Perbentangan permasalahan OKU 




Gambar6: Perbincangan perbentangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...